Buffet Ramadhan Casa Ombak

24 June 2014



Salam awak!

Salam dihulur kasih diterima
Agar ikatan terjalin mesra
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma
Tingkatkan amalan hadkan selera

Haa, tak sampai seminggu pun lagi kita nak sambut Ramadhan Al-Mubarak, macam mana persiapan awak nak sambut puasa ni? Dah bersedia tak untuk menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari? Pada yang sudah bersedia tu Alhamdulillah..yang belum tu cepat-cepat okey. Jangan mengelat pula bila tiba masanya nanti.

Ramadhan kali ini mungkin akan lebih mencabar bagi semua umat Islam sebab kita bakal diuji dengan fenomena El nino, iaitu cuaca panas yang melebihi daripada biasa. Fuhhh, risau juga saya bila memikirkan cuaca di Malaysia sekarang ni. Tapi insyaAllah, Allah SWT sentiasa permudahkan umatnya untuk menunaikan ibadah berpuasa. Ameen :)

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Macam yang kita sedia maklum, tiap kali Ramadhan menjelma, berbagai-bagai juadah enak yang akan disediakan oleh peniaga-peniaga di Bazaar Ramadhan, manakala hotel dan restoran pula akan menyediakan Buffet Ramadhan untuk memudahkan awak berbuka puasa nanti. Kadang-kadang rasa seperti berada di "syurga makanan" pula kan? Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Jadi, sempena Ramadhan 1435H ni, Ombak Creative juga turut terpanggil untuk menyediakan pelbagai hidangan Buffet Ramadhan untuk awak semua.


Pada yang tidak mengenali Ombak Creative atau juga dikenali sebagai Casa Ombak, merupakan sebuah syarikat yang sudah lebih 10 tahun menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada bakal pengantin dari segi Penjagaan Diri, Persiapan Perkahwinan, Catering & Canopy, Lokasi Perkahwinan dan berbagai-bagai lagi di bawah satu bumbung. Ombak Creative yang dimiliki sepenuhnya oleh Casa Ombak Sdn. Bhd. ini juga turut berpengalaman sebagai perunding majlis untuk majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.
Boleh layari website Ombak Creative untuk dapatkan info serta butiran lanjut tentang pakej yang ditawarkan oleh mereka ye.

Bertempat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Ombak Creative menyediakan lokasi perkahwinan ala taman yang berkonsepkan english moden di bawah kanopi di banglo Jalan Damai berdekatan dengan The Intermark dan Double Tree Hotel. Di lokasi inilah Buffet Ramadhan Casa Ombak akan diadakan. Dengan berkonsepkan Buffet Ramadhan masakan kampung, pelbagai juadah enak yang akan disediakan oleh Chef Ombak Creative dengan harga yang sangat berpatutan. Instant cook stall corner juga ada tau!

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak

Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )

(Tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat)


Cara Tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak

Kepada awak yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak boleh hubungi nombor di bawah cepat-cepat untuk tempahan.

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.ombakcreatives.com


Pelan Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Casa Ombak. No.22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
(Berdekatan dengan The Intermark dan Double Tree Hotel)


Sekitar lokasi Casa Ombak

Untuk awak yang sedang mencari Buffet Ramadhan yang di kelilingi suasana taman untuk menikmati hidangan berbuka puasa dalam keadaan santai di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah pilihan yang sangat tepat! Jangan risau tentang tempat solat kerana tempat solat juga di sediakan kepada para muslimin dan muslimah untuk menunaikan solat.

Apa tunggu lagi?
Set kan jadual awak untuk berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak ni okey? Bawa semua ahli keluarga dan sahabat handai awak untuk sama-sama menikmati juadah enak di sana. Kemeriahan berbuka puasa di bulan Ramadhan bersama orang tersayang pasti akan terasa. Oh ye, mana la tau boleh jumpa saya di Buffet Ramadhan Casa Ombak nanti? Sebab saya pasti akan ke sana Ramadhan ni :)


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1435H


xoxo,

post signature


Join the conversation!

  1. Isk! Kalau k.ayue sponsor nak la pegi. Hahaa.. :D

    ReplyDelete
  2. Sis pun cadang nak gi jugak, kalau terperasan nanti tegur2 lah ya..:)

    Apa2 pun , good luck dalam contest ni ya

    ReplyDelete
  3. bole tahan ni !!! ayue ade kaki ke kt sana nk book?? mane tau fadh teringin nnt..ekekkeke

    ReplyDelete
  4. Mesti selera berbuka di sini kerana suasananya amat mendamaikan :)

    ReplyDelete
  5. wow..menggoda btul buffet ni ayue..xsempat puasa lg dah rasa nak pi..huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. salam ramadan al mubarak dari AUC
    moga ramadan tahun lebih elok dari tahun sebelumnya...

    http://wp.me/p2PJVK-64v

    ReplyDelete
  7. Assalam Terima kasih kerana sudi menyertai contest saya ini, semoga berjaya ya :)

    ReplyDelete
  8. Assalam Terima kasih kerana sudi menyertai contest saya ini, semoga berjaya ya :)

    ReplyDelete
  9. bagus entri ni.. gud luck ya...

    ReplyDelete
  10. kalau ada rezeki teringin juga nak berbuka di casa ombak...

    ReplyDelete
  11. good luck sis,, baru berkesempatan nak singgah sini....
    amal singgah sini.. moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.