Chu Lip : Lip Balm baru dari Mentholatum !

02 February 2015

Assalamualaikum awak~


Baru-baru ni saya ada pergi ke karnival pelancaran lip balm baru dari Mentholatum iaitu Chu Lip..memang syok habis sebab sepanjang karnival saya dapat main pelbagai games..yang buat saya rasa nak cuba semua games ni sebab tiap kali selesai main game dengan jayanya, saya akan dapat hadiah..hadiah tu adalah Chu Lip tu sendiri! heheh..apa lagi..kumpul lah sebanyak mungkin kan.


Ada lima booth games yang disediakan masa karnival Chu Lip tu..ada Ping Pong Ball Toss, Ring Toss, Bushel Basket Toss, Can Knockdown dan Penny Pitch..seriously, bukan senang okey nak main game ni...mencabar sungguh..tapi seronok!! Rasa macam dalam fun fair pun ada..


Setiap aktiviti booth ni kreatif sangat..hias dengan Chu Lip yang comel gila tu..yang paling senang saya rasa game Bushel Basket Toss ni..kat sini saya menang 3 Chu Lip..yeay! Pastu booth yang paling susah pulak booth Ring Toss..peh, yang tu 10 kali saya beratur nak main pun tak masuk-masuk ring tu..stress je..haha.


Tengok lah promoter girls ni, comel gila pakai kostum Harajuku..dengan rambut pink..jalan ke hulu ke hilir bawak Chu Lip dalam goodies bag..hehe


Semua yang ada dalam carnival ni memang comel-comel lah..siap boleh bawak balik lagi gula-gula bulat tu..


Ini paling best..photobooth!! hahah..boleh posing depan photobooth ni sampai muntaah darah pun takpa :p


Lepas habis main kelima-lima game ni, kena submit form yang menunjukkan kami main semua game tadi untuk berpeluang menag lucky draw pulak..tapi macam biasa lah, susah sikit saya ni nak menang lucky draw..huhu


Taraaaa....banyak tak yang saya menang?? Seronok gila okey~~

Tak sabar nak cuba semua Chu Lip ni..saya jarang pakai lipstick kalau pergi kerja..kalau pakai pun bila ke event je..hanya lip balm atau lip ice je sentiasa ada dalam beg saya tu..lip balm yang jadi pilihan saya adalah dari keluaran Mentholatum. Memang dari zaman muda remaja dulu saya pakai lip balm dari Mentholatum..so bila dapat lip balm yang comel gila ni..makin meriah lah beg pasni :p


Chu Lip ni datangnya dari perkataan Jepun. Chu bermaksud "Kiss"..kalau digabungkan jadi ciuman bibir..ecece..kemain tau..bentuk dia macam dome dengan 4 warna-warna menarik..Pink, Red, Purple, dan Green..

Chu Lip Nordic, Fancy Nostalgia

Chu Lip Green : Orange, Lime, Mango


Chu Lip Arabian, Floral Shower
Chu Lip Purple : Rose, Geranium, Clove


Chu Lip NY, Brilliant my way
Chu Lip Red : Apple, Ginger, Tea Rose


Chu Lip Paris, Perfect Memories
Chu Lip Pink : Raspberry, Peach, Vanilla


Chu Lip ni di formula dengan bahan pelembap seperti minyak zaitun, Macademia Nut Oil dan Rose Hip Oil yang mampu memelihara agar bibir awak sihat, cantik dan lembap senantiasa.



Comel gila kan? Eleh..nak jugak lah tu..pergi beli dekat farmasi tertentu dan pasaraya besar dengan harga RM25.90 je :)


Beli lah semua warna..boleh hias atas meja kat office..cantik! haha



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.