Jentayu Spa & Salon : Spa paling murah sekitar Ampang, Kuala Lumpur

22 February 2015

Assalamualaikum awak~

Saya bukanlah jenis wanita yang gemar ke spa. Dari kecil sampai lah ke besar panjang, nak jadi bini orang dah pun. Still tak reti nak manjakan diri ke spa. Saya bukan berasal dari keluarga yang berada. Dah set dalam mind ni yang spa tu hanya untuk orang kaya. Orang kurang kaya macam saya ni tak perlu pergi pun takpa. Itu fakta yang ada dalam kepala saya ni.

Pemikiran yang sangat tak berkembang.

Kalau teringatkan kerja saya yang berlambak dekat office tu, dari pagi kadang-kadang sampai ke malam kena kerja, sangat memenatkan. Penat badan. Penat otak. Ditambah pulak dengan stress. Umur baru 20+ da nampak macam 30+ dah! Sangat tak cool okey. Muda-muda lagi badan dah lembik lesu.


Bila diberi peluang oleh Halim HaiBlogger! untuk dapat khidmat spa dari Jentayu Spa & Salon Secret di ampang, saya rasa macam..

Wahhhh!! Seriously?? Mesti pergi tak kira apa pun! Badan dah berkarat sangat dah ni. Huhu.

Bila sampai je dekat sana saya terpesona kejap dengan deco yang menghiasi Jentayu Spa & Salon tu sebab sangat menenangkan jiwa. Deco ala-ala bali gitu.







Jentayu Spa & Salon Secret, Ampang

Antara rawatan yang disediakan di sini adalah :

1. Manicure
2. Pedicure
3. Facial Treament
4. Rawatan Resdung
5. Urutan Tradisional
6. Body Treatment
7. Hair Treatment
8. Sauna
9. Lulur Tradisional
10. Mandi wap
11. Jakuzzi
12. Mandian ais dari colour vibration theraphy






Tempat urutan tradisional. Mak saya tukang urut. Lebih kurang macam bidan kampung la. Saya dah biasa dengan urutan tradisional berbanding style urutan spa yang ala-ala geli gitu. Di Jentayu Spa & Salon Secret ni menyediakan urutan tradisional. Memang sesuai sangat untuk orang yang badan keras macam saya ni. Hehe.









Sauna dan Jacuzzi. Haishhh. Memang favorite saya lah ni. Saya boleh duduk dalam sauna hampir 45 minit tau. Tambah-tambah dekat sini sauna dia ada lagu yang dimainkan masa duduk dalam sauna tu. Lagi la khayal. Jacuzzi pulak, saya boleh duduk berjam-jam. Hehe. Saya suka gila berendam. Tiap kali berendam tu rasa tenang je, strees-free orang kata.



Tempat nak buat facial pun alahai..romantik je tengok. Boleh tidur kalau camni.


Tapi bukan ni saja tau. Perkhidmatan salon macam gunting rambut, cuci rambut dan penjagaan kesihatan rambut pun ada dekat Jentayu Spa & Salon ni. Mereka siap ada pakej rawatan untuk bakal pengantin dan suami isteri lengkap dengan bilik khas untuk privacy awak. Yang best, pakej lepas bersalin pun ada. Eh, rasa macam semuanya ada dekat spa ni kan?






Apa yang menarik perhatian saya adalah, segala fakta tentang "Spa itu mahal" yang saya pupuk dari kecil itu terhapus serta-merta bila dapat tau yang di Jentayu Spa & Salon ni menawarkan harga serendah RM30 untuk pakej student!!

OMG! How awesome is that?!

Okey. Saya tau. Saya bukan student lagi, tapi bayangkan. Dengan serendah RM30, para pelajar boleh dapatkan khidmat spa yang merangkumi sauna, facial dengan body scrub! Peh, memang kalau masa saya belajar dulu ada spa semurah ini, memang saya ke sini tiap bulan. Seriously.

Untuk yang bukan student macam saya ni, pakej serendah RM38 hingga RM299 ditawarkan untuk awak ye. Murah gila kan?? Sauna paling murah dengan pakej yang berbaloi-baloi sekitar Kuala Lumpur ni ha. Mana nak dapat kat tempat lain? Hehe.






Bagi saya, harga yang ditawarkan oleh Jentayu Spa & Salon Secret ni tersangatlah murah dan berpatutan. Spa yang macam ni lah yang memberi peluang pada golongan macam saya ni yang teringin nak ke spa, tapi fikir dua tiga kali sebab takut mahal. Betol tak?





Oh ye, Jentayu Spa & Salon Secret ni ada mengeluarkan produk mereka sendiri tau. Masa awak dapatkan khidmat spa di sini nanti boleh lah cuba produk mereka. Siap ada shower bath perisa coklat lagi. Wangi!

Before kami balik, ada cabutan bertuah yang diberikan oleh pemilik spa, Puan Esma. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Puan Esma untuk memberikan khidmat spa dengan haga berpatutan.





Untung sangat Fadzi sebab dapat pakej lepas bersalin bernilai RM1200 tau. Rezeki baby :)




Kalau awak nak tengok situasi sebenar semasa kami di Jentayu Spa & Salon Secret, boleh lah tengok video yang diedit khas oleh Kaio ni. Tengok gambar je mana puas kan? hehe.




Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi mereka terus ye?


Jentayu Spa & Salon Secret

80 A, Jalan Teratai 1/2, Taman Bukit Teratai,
Ampang, Kuala Lumpur

No Phone : 
018-212 5978 (Puan Esma)
019-335 3585 (Puan Manja)





xoxo,

post signature

Credit picture : Ida isteri Islam

Join the conversation!

  1. Bestnyaaa. Fana tak sabar nak try servis spa diorang. Mesti rasa fresh je kan? Huhuhu. Mana nak dapat spa dgn harga murah macam ni kat KL ni tau. Jentayu Spa memang terbaek la!

    ReplyDelete
  2. Hihihi ape muke pejam mate macam tu >.<

    ReplyDelete
  3. Cantik juga deco spa dia ni yer. Nama brand Jentayu ni pun dah memang terkenal dah sekarang. Nice one. Sesuai untuk mereka yang memerlukan masa untuk diri sendiri setelah penat melakukan aktiviti harian yang tiada henti.

    ReplyDelete
  4. Hahahaha. dulu-dulu pon fikir spa ni mahal, sebab tu malas nak pergi sebab macam buang duit. tapi sebenarnya ada yang murah dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. baru dapat rasa nikmat berspa. hehehe

    ReplyDelete
  5. sekali sekala g spa mmg best...lagi-lagi bila badan penat kan..huhuhu...tapi mmg murah la pakej dia :D

    ReplyDelete
  6. Hai, nak tanya muzik yang dimainkan di spa ni ape ye? Harap sesiapa boleh tolong sbb ni berkaitan dengan assignment saya :)

    ReplyDelete
  7. satu perkongsian yang menarik dan bermanfaat kepada semua.

    Saya ada jumpa senarai salon di sekitar Malaysia:
    https://www.lookp.com/malaysia/hair-salon

    kalau ada yang mencari salon terbaik, boleh la ke link di atas.
    Berkongsi infomasi

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.