Karnival Tahun Baru Cina 2015 di MYDIN Mall USJ

04 March 2015

Assalamualaikum~ 

Tahun Baru Cina 2015 bagi saya lain sikit dari tahun-tahun sebelum ni sebab saya tak pernah hadir ke mana-mana Karnival berkaitan Chinese New Year. Tapi tahun ni saya sangat bertuah sebab dijemput oleh MYDIN Mall USJ untuk sama menjayakan Karnival Tahun Baru Cina 2015 pada 27 Februari hari tu. 


MYDIN Mall USJ meneruskan kerjasama erat bersama SJ ECHO, iaitu akhbar tempatan komuniti Subang Jaya untuk menjayakan Karnival Tahun Baru Cina 2015. Masyarakat multietnik yang terdiri daripada penduduk setempat dan para pelanggan MYDIN USJ, Subang Jaya berkumpul bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan usia untuk meraikan sambutan Karnival Tahun Baru Cina 2015 di MYDIN Mall USJ seawal pukul 5.00 petang sehingga 11.00 malam. 

Tahun Baru Cina merupakan hari perayaan masyarakat Cina untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Sambutan perayaan ini merupakan simbolik kepada titik permulaan dalam nasib dan kehidupan yang baru. Menurut zodiak Cina, tahun 2015 merupakan tahun kambing, iaitu tahun ke-8 dalam kalendar Cina yang membawa lebih banyak tuah berbanding tahun lepas. Angka lapan ini sangat signifikan dengan kemakmuran dan kekayaan. Pastinya sambutan Karnival Tahun Baru Cina 2015 kali ini membawa 1,001 kemeriahan, keriangan dan kenangan dalam kalangan 5000 tetamu yang hadir.

Ramai kan? Saya sampai awal hari tu. Excited punya pasal. Sampaikan saya beriya join pertandingan yang diadakan pada petang tu. Cuba tengok, nampak tak saya? Hehe. Saya dapat goodies bag atas penyertaan :)



Lepas dari tu, ada macam-macam persembahan yang saya dapat tengok. Antaranya persembahan tarian tradisional Chinese New Year dan tarian dari kanal-kanak (CNY Mini Kids Performance)






Majlis komuniti yang berasaskan sambutan perayaan seperti ini diyakini mampu memupuk nilai-nilai murni khususnya rasa hormat-menghormati, bertolak-ansur dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk USJ yang hidup secara harmonis. 



“Karnival Tahun Baru Cina ini adalah merupakan acara tahunan di MYDIN USJ dan dianggap sebagai satu tradisi. MYDIN bersama organisasi bukan kerajaan (NGO) akan sentiasa berusaha untuk menjayakan dan meraikan hari-hari perayaan besar seperti Tahun Baru Cina ini dengan tujuan untuk menghimpunkan semua lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan dan kemeriahan dalam sesebuah perayaan. Kadangkala, cawangan-cawangan MYDIN Mall yang lain juga menerima pelawaan daripada NGO setempat untuk berkerjasama dalam usaha menjayakan majlis komuniti berasaskan sambutan perayaan seperti ini. Saya sangat memandang tinggi dan menghargai usaha sebegini kerana secara tidak langsung kita mampu menyemai nilai-nilai murni seperti mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan menzahirkan perasaan saling menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.” - Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.


Karnival Tahun Baru Cina 2015 ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya. Karnival Tahun Baru Cina 2015 ini disempurnakan dengan gimik perasmian acara menggaul Yee Sang oleh para tetamu kehormat. 


Menurut masyarakat Cina, hidangan Yee Sang melambangkan simbol kemewahan, simbol penyatuan, simbol kemurahan rezeki dan mampu melanjutkan usia seseorang dalam tahun tersebut. 

Di samping itu juga, YB Hannah Yeoh memberikan angpau dan goodie bags kepada 34 orang penghuni Rumah Bakti Ci Hang Chempaka, Shah Alam, Selangor. Angpau dan goodie bags merupakan sumbangan daripada MYDIN untuk menceriakan sambutan Tahun Baru Cina penghuni Rumah Bakti Ci Hang Chempaka. 




Karnival Tahun Baru Cina 2015 kali ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik dan persembahan yang menghiburkan seperti aktiviti cabutan bertuah, aktiviti menggaul “Yee Sang”, persembahan tarian naga akrobatik, tarian singa akrobatik, tarian kebudayaan Cina, wushu, gendang Cina dan banyak lagi. 






Inilah yang saya katakan bertuah kerana sepanjang umur saya, saya belum pernah tengok persembahan masyarakat cina depan mata. Meriah dan sangat terhibur dengan persembahan mereka. Salah satu persembahan yang menarik perhatian saya adalah fire stick ni. Memang sangat horror dan impress sangat sebab mereka boleh tahan api walaupun letak dalam mulut!!




Lima hadiah pertama cabutan bertuah adalah sebuah TV Sharp LED 60 inci, Iphone 6 plus, Iphone 6, TV Samsung LED 40 inci dan 2 buah iPad mini 64g. Hadiah-hadiah menarik yang lain seperti Samsung Tab, Peti Sejuk Toshiba, Samsung Home Theater, Mesin Basuh, TDK Trek Sound System, Fan Cooler, TDK Earphone, Multi Cooker, Jam Tangan, ASUS Fonepad, Fearless Mountain Bicycle, hamper dan banyak lagi juga sudah siap siaga menanti para pemenang bertuah. Hai, untunglah kan? hadiah semua best gila.


Semua pemegang kad Meriah MYDIN layak untuk menyertai cabutan bertuah karnival ini. Mereka hanya perlu berbelanja minimum RM88 dalam satu resit dan menghantar penyertaan di Kaunter Informasi MYDIN Mall USJ bermula dari 19 Februari 2015 dan penyertaan ditutup pukul 3.00 petang pada 27 Februari 2015. Acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dijalankan pada hari karnival berlangsung. 




Seronoknya tengok mereka menang iphone. Bila lah saya nak dapat jugak ni?

Para pengunjung juga disajikan dengan pelbagai hidangan makanan seperti nasi ayam hainan, nasi goreng cina, bihun goreng singapura, dim sum, laksa asam, bubur kacang, pulut hitam, pastri dan banyak lagi di 12 buah gerai secara PERCUMA!





Tengok lah betapa meriahnya Karnival Tahun Baru Cina 2015  di MYDIN Mall USJ ni. Penuh dengan komuniti pelbagai bangsa. Masing-masing tak sabar nak menikmati hidangan yang disediakan :)




Dan akhir sekali, sebelum balik saya sempat shopping di Mydin dengan voucher yang diberikan. Saya beli set pinggan ni untuk rumah baru, Maklumlah, orang belum kahwin, tak siapa nak hadiah kan pinggan mangkuk kan? kena lah beli sendiri. Hehe.


Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang MYDIN, update terkini dan promosi dari mereka, sila layari :




xoxo,

post signature

Photo credtit : MYDIN Mall USJ

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.