Salam awak!
Sehari sebelum puasa hari tu L'Oreal Paris ada buat tea party untuk produk terbaru mereka, White Perfect Total 10. Saya excited gila sebab dapat join beauty produk punya event walaupun last minit dijemput..hehe Thanks to Mekonie sebab bagitau pasal event ni ('',)
Okey, excited punya pasal, saya orang 1st yg sampai dekat Chillax, TGV One Utama tu tau..
Sampai-sampai je da kena join contest photobooth with L'Oreal White Perfect 10. Since masa tu belom ada geng nak berposing, ini je yang mampu..hahah!
Haa, ni la dia produk yang diperkenalkan hari tu. White Perfect Total 10 Day Cream Moisturizer!
Kenapa Total 10?
Sebab, awak akan dapat 10 manfaat hasil daripada penggunakan White Perfect Total 10 ni tau! Cewah, power sangat ni.
5 manfaat untuk pencerahan sempurna
- Kulit nampak bercahaya
- Mencerahkan kulit
- Meratakan kulit warna kulit
- Menyamarkan noda hitam
- Mengurangi kilat
5 manfaat untuk perlindungan total
- Melindungi dari polusi
- Anti-UVA
- Anti-UVB
- Anti-oksidan
- Mengurangi minyak berlebihan
Botol comel! Bau wangi sangat! Krim pula color purple~~
tapi sapu kat muka tak jadi purple, jangan risau..hehe..
Mengandungi kombinasi :
3 Vitamin (E, B3, C) - yang bekerja terhadap melanin pada lapisan kulit wajah
DERMO-SHIELD complex - melindungi dari penyebab kulit tampak gelap dengan SPF30 PA+++
Daripada ujikaji terhadap :
* 56 wanita Asia
** 51 wanita Asia berusia 20 hingga 45
Dalam masa 1 Minggu
Kulit kelihatan kurang berminyak untuk 89.3% wanita*
Kulit kelihatan kurang berkilat untuk 87.5% wanita*
Dalam masa 4 Minggu
Bintik hitam kurang kelihatan untuk 88% wanita**
Jumlah bintik hitam berkurangan untuk 76% wanita**
Kulit kelihatan sempurna untuk 61% wanita**
Kulit berasa kurang berminyak untuk 91.1% wanita*
Kulit kelihatan kurang berkilat untuk 98.2% wanita*
Dalam masa 8 Minggu
Bintik hitam kurang kelihatan untuk 94% wanita**
Jumlah bintik hitam berkurangan untuk 82% wanita**
Kulit kelihatan sempurna untuk 80% wanita**
haa..power ke tak power L'Oreal White Perfect Total 10 ni?
Fish, beauty blogger yang jadi model untuk sesi demonstrasi penggunaan White Perfect Total 10.
Bukan tu je, ada banyak lagi produk L'Oreal yang sediakan untuk kami masa party ni tau. Ohsem gila. Sampai tak tau nak cuba yang mana satu sebab semua best-best!
Untuk tambah lagi tahap excited saya ni, L'oreal ada buat sesi Do It Yourself Charm Bracelet!!
Yang mana satu menjadi pilihan hati cik ayue ni? :p
Tengah sibuk-sibuk cuba produk L'Oreal ni, kami diminta untuk cek invitation kad yang diberikan masa daftar tadi. 15 blogger bertuah yang mempunyai bintang di kad masing-masing akan dibawa untuk Watsan tour!
And, guess what?? Saya lah yang bertuah sangat tu..hahahh..rasa macam nak melompat pun ada masa dapat tu..tapi relax, control ayu :p
Kami semua dibawa ke Watson One Utama untuk sesi Q&A blogger. Haish....mencabar jugak masa ni..soalan dia senang je, cuma saya terkial-kial nak angkat tangan jawab..hehe
Tengok tu, kami menang weyh!! masing-masing dapat hadiah dari L'Oreal ('',)
Balik semula ke party tu, mereka umumkan pemenang untuk contest photobooth tadi, saya tak menang..tapi mekonie menang!!
tak menang punya pasal, saya lepas geram snap gambar banyak-banyak kat photobooth tu..haha..
eleh, diorang ni pun sama..mana tahan tengok photobooth kannnn?? :p
Antara blogger yang saya sempat jumpa masa party tu. Ada yang dah kenal, ada yang baru kenal.
Fatin, Tya Salmid, Emas Putih, Hannah, Mekonie, Shiqin, Cik Ayue, Cik Eka, Izzati. Diorang sangat ohsem!
eh eh, tengok siapa saya dapat jumpa?
Emas Putih!! Kecil je orangnya..kiut miut sungguh! Terasa macam gergasi berdiri sebelah uzu ni..huhu :p
Cassie, thanks sangat-sangat sebab jemput saya pergi party ni! ('',)
Dan yang paling best, dapat goodies bag dari L'Oreal!!
teringin nak goodies bag juga?
Boleh!
L'Oreal sekarang tengah buat contest untuk pengguna Instagram!
Senang je kan?
Jangan lepaskan peluang ye?
Tarikh tamat : 11 Ogos 2014
Saya pun ada cita-cita nak buat video juga tau, coming soon..insyaAlah..hehe
Jangan muntah darah tengok video saya nanti ye? Batal puasa :p
L'Oreal White Perfect Total 10
Harga: RM39.90
Boleh didapati di: WATSONS, Kedai ubat tempatan dan pasaraya terpilih
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Menariknya best owhh dpt pergi even mcm tu kat cne Sabah tak ada program mcm tu
ReplyDeletetula kan..kalau ada, yg kl plak xdpt nk ke sana..huhu :p
DeleteAlaaaa menyesalnyaaa tak dapat pergi haritu. Oh stress. T_T. Hahahaa.
ReplyDeletehaaaaaa..tula!! mmg ptt nyesal sbb best gile!
DeletePasni berseri2 la wajah kak ayue dari jauh. Bling bling gitu. Hehe. Bestnye dapat goodies beg. Mekap L'Oreal pun best! Wuuu~jeles!
ReplyDeletehahahahha..bling2 ek? kene pakai gold dust la mcm ni :P
DeleteCayalah kak ayue...nanti raya guna produk loreal la tueww..
ReplyDeletehaha..org bagi..kita guna azwar..xbaek membazir :p
DeleteGlad you had fun dear! ;p
ReplyDeletecassie!! ofcourse!! ohsem sgt party u :)
DeleteLebih berseri ler Cik Ayue masa raya nie ;)
ReplyDeletehaha..tiap kali raya mmg berseri2 zumal..sbb excited nk raya mengalahkan budak kecik :p
Deleteehem ehem
ReplyDeletebestnya dapat barang2 loreal.. dah tengok video tu tadi.hehe.. gud luck ayue! :D
ReplyDelete