Konvoi ke Ipoh dengan PETRONAS PRIMAX95, Experience to Believe

01 December 2014

[Sponsored Post]

Salam awak~


8 November  hari tu saya dijemput oleh Nuffnang untuk menyertai konvoi anjuran PETRONAS ke Ipoh dengan menggunakan minyak baru mereka, PETRONAS PRIMAX95. Seriously saya sangat teruja sebab ini kali pertama saya nak berkonvoi. Takut pun ada jugak sebab yelah, da la nak ke Ipoh, kena drive sorang plak tu. Nak cabar diri punya pasal, ok set!  Jom ke Ipoh kite~~


Sebelum saya cerita alkisah saya berkonvoi ke Ipoh, meh nak habaq sikit betapa ohsemnya PETRONAS PRIMAX95 ni yang pada mulanya, saya sendiri pun tak tau..hehe

Sejujurnya saya memang pengguna minyak Ron95, tapi saya tak consistent. Pakai main bedal je, tak kira apa brand..asal minyak kering je, singgah mana-mana petrol pump untuk refuel.  Terima kasih pada PETRONAS kerana sentiasa mencari jalan untuk menambah baik minyak mereka untuk menarik pengguna yang macam saya supaya setia menggunakan produk mereka. Kenapa saya cakap macam tu?

Sebab ini.

PETRONAS PRIMAX 95, dengan Advanced Energy Formula ini dapat mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga, mencuci enjin dan meningkatkan penjimatan petrol. Peh! Penjimatan petrol. Memang ni lah yang saya paling suka sekali sebab jarak dari rumah ke tempat kerja saya agak jauh. Saya perlukan penjimatan petrol~

Bagaimana PETRONAS PRIMAX 95 dengan Advanced Tenaga Formula menyampaikan ekonomi bahan api yang unggul?


Cleans the engine - Optimises fuel delivery by cleaning and protecting critical injector and engine parts.
Creates finer fuel spray  - Enhances energy release by improving fuel atomisation for better fuel combustion.
Reduces friction - Minimises energy loss by lubricating the cylinder wall and refreshing the engine oil surface active ingredients.


Apa pula ciri-ciri dan manfaat PETRONAS PRIMAX95 ni?


More like everyday vehicles: This year, Formula OneTM regulations limit engines to 1.6L turbocharged direct-injection V6 hybrid – this rule makes their cars more similar to everyday vehicles.

More fuel efficient: Formula OneTM fuel consumption is reduced by ~30% to a maximum race fuel allowance of 100kg with a fuel mass flow not exceeding 100kg/h. Efficiency is now a key success factor.

Liquid and Metal: The Power Units of MERCEDES AMG PETRONAS Formula OneTM cars run on PETRONAS PRIMAX and PETRONAS SYNTIUM. These PETRONAS Fluid Technology SolutionsTM are the fuel and engine oil designed specifically for their engines


Jadi, dengan berbekalkan minyak PETRONAS PRIMAX95 yang diisi penuh dalam tangki Myvi kesayangan saya tu, perjalanan ke Ipoh pun bermula.

Selfie sebelum mulakan perjalanan (Sila abaikan mata bengkak sebab sehari sebelum kejadian, saya  jatuh longkang!)

Barisan-barisan kereta peserta konvoi ke Ipoh :)

Iyeeee..hujan rahmat. Kami mulakan perjalanan ke Ipoh dalam hujan. Ada 30 kereta kesemuanya, saya no 19 iaitu kumpulan ke 2. 1 kumpulan ada 10 kereta dan 1 leader. Yelah, sesat barat kami nanti kalau takde leader. Tambah-tambah yang first timer macam saya ni..ada yang patah balik ke KL nanti..haha.

Bendera tu sangat berguna okey untuk konvoi. Saya berpandukan bendera kecik tu untuk kenal pasti peserta lain :p

Itinerary sepanjang konvoi ke Ipoh

Bergerak dari Ben’s Publika, Hartamas Heights kami ke Station PETRONAS Sg. Penchala untuk isi minyak kenderaan masing-masing. Ini paling best!

Thanks PETRONAS for this ohsem Gift Card and limited edition Touch n go card! Dapat isi minyak dan tol percuma..weee~~ :)

Dari jalan yang straight je kat highway tu, kami lalu jalan kampung, luar bandar yang jarang sekali dilalui oleh pemandu yang biasa nak ke Ipoh tu. Jalan tu memang sangat bengkang bengkok, sempit, banyak bumper, kejap naik bukit, kejap turun bukit. Fuh! Sangat mencabar betol jalan yang kami kena lalu tu. Dan cara pemanduan saya pun kejap laju, kejap perlahan..sebab cuaca mendung..kejap hujan, kejap tak..hehe

Tiba di Indulgence Ipoh, saya tengok minyak saya hanya turun 2bar! Eh? Biar betol ni? Macam tak percaya pun ada tapi memang itulah yang terjadi.

Saya sampai agak lewat berbanding peserta lain sebab masa hujan saya bawak perlahan-lahan je..pemandu berhemah katakan :p

Ini je yang sempat saya grab for lunch di Indulgance tu.

Sedap! Tambah-tambah dia punya dessert. Peh! Mengancam! Tapi lapar punya pasal, lupa snap gambar..hehe..ampun :p

Sebelum bergerak semula ke KL, harus lah group photo dulu kan?

Kami, peserta konvoi ke Ipoh bersama ‘Lewis Hamilton’.. :p

Perjalanan dari Ipoh ke KL pula hanya melalui highway, dimana saya cuba untuk bawa secara consistent pada kelajuan 120km/h ~ 130km/h tapi bukanlah sepanjang masa ye..jangan risau :p

Dan kami tiba semula di Ben’s Publika untuk sesi soal jawab bersama jurutera PETRONAS.

Abang Nara & kak  Dilla :)

Apa yang dapat saya simpulkan selepas menggunakan minyak PETRONAS PRIMAX95 dengan Advanced Energy Formula ni ialah saya dapat rasakan yang enjin saya makin ringan dan tak banyak bunyi, terutama masa nak naik turun bukit tu dan penjimatan petrol yang ketara :)

Hasil kerjasama PETRONAS PRIMAX’s Technical Performance Consultant dan MERCEDES AMG Formula One yang menghasilkan Primax95 dengan Advanced Energy Formula ni benar-benar memberikan kecekapan petrol lebih tinggi bagi memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh.

Jadi untuk awak yang inginkan petrol yang mampu mengoptimakan penghantaran bahan api dengan membersihkan enjin, semburan bahan api yang lebih halus, dan mengurangkan geseran dengan dinding silinder,  dan paling penting mampu menjimatkan penggunaan petrol awak, beralihlah ke PETRONAS PRIMAX95 ni ye?

Program “Experience to Believe” yang dibawakan oleh PETRONAS PRIMAX95 dengan Advance Energy Formula ni adalah salah satu pengalaman yang manis buat saya sebab ini adalah pengalaman pertama saya berkonvoi dan drive secara solo untuk perjalanan yang jauh. Pastu saya sendiri dapat feel bagaimana perubahan yang ketara pada kereta saya sepanjang perjalanan dari Kl ke Ipoh dan sebaliknya. Dan yang paling saya suka tiap kali join event ialah dapat kenal lagi ramai blogger-blogger yang ohsem kat luar sana :)

Sedikit tips yang saya dapat semasa sesi soal jawab dengan jurutera PETRONAS.

Soalan : Isi petrol malam untuk dapat minyak yang banyak dan kurang gas.
Jawapan : Kesemua station petrol di Malaysia menggunakan tangki bawah tanah, maka perubahan suhu adalah tidak ketara. Isi siang atau malam, sama je :)

Soalan : Takpa ke isi petrol campur-campur? Kejap brand A, kejap brand B?
Jawapan :  Untuk dapatkan manfaat dan kesan yang optima dari petrol yang digunakan, sila guna petrol dari brand yang sama kerana setiap brand mempunyai formula yang berbeza. Maka, gunalah PETRONAS PRIMAX95..hehe


Untuk info lanjut, sila layari :


“PETRONAS PRIMAX95, Experience to Believe”

xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Tak tangkap gambar ngan kita pun... kerek... he he eh

    ReplyDelete
  2. Ammboi nape mata tu
    Nape jatuh longkang tu ekeke

    Thanks for sharing this kak ayueeee eekekke. Mesti best gilaaaa konvoi hihuhi

    ReplyDelete
  3. boleh tahan ramai jugak yang join konvoi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa...rugi xjoin! best ok bwk kete redah hujan~ haha

      Delete
  4. Inilah dia event yang kita terpaksa reject tu. Sentap !

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.