Assalamualaikum. Dua minggu lepas Ayue ke Johor Bahru untuk satu event CSR bersama McDonald. Disebabkan event tu terlalu pagi, jadi Ayue ambil keputusan untuk bermalam di JB, sambil-sambil event, boleh cuci mata kan? Hotel yang menjadi pilihan Ayue di JB adalah DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru.
Sedikit info tentang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Terletak tidak jauh dari Singapore Causeway, beberapa minit dari Pusat Perniagaan Daerah, hotel Johor Bahru ini mempunyai kedudukan berhampiran dengan Pusat Konvensyen Persada, bangunan kerajaan dan pusat membeli-belah di KOMTAR JBCC atau City Square. Ia mempunyai 10 ruang mesyuarat moden untuk sehingga 650 tetamu, termasuk dewan yang dibahagi dua, kawasan luaran yang luas, Eksekutif Lounge dan Pusat Perkahwinan. Tarikan-tarikan popular, termasuk LEGOLAND® Malaysia, Taman Tema Angry Bird dan Masjid Sultan Abu Bakar. Menikmati penyambungan yang hebat ke Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
Sejujurnya, ini pertama kali Ayue ke JB dan bermalam di sini. Sebelum ni adalah juga, cuma sekadar lalu. Ayue sangat bertuah kerana diberi peluang untuk bermalam di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru ni sebab dengar cerita hotel ni sangat best dan merupakan antara hotel yang terbaik di JB. Wow! Tak sabar betul rasanya.
Ayue ke JB bersama Numi. Memang ke mana-mana dia lah peneman Ayue. Kami gerak dari KL agak lambat, jadi kami sampai ke hotel pun agak lewat, dalam pukul 10.30 malam. Walaupun kami sampai lewat, tapi staff di DoubleTree hotel tetap senyum menyambut kedatangan kami. Sejuk sikit hati. Hehe. Siap bagi welcome cookies lagi tau. Biskut ni sangat sedap sampai Ayue rasa macam nak minta lagi. Hahahha.
Kami diberi bilik Double Double Guest Room. Seriously bilik ni sangat luas untuk 2 orang. Rasa macam dekat rumah pun ada. Sangat selesa, Ayue pula memang suka dengan dekorasi ala-ala kayu macam ni. Lagi lah best!
Bilik ni dilengkapi dengan meja kerja yang luas, katil Sweet Dreams ™, TV 40 "LED dengan saluran kabel dan bar mini. Menariknya, masa kami masuk ke bilik, di mini bar kami ada muffin. So sweet tau hotel ni. Tadi cookies, ni muffin pula. Tersenyum lebar je walaupun penat drive dari KL kan.
Benda pertama yang selalu Ayue cek tiap kali ke hotel adalah bilik mandi. Cantik. Ada lampu kiri dan kanan cermin. Nak makeup pun seronok. Bilim air ni boleh nampak bilik dekat luar, tapi jangan risau sebab anda boleh je tutup dengan tirai yang disediakan. Walaupun bilik ni takda bathtub, Ayue tetap suka sebab air pancut dia ada dua jenis. Boleh pilih nak yang mana satu. Paling Ayue suka adalah ada musik didalam bilik air ni. Bila kita buka TV, kita boleh juga buka volume di dalam bilik mandi. Best kan?
Bilik ni juga dilengkapi dengan :
Bath Slippers
Bathrobe
HD Channels
Hairdryer
Iron/Ironing Board
Kiranya yang benda basic semua dah siap-siap ada. Senanglah kalau kita nak iron baju tengah malam pun kan?
Oh ya, anda juga tak perlu risau plug tak cukup sebab bilik ni ada banyak plug! Ayue dengan Numi yang banyak gadget ni pun tak berebut tau. Ayue risau juga sebab Ayue terlupa bawa extension, nasib baik hotel ni banyak plug. Syukur.
Ok, untuk entry bilik pun dah panjang berjela ni. Punya lah nak cerita betapa bestnya DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru ni kan. Ada banyak lagi yang Ayue nak cerita tau. Makanan hotel ni, pergh!! Tunggu next entry okey? Stay tune.
Untuk maklumat lanjut tentang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, boleh layari :
Website : http://bit.ly/1j5Dour
xoxo,
Join the conversation!