Assalamualaikum. Baru-baru ni Ayue dapat sesuatu yang sangat istimewa dari Mary Kay dan Ayue tak sabar nak kongsi dengan anda semua. Seronoknya la hai nak menaip entry kali ni sebab barang istimewa tu adalah produk baru dari Mary Kay iaitu Paradise Calling Collection yang berkonsepkan Tropical Delights. Ayue kalau bab-bab mekap ni memang teruja sikit nak review.
Nama pun dah tropical kan, mesti lah warnanya terang-terang. Packaging pun dah menarik. Apatah lagi isi kat dalam tu. Cantik je bila susun dekat meja solek Ayue tu. Koleksi ni limited edition ya dan terdiri daripada lip gloss, whipped eye colour dan nail laquer.
So, mana satu nak review dulu ni? Semuanya best-best! Ayue review whipped eye colour dulu ya.
Mary Kay Paradise Calling Collection Whipped Eye Colour
Available colour : Lagoon, Seafoam, Tiki Hut
Harga : RM55
- Ringan
- Mudah di sapu
- Tahan sepanjang hari
- Mewah, kemasan bercahaya
- Kaya dengan warna-warna semulajadi yang sebenar
- Digunakan dengan mudah dan sama rata
- Mudah di digabungkan dan dioles
- Tahan lama dan tidak pudar
Ayue dapat 2 warna untuk whipped eye colour ni iaitu Tiki Hut dan Lagoon. Ni first time Ayue nak cuba whipped eye colour ni. Nampak lain dari eye shadow biasa sebab ia bukan berbentuk serbuk, tapi macam krim.
Menariknya, bila apply, warna nya sama terang dengan bila berada dalam bekas walaupun dengan sikit sapuan. Bila Ayue cuba blend kedua-dua warna Tiki dan Lagoon, ia blend sempurna tanpa cacat cela. Oh ya, Ayue hanya blend guna jari ya, dan hasilnya sangat cantik!
Mary Kay Paradise Calling Collection Lacquered Lip Shine
Available colour : Mandarin Tropika, Exotic Orchid & Sunbaked
Harga : RM55
- Melembabkan
- Bersinar
- Mudah disapu, lancar dan sama rata
- Warna yang menarik, kekal dan tidak mudah pudar
- Bibir terasa lembut, licin dan lembap
Untuk lip shine ni pula, Ayue hanya dapat 1 warna iaitu Sunbaked. Tapi ini pun dah buat Ayue cukup gembira sebab warna sunbaked ni ala-ala nude gitu. Nampak natural je bila apply. Menariknya, dengan hanya satu sapuan pun, dah nampak perfect lip shine ni di bibir. Best kan?
Di tambah pula sifatnya yang tahan lama, mudah disapu dan buat bibir terasa lembab, lagi lah membuatkan lip shine ni a must have!
Mula-mula memang agak melekat, tapi bila dah lama-lama, ia akan sebati dengan bibir sampaikan bila anda nak remove lip shine ni kena guna lip remover.
Mary Kay Paradise Calling Collection Nail Lacquer
Available colour : RM32
Harga : Lagoon, Mandarin Tropika & Exotic Orchid
- Warna eksotik yang mudah kering untuk kemasan satin
- Disapu dengan lancar, sekata dan tepat
- Memberi kemasan yang tahan calar
- Melindungi dan menguatkan kuku
- Kuku kelihatan sihat selepas warna dikeluarkan
- Tidak comot dan pudar semasa disapu
Dan akhir sekali, nail lacquer. Ayue dapat warna lagoon untuk nail lacquer ni. Cantik kan? Sesuai dengan warna whipped eye colour Ayue tu.
Exotik sangat warnanya kan? Dengan menggunakan berus yang disediakan akan membuatkan sapuan lancar, sekata dan kemas je.
Cuba tengok hasilnya bila Ayue apply nail lacquer ni ke kuku. Tak comot pun. Menariknya, nail lacquer dari Mary Kay ni tidak merosakkan kuku malah melindungi dan menguatkan lagi kuku anda.
Haa, mesti anda tak sabar nak tengok hasilnya bila Ayue dah apply kesemua Paradise Calling Collection ni kan?
Tadaa~
Meh nak close up sikit. Macam mana hasilnya bila Ayue dah blend warna Tiki Hut dan Lagoon tu.
Macam mana? Cantik kan! Ayue suka sangat hasilnya. Sesuai untuk mekap ke dinner office nanti. Tak pun ke event yang bling-bling tu. Hehe.
Oh ye, Ayue dah rekod video make up look guna Paradise Calling Collection ni tau. Ayue masih lagi edit, siap je nanti Ayue update ya. Maklum lah, masih lagi dalam proses nak sembuh dari demam ni kan.
Untuk makluman lanjut tentang Mary Kay Paradise Calling Collection, boleh layari :
Laman web : www.marykay.com.my
Facebook : Mary Kay Malaysia
xoxo,
suka barang mary kay,puas hati even mahal....
ReplyDeletenice color, nail polish also nice :D
ReplyDeletenamesherry.com