Assalamualaikum. Dulu Ayue ingat Chia Seed dan Biji Selasih (Basil Seed) adalah dua bijirin yang sama. Biji yang direndam dalam air hingga kembang dan dicampur bersama air sirap. Maklumlah, dari kecil dah kenal air sirap selasih. Bila jumpa chia seed, terus Ayue anggap ia sama dengan biji selasih. Tapi sebenarnya chia seed berbeza dengan biji selasih. Ayue tahu mesti ramai yang masih keliru kan?Chia seed in malay orang panggil benih chia ni asalnya dari pokok Salvia hispanica, biji dari pokok ini lah datangnya chia seed.
Walaupun chia seed kelihatan hampir sama dengan biji selasih, tapi jika dilihat betul-betul. Kedua-dua bijirin ni mempunyai lapisan permukaan yang berbeza. Malah nutrisi chia seed jauh lebih tinggi daripada biji selasih. Sebagai contoh, Ayue mengambil chia seed jenama JoyMix untuk dibandingkan bersama biji selasih kerana kualiti Natural Chia Seed JoyMix yang tinggi.
Beza Chia Seed dan Biji Selasih
1) Kandungan Nutrisi Chia Seed
Nampak tak betapa jauhnya beza diantara chia seed dan biji selasih. Chia seed kaya dengan serat, protein, mineral, antioxidant, omega-3 dan omega-6, kalsium, dan vitamin. Sebab tu lah chia seed digelar Super Food.
2) Asal Chia Seed
Chia seed merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala. Manakala biji selasih pula dari India dan negara-negara Mediterranean. Natural Chia Seed keluaran JoyMix di tanam di Chile, Amerika Selatan.3) Permukaan Chia Seed
Chia seed berbentuk bujur, agak leper dan berwarna putih, hitam, kelabu dan bercorak berbanding biji selasih yang lebih bulat dan hitam.4) Masa untuk mengembang didalam air
Ayue ada juga buat perbandingan sebelum dan selepas rendaman untuk kedua-dua bijirin ni. Chia seed mengambil lebih banyak masa untuk mula mengembang manakala biji selasih akan mula mengembang sebaik saja terkena air.5) Selaput putih
Malah selaput putih disekeliling bijirin ini juga berbeza. Selaput chia seed lebih jernih dan masih boleh dilihat permukaan kulit chia seed manakala selaput biji selasih berwarna putih pekat hingga tidak kelihatan permukaan biji selasih.6) Rasa Chia Seed
Sebenarnya kedua-dua chia seed dan biji selasih tidak banyak bezanya. Cuma biji selasih mempunyai sedikit ‘rasa’ selasih manakala chia seed tiada rasa (tasteless).7) Cara makan Chia Seed
Ini antara salah satu sebab Ayue suka dengan chia seed. Selain direndam dalam air, chia seed boleh dimakan begitu saja tanpa perlu direndam. Anda boleh gunakan dalam masakan, atau taburkan saja diatas makanan yang anda mahu seperti yogurt, pudding, salad, malah nasi putih pun boleh. Ikut selera anda. Ayue suka minum dengan air coklat. Manakala biji selasih, anda perlu rendamkannya dahulu sehingga kembang sebelum dimakan. Selalunya orang kita campurkan saja biji selasih dengan air sirap.8) Perbezaan khasiat Chia Seed dengan Biji Selasih
Walaupun khasiat chia seed lebih banyak berbanding biji selasih, tetapi biji selasih juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan sakit kepala, mengurangkan sakit sendi, dan macam-macam lagi. Sebab tu ianya itu digunakan sebagai ubat-ubatan untuk suku kaum Ayurvedic dan dalam perubatan China. Manakala khasiat chia seed Ayue akan terangkan dibawah sebab terlalu banyak. Hehe.Khasiat dan kebaikan chia seed
1) Baik untuk kesihatan jantung
Chia seed kaya dengan Omega-3, serat dan antioksidan yang membolehkannya untuk mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan trigliserida. Kemudian meningkatkan pula kolesterol sihat untuk tubuh kita.2) Menstabilkan gula dalam darah
Chia seed amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah dengan pengambilan sebanyak 37g sehari.3) Baik untuk sistem penghadaman
Chia seed mengandungi 40% serat, 35% serat tidak larut dan 5& serat larut . Ia seumpama satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Dengan pengambilan chia seed setiap hari, sistem penghadaman akan menjadi lebih baik kerana anda memperoleh kandungan serat yang baik.4) Kesihatan mental
Chia seed mampu memberi rawatan kepada attention deficit hyperactive disorder (ADHD) kerana mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi. Malah boleh juga membantu penyakit Alzheimer dan kemurungan.5) Mempertingkatkan prestasi sukan
Untuk anda yang gemar bersukan, anda boleh campurkan chia seed dengan air isotonik sebelum bersukan untuk membantu anda untuk tahan dan bertenaga lebih lama. Selain isotonik, minuman kesihatan yang anda amalkan juga boleh dicampur dengan chia seed.6) Pengurangan berat badan
Disebabkan chia seed ni kaya dengan serat, ia akan menyerap air dengan banyak dan mengembang didalam perut akan akan membuat anda berasa kenyang. Malah protein yang terdapat dalam chia seed pula akan membantu untuk mengurangkan selera makan dan pengambilan makanan. Anda yang ingin kurangkan berat badan boleh lah amalkan chia seed ni setiap hari.7) Tulang yang kuat
Chia seed mengandungi kalsium, mgnesium, phophorus dan protein yang tinggi. Ia dapat membantu anda supaya mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Malah jika anda alergi kepada tenusu (diary), anda boleh mengambil chia seed untuk keperluan kalsium anda.8) Baik untuk wanita mengandung dan menyusu bayi
Wanita mengandung dan ibu menyusu boleh mengamalkan chia seed kerana ia kaya dengan Omega-3 yang penting untuk pembangunan visual & otak janin. Malah ia juga mambantu anda untuk mengelakkan kemurungan selepas bersalin.
Banyak juga kebaikan chia seed ni kan. Ayue sendiri dah hampir 2 minggu amalkan Natural Chia seeds dari JoyMix. Memang nampak perbezaan dia terumata dalam membantu Ayue mengurangkan berat badan. Sekarang ni Ayue dah kurang rasa lapar. Sebelum tengahari Ayue akan pastikan Ayue minum segelas chia seed dulu supaya bila lunch nanti Ayue tidak makan dengan kuantiti yang banyak.
Sistem penghadaman pun makin baik tau. Hari-hari Ayue ke tandas. Hehe. Ayue suka chia seed dari JoyMix ni kerana kualitinya sangat tinggi berbanding dengan chia seed yang Ayue pernah ambil sebelum ni.
Jika anda perhatikan, kebanyakan chia seed yang dijual dipasaran dijual dalam bentuk plastik dan botol transparent supaya pembeli dapat melihat kandungan chia seed didalamnya. Chia ni sebenarnya tidak boleh terdedah kepada sinaran UV matahari dalam jangka masa yang panjang. Ia akan merosakkan kualiti chia seed dan chia seed akan berubah warna kepada keperangan. Sebab tu Ayue suka chia seed keluaran JoyMix. Packgingnya didalam bekas tertutup.
Paling penting, Natural Chia Seed JoyMix ni telah pun diiktiraf halal oleh JAKIM tau. Jadi nak amalkan pun takda was-was lagi.
Untuk anda yang nak cuba chia seed dari JoyMix, boleh dapatkannya shopee je. Ada free delivery dan 10% Cashback lagi. Sekarang ni JoyMix ada promosi tau. Dua botol hanya RM72!!
Klik sini untuk beli JoyMix Chia Seed
Cepat-cepat grab okey? Boleh beli untuk keluarga dekat kampung sekali. Hehe.
Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.
Ayue bagus info ni. Kita memang tahu nak bezakan biji selasih dengan chia seed. heheeh tp ada kawan kita yang confuse. Btw, kita memang tengah cari chia seed. blh guna code tu!
ReplyDeleteMemang pun. Ramai jgk yang tak tahu nak bezakan tau. Ni Ayue terangkan detaillll punya. Hehe.
DeleteWah video dan info yang bagus.
ReplyDeletesangat bagus info ni . sebelum ni pon pelik jugak bila nampak chia seed ni sebab nampak mcm selasih. penah rasa memang tastless. so takdela rasa muak ke apa kan hehe. part yang kurang kan berat badan tu yg eksaited nak amalkan tu haha :P
ReplyDeletehehe. kan? semangat sikit. sy pun amalkan before lunch. jadi masa lunch tak mkn byk sgt sbb perut da full :)
DeleteTq for the info...i pun confuse mula2 igt sama je dua tu kan...hehe
ReplyDeletehari ni surprise coz sy jumpa ulat 2 ekor dlm bekas chiaseed joymix yg sy beli.. patutla dlm masa seminggu sy consume chiaseed tu melekat2 rupa kepongpong rupanya ada ulat. hari ni baru jumpa. sy dah report pada penjual. dn dia akan ganti yg baru. sy bgtau dlm group family sbb mereka pon mengamalkan chiaseed supaya berhati2. sy kata pada family sy beli joymix sbb dia pakai bekas bukan lutsinar utk kekalkan nutrisi, sekali abg sy hentam. kata abg,
ReplyDelete"Hahaha ulat klu dh masuk dlm perut ko boleh tau ke nutrisi dia tinggi ke rendah... vey subjektiv. Asal jgn bg dedah direct matahari udah ler... kita pon boleh cair" :-(
cia cia cia
ReplyDeleteBoleh saya tau dekat mana ada jual chia seed ni.....??
ReplyDeleteSebaiknya jangan dimakan tanpa direndam dahulu dlm air sebab chia seed mudah kembang dan boleh menyumbat ruang esofagus. Ini adalah hasil kajian drp sebuah universiti di US.
ReplyDeleteDekat farmasi pon ade jual chia seed adik ooii.
ReplyDeleteBertenang kak. Artikel pun tahun 2016. Hahah. Chia seed belom femes pun masa tu.
Delete