Fortune Salmon Yee Sang At Sakae Sushi

31 January 2015

Assalamualaikum awak~


Buat pertama kali nya, sepanjang umur saya 28 tahun ni..ini lah kali pertama saya cuba Yee Sang..sebelum ni saya hanya tengok yee sang dekat TV je..hehe..yee sang pertama yang berjaya lepas masuk ke dalam anak tekak saya ni adalah Fortune Salmon Yee Sang di Sakae Sushi.


Apa yang saya faham tentang yee sang ni, ia merupakan hidangan tradisi yang disambut ketika perayaan Tahun Baru Cina (Chinese New Year - CNY) sebagai pembuka selera untuk memupuk ‘tuah’ untuk tahun berikutnya. Ia macam adat resam masyarakat cina untuk berkumpul di keliling meja dan melambung hirisan makanan menggunakan chopstick.

Haa..tau tak macam mana rupa nya yee sang ni? Di Sakae Sushi, untuk tahun 2015 ni, hidangan yee sang yang di sediakan adalah Fortune Salmon Yee Sang. Memang best gila lah kalau ada salmon kan? 



Lagi tinggi lambung makanan tu, lagi banyak tuah..hehe,,itu bak kata masyarakat cina lah kan :)



Masa di Sakae Sushi Gift of Love CNY Celebration di Paradigm Mall, sambutan ni di sambut sekali dengan kalangan selebriti dan kanak-kanak dari Rumah HOPE.

Selain tu, kami juga dihidang kan dengan Chawan Mushi..

Sedap benda ni..serius! Saya first time makan..rasa dia macam telur setengah masak yang orang letak seasoning dengan kicap tu..tapi versi dikukus..hehe..camtu la rasa dia :)

Dan main course nya..


Sedap okey..saya boleh telan even tekak ni melayu pure! haha..kalau compare saya dengan qisti..saya ni memang tekak melayu..suka makan kedai goreng-goreng..makanan melayu atau tomyam...dia pulak suka western! Tapi, yang ini saya boleh makan.. :)

Chinese New Year 2015 da dekat ni..kalau awak rasa macam nak cuba Yee Sang, boleh la pergi ke Sakae Sushi tu..dia ada dua option..


Fortune Salmon Yee Sang

Dining option & Prices :

1) Success (1-2 pax) - RM 29.80
2) Money (6-8 pax) - RM 49.80

Fortune Salmon Yee Sang di Sakae Sushi mempunyai sentuhan Jepun yang disediakan oleh Chef di Sakae Sushi dengan menggunakan salsmon yang segar, dengan bahan-bahan dari jepun seperti jellyfish, scallop, seaweed, radish, sesame dan di hidangkan dengan sos sitrus yang unik.


Manakala untuk kuantiti yang ramai, awak boleh ambil set yang ini..

CNY Treasures Combo Set - RM 88.80

Kombinasi mewah dari Sakae's signature Fortune Salmon Yee Sang (Money Set) dengan pilihan sushi yang terbaik seperti Hana Maki, Soft Shell Crab Maki, Californnia Hoso Maki, Tobikko Sushi, Tamago Sushi, Mini Ebi Tempura Sushi dan Fumi Sushi  dengan sushi rice yang penuh dengan vitamin-e untuk kesihatan yang baik.



Pastu, yang best nya..bila awak makan di Sakae Sushi..awak boleh redeem Lucky Bag mereka :)


Ada macam-macam dalam lucky bag ni..


Saya da dapat..awak tak nak ke? :p

Promosi ni bermula dari 19 Januari 2015 hingga 5 March 2015 je tau :)

Untuk maklumat lanjut, boleh singgah di laman web mereka ya..

Website : http://www.sakaesushi.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/sakaesushi


xoxo,


post signature

Join the conversation!

  1. Meriah! Nice meet up yaa. Japanese cuisine is one of my fav foods!

    ReplyDelete
  2. saya pernah rasa satu ketika dulu masa boss cina ... lagi byk bhnnya dari yg itu ...

    ReplyDelete
  3. Wahh.. nampak sedap.. tapi nak tanya, sakae sushi ni halal tak? Sebab saya biasa pergi ke sushi king jer

    ReplyDelete
  4. Menariknya.. Teringin pula nak cuba makan.. :)

    ReplyDelete
  5. Amboii seronoknyaa dia. kita tak pernah makan yee sang. hahah

    ReplyDelete
  6. Saya first time makan yee sang dekat sini. Kawan saya yang buatkan.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.