Resepi Kuih Badak Berendam Simple & Sedap

17 July 2014

Assalamualaikum. Kali ni Ayue nak share resepi Kuih Badak Berendam pula sebab hari tu masa Ayue balik kampung, kakak Ayue teringin sangat nak makan kuih badak berendam tu. Badak Berendam vs Puteri Mandi? Sama ke Serupa? Hehe. Lebih kurang je sebenarnya, cuma mungkin lain negeri lain nama. Tapi Ayue memang panggil Kuih Badak Berendam. Since kakak Ayue tu teringin sangat, kami sekeluarga pun buat lah kuih ni versi kami. Walaupun jarang buat, tapi sesekali bila buat ramai-ramai macam ni jadi sedap pula.


Resepinya pun mudah sangat. Ayue rasa bahan-bahan kuih badak Berendam ni pun memang selalu ada di dapur, jadi senang kalau teringin nak makan je boleh buat terus. Ok lah, jom Ayue share resepi mudah Kuih Badak Berendam ni supaya anda semua pun dapat rasa betapa sedapnya kuih ni. Cewah!

Resepi Kuih Badak Berendam Simple & Sedap

Bahan-bahan Kuih Badak Berendam/Puteri Mandi

  • Tepung Pulut - Setengah paket
  • Air
  • Pewarna - Ikut suka nak warna apa
  • Gula merah - Seketul (dipotong dadu)

Bahan-bahan Kuah Kuih Badak Berendam/Puteri Mandi

  • Santan kotak - 1 kotak kecil
  • Susu cair - setengah tin
  • Gula - sesedap rasa
  • Garam - secubit pun cukup
  • Daun Pandan
  • Biji Sagu - 2 sudu (optional, tak nak letak pun takpa)

Cara-cara Masak Kuih Badak Berendam

  1. Gaul tepung pulut dengan air sampai jadi doh atau sampai doh tak melekat kat tangan.
  2. Bahagi-bahagikan tepung tadi ikut warna pilihan anda. Ayue buat merah, hijau dan satu lagi dibiarkan putih.
  3. Bulat-bulatkan dan masukkan gula merah yang da siap dipotong dadu ke dalam tepung. Ketepi kan.
  4. Masak santan, susu, gula secukup rasa, sedikit garam. Jangan manis sangat ya sebab dalam tepung tadi da ada gula merah. Letak daun pandan untuk bagi wangi.
  5. Ayue suka biji sagu, jadi Ayue letak dalam kuah sekali. Siap, ketepikan.
  6. Kemudian masak air dalam periuk, bila dah mendidih, masukkan tepung tadi ke dalam air sedikit demi sedikit. 
  7. Tunggu sehingga tepung tadi timbul, boleh angkat dan masukkan ke dalam kuah santan tadi.
  8. Siap! Boleh makan sejuk atau panas

Resepi Kuih Badak Berendam Simple & Sedap

Resepi Kuih Badak Berendam Simple & Sedap

Sedap sangat! Ayue suka makan sejuk-sejuk. Rasa macam makan aiskrim cair pun ada. Haha. Tapi memang mdah sangat buatnya kan? Ayue dah buat banyak kali dah menjadi semuanya. Portion resepi kuih badak berendam Ayue ni boleh makan untuk seisi keluarga. Dalam 5-6 orang macam tu. Kalau keluarga anda kecil, boleh kurangkan portion ya.

Selamat mencuba~

xoxo!

Join the conversation!

  1. senangnya resepi . . hehe boleh la amik try buat kat rumah . . thanks yeah for sharing :)

    ReplyDelete
  2. kalo kg sy puteri mandi ni buah tu digaul dgn kelapa yg dimasak dgn gula melaka..kalo kuih awk ni ktorg pgl cacar..tp buah dia bkn bulat2 gni..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..ade jgk tgk org buat cenggitu..tp kami buat cenggini :)

      Delete
  3. Replies
    1. jgn kate lya...org yg buat ni pun tergodaaa..hahah

      Delete
  4. lain btol version kite ni..fadh puteri mandi masak lain skit..badak berendam ala2 ayue bt ni jgk la..ayue org mane??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..yeke cik fadh? ni versi bantai je..asal sedap :P
      cik fadh oiiiiii..kt org melakeeeee la~

      Delete
  5. haishhh mengancamm nye.. hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. before berbuka, semua bnd mengancam kan rina..huhu

      Delete
  6. ooo, cam buat buah Melaka ajer kan...tapi masukkan dlm kuah...
    terima kasih ye kongsi di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..mcm buah melaka jee..hehe..ur welcomeeee :)

      Delete
  7. macam onde-onde la cara buatnya...
    Cik Nur pernah makan nie,sedap :-)

    ReplyDelete
  8. Waner dia pekat sgt. Hehe. Tp kuah dia tu mengancam. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg saje buat pekat sket ana..sbb pudar2 nmpk pucat plak :p

      Delete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.