Glucerna Challenge Me!

18 September 2014


Salam awak!

Kat Malaysia ni..cakap je nak makan apa..semua ada. Yang manis, yang masam, yang pahit. Macam-macam lah! Malaysia ni kaya dengan makanan..kadang-kadang sampai saya pun terjebak dalam gejala pemakanan tidak sihat ni. Mana tak nya, makanan dekat restoran tu menusuk kalbu sungguh. Tak mampu rasanya nak tolak bila di hidangkan depan mata kek cheese yang meleleh-leleh tu..betol tak?

Nak bersenam? tolong lah..ayat yang paling cliche sekali "Busy sangat lah..takda masa" menyebabkan Malaysia salah satu negara Asia yang tinggi  pengidap pengakit Diabetes.
Jadi, bila di beri peluang untuk ke Diabetes awareness saya tidak lepaskan peluang sebab saya sendiri kurang kesedaran tentang diabetes ni.



Macam yang kita semua tau, diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula dalam darah awak tinggi dari normal. Tapi awak tau tak yang sebenarnya diabetes ni ada 2 jenis utama. Jenis 1 dan jenis 2.

Jenis 1 - Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 - Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Antara gejala-gejala yang akan di alami oleh penghidap diabetes ialah :

  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas

Hah! awak ada tak tanda-tanda kat atas tu? Kalau takde, alhamdulillah..tapi kalau ada..cepat-cepat pergi cek ye mana lah tau awak ada diabetes tanpa sedar?



Untuk awak yang penghidap diabetes tu, apa kata awak cuba Cabaran Glucerna Challenge Me ni?

Cabaran Glucerna Challenge Me adalah pelan mudah selama 12 minggu yang mengandungi pelan pemakanan sihat, produk pemakanan khusus seperti Glucerna dan senaman. Program ni adalah untuk membantu penghidap diabetes menangani tiga komponen penting dalam menguruskan diabetes mereka iaitu mengawal tahap gula dalam darah, pengurusan berat badan dan megurangkan kadar kolestrol.



Ok, mula-mula awak kena install dulu aplikasi Glucerna MY ni di smartphone awak.



Kemudian daftar.


Haa, ok..da daftar da? awak mesti teruja tengok aplikasi ni sebab saya yang takda diabetes ni pun excited ok nak cuba. Aplikasi ni bukan saja membantu awak menguruskan diabetes, tapi bole juga untuk mengawal pemakanan harian awak. Dah la tu, siap ada resepi tau! Nak sihat? Nak badan mantap? bole cuba resepi yang disediakan di dalam aplikasi Glucerna MY ni ye..




Oh oh..bukan tu je, Glucerna MY juga ada sediakan senarai senaman yang bole awak ikut bagi membantu lagi usaha mengawal diabetes awak tu. Nak quad, nak melengkung, nak tendang..semua adalah. Yang takda diabetes pun saya memang syorkan untuk awak download aplikasi ni..sangat ohsem!


Pastu awak bole jejak kemajuan awak. makin bagus ke..makin merundum ke..hehe..mesti makin bagus punya lah lepas ni :)


Oh ye, resepi yang disediakan di dalam aplikasi Glucerna MY tu semua nya menggunakan Glucerna sebagai salah satu resepi nya. Apa Glucerna yang saya sebut-sebut dari tadi ni..kenapa nak kena masuk dalam resepi pulak kan? Ok, untuk pencerahan awak..Glucerna ni merupakan satu produk yang direka khusus untuk membantu penghidap diabetes mengawal tahap gula dalam darah, pengurusan berat badan dan megurangkan kadar kolestrol mereka. Bagus kan?


Dan, yang paling best..penghidap diabetes tak perlu lah nak skema sangat minum Glucerna ni dalam tumblr..bancuh..minum..tak perlu da semua tu. Sekarang awak bole masukkan glucerna ni dalam makanan favorite awak tau! Cupcake? pun bole..jangan risau.

Chef Suraiya dari Culinary 19 sedang mengajar kami membuat cupcake menggunakan Glucerna :)





Pastu kami masing-masing kena hias cupcake sendiri..hahah..macam-macam bentuk ada~


Cupcake hiasan saya :)




Berminat? Cepat-cepat download aplikasi Glucerna MY ni tau..



Untuk maklumat lanjut, awak bole layari laman web mereka :

www.glucernachallengeme.com.my
atau hubungi di talian 1800-88-6233 (Isnin - Jumaat, 9pagi - 6petang)



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Eh eh , kenapa entry macam sekerat ? Ke pc kita yang weng ? T_T

    ReplyDelete
  2. lepas ni orang ada diabetes boleh makan cup cake dengan muka senyum la btw tahniah Ayue penerima Liebster Award Dari BBL jangan lupa check it out

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.