Resepi Cornflakes Coklat Mudah dan Rangup Tanpa Bakar

17 June 2017

Assalamualaikum. Dalam kata tahun ni tak nak buat kuih raya sebab badan tak larat, tapi masuk resepi cornflakes coklat rangup ni, dah 4 kuih raya dah Ayue buat. Hehe. Bila suami request, tak sampai hati pula nak tolak kan. Lagi pun kuih-kuih raya yang dia minta semua senang untuk dibuat. Jadi Ayue layankan lah.


Dalam banyak-banyak kuih yang Ayue buat, cornflakes coklat ni lah yang paling senang nak buat sebab resepi cornflakes coklat ni tak perlu bakar pun. Dan kuih yang paling laku tau. Tak sampai berapa hari dah habis sampai Ayue kena buat lagi sekali. Yang bestnya, kalau suami Ayue balik lambat, dia akan minta Ayue bekalkan sikit cornflakes coklat ni supaya dia dapat makan masa berbuka di office nanti. Sweet kan? Haha.



Hilang terus penat bila suami hargai apa yang kita masak. Lepas tu kebetulan ada juga kawan suami yang rasa cornflakes coklat Ayue tu, dan nak order untuk raya ni. Adoi, tak kan nak tolak pula. Dah alang-alang memang Ayue nak buat lagi untuk dibawa balik ke kampung suami dan kampung Ayue, jadi Ayue selitkan lah sekali order kawan suami tu. Rezeki jangan ditolak ye tak? Alhamdulillah.

Ok, jom Ayue share resepi kuih raya paling mudah dan paling senang untuk anda buat, tanpa bakar dan paling sedap dan paling laku masa raya nanti. Heheh.


Resepi Cornflakes Coklat Mudah dan Rangup Tanpa Bakar

Bahan-bahan
  • Milk compound chocolate (Beryl's) 250g
  • Cornflakes - 5 cawan (sukat yg belum diramas)
  • Buttercup - 1 sudu besar
  • Almond - 60g
  • Papercup


Cara-cara

  1. Cairkan coklat bersama butter, biarkan sejuk
  2. Sangai almond hingga rangup
  3. Ramas kasar cornflakes
  4. Campurkan cornflakes, almond dan coklat, gaul rata
  5. Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu
  6. Biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit
  7. Siap!









Haa, mudah dan senang sangat kan? Kan Ayue dah kata. Ada juga resepi yang tak guna almond, tapi Ayue suka masukkan almond supaya lagi sedap. Lagi pun untuk makan sendiri, apa lah salah bagi lagi sedap kan?

Ayue guna coklat Beryl's sebab gabungannya dengan cornflakes sangat sedap berbanding coklat hershey's. Ayue sendiri dah cuba, tapi suami lagi suka yang Beryl's. Lagipun coklat hershey's pada suhu bilik, ia cepat lembik. Tapi kalau nak nak cuba, takda masalah. Lain orang lain seleranya kan.

Update:
Sekarang ni musim Covid-19, Ayue suggest anda beli bahan-bahan nak buat kuih raya di online saja. Tak perlu lah beratur panjang-panjang dan berhimpit dengan ramai orang. Beli online lebih selamat ok? Ayue lebih suka shopping dekat shopee je. Ni Ayue senaraikan sekali kedai-kedai bakery yang ada di shopee untuk anda shopping.


Ada juga yang tanya Ayue tips untuk tak bagi cornflakes tu lembik dan lemau selepas digaulkan dengan coklat. Tips nya mudah saja. Alang-alang nak share tips, Ayue share sekali segala tips untuk resepi ni ya.


Tips masak Cornflakes Coklat

  • Coklat boleh dicairkan menggunakan teknik double boil atau masukkan saja dalam microwave. Ayue guna microwave sebab lagi senang dan cepat. Tapi pastikan suhu yang digunakan sederhana saja dan panaskan selama 3 minit. Setiap 1 minit, anda cuba tengok sama ada coklat dah cair atau tidak dengan cara menggaulkannya. Suhu jangan terlalu panas, kalau tidak coklat akan kering.
  • Pastikan coklat sejuk sebelum dicampurkan bersama cornflakes untuk mengelakkan cornflakes anda lembik dan lemau. Jangan risau sebab coklat takkan keras semula dalam masa terdekat kerana anda dah campurkan coklat dengan butter. Ayue biarkan coklat sejuk dalam 20 minit saja. Jangan dibiarkan berjam-jam pula ya.
  • Jangan sesekali biarkan coklat terkena air.
  • Selepas masukkan cornflakes ke dalam papercup, Ayue terus masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit. Maklumlah, Ayue tak rajin nak tunggu hingga coklat keras. Jadi Ayue masukkan terus dalam peti ais, tak sampai 5 minit cornflakes dan coklat akan keras. Jangan sejukkan terlalu lama, kalau tidak cornflakes akan lemau.
  • Setiap adunan ni akan dapat dalam 70-80 biji. Bergantung pada cara dan kuantiti yang anda masukkan ke dalam papercup.
  • Ayue guna cornflakes jenama Nestle sebab lebih nipis dan sedap berbanding yang lain.



Itu saja rasanya tips yang Ayue nak share. Bukan susah pun pantang larang dia. InsyaAllah, cornflakes anda akan jadi sangat rangup krup krap bila makan kalau anda ikut teknik dan tips yang Ayue share ni. Lepas tu nak hias terpulang pada anda. Ada yang letak manik warna-warni, coklat putih dan sebagainya. Ayue dan suami lebih suka yang kosong saja sebab dekat dalam kan dah ada almond? Buat apa nak tambah-tambah perasa kan. Hehe. Ikut selera masing-masing ya.

Jangan lupa cuba resepi ni tau. Serious sedap sangat! :)

Selamat mencuba.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. kalau beli dark compound coklat ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole, takda masalah. Bergantung pada selera masing2. Sy suka coklat milk sebab manis sikit. Kalau tak suka manis, bole guna yg dark :)

      Delete
    2. Kenapa coklat tak mau keras ye....

      Delete
    3. sy suka letak dlm fridge kejap dlm 5 minit. Pastu keluar kan confirm keras and tak lembik dah.

      Delete
  2. Sally nak buat jugak tapi manjang lupa beli cornflakes dan sampai kesudah laa tak buat..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..yg ni malam raya pun bole buat sally. senang sgt nk buatnya pun.

      Delete
  3. senangnya! tapi kalau malas ni benda senang jadi susah huwaa T__T

    ReplyDelete
  4. Kalau guna dark compound kena tambah gula tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak gula takut texture dia jadi lain pulak nnt. Maaf, sy tak pasti.

      Delete
  5. Selain kedai bakeri, online,... kat mana lagi boleh beli Milk compound chocolate beryls ni? saya dh cri2 kat shopping mall mcm aeon big, aeon retail, x de... :( jenama lain je y slalu ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sorry. Sy ingatkan beryls ni paling senang cari sebab dekat sini beryls tu hampir semua kedai runcit/biasa ada. Tak perlu ke bakeri or beli online pun.

      Kalau dekat rumah ada jaya grocer, maybe bole cuba situ. :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Ok wife dh cuba. Tq untuk ilmu ini..mudah senang dan cepat masuk mulut anak2..adei..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Sedapkan? Memang pujaan semua org ni tak kira umur. Rasa confirm kena buat :)

      Delete
  8. terima kasih atas resipi dan tips...sy buat guna dark choc dan semua org ckp sedap :) lpas ni rsnyer setiap tahun kena buat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 :) Aah, kami pun memang tiap2 tahun wajib buat. Buat banyak terus sbb mak dgn mak mertua nak jugak. Haha

      Delete
  9. hello, besides the brand beryl's, are there any recommendations with several brands?

    ReplyDelete
  10. Hi, I think any chocolate brand would do. Choose milk choc if you want it to be sweet and dark choc for less sweet. But I always go for beryls because of its premium taste at affordable price. :)

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan berapa lama cornflakes coklat..dia tak masuk angin ka kalau simpan lama²

    ReplyDelete
  12. Terima kasih byk2 atas resipi dan tips yg dikongsi...da masuk 3tahun sy gne resipi sis ni...anak2 dan suami suka sgt..setiap tahun request..semoga murah rezeki sis berkongsi resipi dgn kami semua.. :)

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.