Assalamualaikum awak~
Kali ni saya nak perkenalkan satu lagi produk kecantikkan yang datang nun jauh dari Indonesia tu ha...tapi produk ni menggunakan teknologi Korea tau..Produk yang saya maksudkan adalah The Face, Dr. Herbal dan Milano Ashley dari Citra Mulia Kosmetik.
Fuhh..agak banyak produk yang ada dekat Citra Mulia ni..tapi kali ni saya just nak review produk yang saya bagitau tadi tu dulu..awak jangan risau, walaupun produk ni datangnya dari Indonesia, tapi produk ni da pun mendapat kelulusan KKM..siap stamp lagi no tu dekat semua produk..so jangan risau ok? Sesungguhnya memang selamat untuk digunakan :)
THE FACE
Notification Number The Face dari KKM
The Face Supreme Whitening ni ada dua jenis...day and night..gel ni jernih je warna dia..tapi kat dalam gel tu ada circular ring yang juga merupakan sebahagian dari gel serum tu jugak..ohsem kan? Cantik gila..sayang nak pakai..hahah
The Face Supreme Whitening Day Gel Serum
The Face Supreme Whitening Day Gel Serum 50ml
Harga : RM69.90
Nampak tak circular ring tu? Cantik kan..bukan saja cantik, tapi pelbagai manfaat :)
Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit.
Fungsi Gel Serum:
Mengurangkan bekas-bekas jerawat
Memutihkan kulit wajah
Menghilangkan flek hitam
Mencerahkan warna kulit
Meratakan warna kulit
Mengecilkan liang wajah
Menghaluskan dan mengenyalkan kulit
Cara penggunaan:
Bersihkan muka anda. Sapukan sedikit serum dalam tapak anda dansapu lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda, urut sehingga diserap sepenuhnya.
Gunakan setiap hari waktu pagi, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.
Ingredients
The Face Supreme Whitening Night Gel Serum
The Face Supreme Whitening Night Gel Serum 50ml
Harga : RM69.90
Yang Night pun sama..ada circular ring..tapi warna silver pulak
Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit.
Fungsi Gel Serum:
Mengurangkan bekas-bekas jerawat
Memutihkan kulit wajah
Menghilangkan flek hitam
Mencerahkan warna kulit
Meratakan warna kulit
Mengecilkan liang wajah
Menghaluskan dan mengenyalkan kulit
Cara penggunaan:
Bersihkan muka anda. Sapukan sedikit serum dalam tapak anda dan sapu lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda, urut sehingga diserap sepenuhnya.
Gunakan setiap hari waktu malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.
Ingredients
DR. HERBAL
Dr. Herbal Whitening AB Cream (2x20g)
Harga : RM99.90
Notification Number Dr.Herbal dari KKM
Dr.Herbal Whitening AB Cream ni ada 2 jenis..Krim Siang (Cream A) dan Krim Malam (Cream B)
DR. HERBAL Whitening AB Cream, produk perawatan kulit wajah yang 100% dibuat dari bahan herbal untuk membantu menjaga kelembapan alami kulit wajah sehingga tidak nampak kering dan juga berfungsi untuk mencerahkan warna kulit. Wajah akan mulai terlihat kenyal dan cerah dalam seawal 3 hari.
Dr.Herbal Whitening (Cream A) - Krim Siang
Macam foundation..boleh digunakan sebagai alas bedak
Dr.Herbal Whitening (Cream B) - Krim Malam
Cair sikit dari krim siang..yela..takkan malam nak pakai tebal-tebal kan? hehe
Manfaat :
Mencerahkan dan memutihkan wajah.
Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
Menjaga keanjalan kulit wajah
Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
Menghilangkan kedutan pada wajah.
Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.
Cara penggunaan :
Bersihkan wajah terlebih dahulu. Sapukan THE FACE GEL SERUM.. Ambil Krim secukupnya. Sapukan krim A untuk pagi dan krim B untuk malam.
Ingredients
Hah! Mesti da pening kan sebab banyak sangat? hehe..takpa..meh saya nak ringkaskan..senang je kalau awak nak guna produk Citra Mulia ni.
Turutan penggunaan :
The Face Supreme Whitening Gel Serum dan Dr. Herbal Whitening AB Cream
Siang :
1. The Face Supreme Whitening Day Gel Serum
2. Dr. Herbal Whitening AB Cream (Cream A)
Malam :
1. The Face Supreme Whitening Night Gel Serum
2. Dr. Herbal Whitening AB Cream (Cream B)
Nak lagi jelas, awak boleh tengok video yang saya sediakan ni khas untuk awak :)
Senang kan? Produk ni sesuai sangat untuk awak yang nak putih gebu gebus tu..sebab seawal 3 hari je da boleh nampak perubahan kulit wajah awak..7 hari untuk betol-betol nampak perubahan.
Walaupun Dr.Herbal ni diperbuat dari herbal 100%, tapi bau dia tetap wangi..takda la sampai pening kepala..saya memang paling pantang paling tak suka kalau produk kosmetic ni bau macam bau ubat..tak suka sebab rasa macam orang sakit...hehe
Okey.
Produk last..yang ni memang paling best sedap bau dia memang paling wangi lah. Serious tak tipu. Memang kalau pakai sebelum tidor..esok pagi bangun pun ada bau lagi..lepas mandi pun masih ada lagi bau dia sikit-sikit..fefeeling macam best je sentiase :p
Milano Ashley Lotion
Hand & Body Moisturiser
Ada 2 jenis jugak..
1. Milano Ashley Rose Tea (500ml)
2. Milano Ashley Green Tea (500ml)
Harga : RM18.50 sebotol
Manfaat :
Memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
Mengandungi banyak protein, mineral, dan vitamin yang menjadikan kulit anda berseri.
Pastu, bila pakai takda rasa melekit langsung..macam tak pakai pape, tapi wangi..boleh hilangkan kedutan pulak tu..huhu..sesuai sungguh la untuk peringkat umur yang da semakin meningkat ni.
Personally, saya suka yang bau Green Tea..kena dengan jiwa..cewahhh..haha..awak kalau teringin jugak produk keluaran Citra Mulia ni..boleh order online terus di laman web mereka..tak pun dengan saya pun boleh..hehe..
Untuk info lanjut, sila layari :
Website : http://citramulia.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/citramulia.my
Phone: +603-6274 6881
Fax: +603-6273 1669
xoxo,
Janganlah cantik sorang sorang , meh kasi kita buat ujikaji. :P
ReplyDeleteDah lama tak pakai produk yang berset-set macam ni.
ReplyDelete