6 Cara Mudah Untuk Kekal Cantik

25 April 2015

Assalamualaikum. Sebenarnya untuk kekal cantik tidaklah sukar mana. Amboi, cara cakap macam cantik sangat Ayue ni ya? Hehe. tapi percayalah, kalau kena dengan cara, tak mustahil untuk anda kekalkan kecantikan anda.

Jangan cepat habiskan duit dengan melakukan pelbagai prosedur kecantikan atau membeli produk kecantikan yang mahal-mahal. Rawatan kecantikan serta produk hanya bantuan sampingan kerana untuk cantik dalaman serta luaran, anda mesti mulakan dari diri anda sendiri.

Macam mana?

Tabiat yang baik, ketenangan jiwa dan pemikiran positif antara faktor yang akan menyerlahkan lagi aura anda. Okey, saya ada 6 cara mudah untuk anda kekal cantik.


1) Disiplin

Set minda anda untuk nampak cantik dan menjaga kecantikan secara semulajadi. Motivasi diri setiap hari dan senaraikan usaha yang anda hendak buat setiap hari. Hari-hari tengok cermin, beritahu pada diri sendiri, "Aku ni cantik juga sebenarnya". Hehe. Kena usaha untuk tampil cantik secara semulajadi.




2) Sauna

Bagi yang sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Atau anda merupakan seorang manusia yang kurang gemar bersukan macam Ayue, ini merupakan cara mudah untuk anda mengeluarkan peluh sekali gus memecahkan lemak degil, membantu menurunkan berat badan dan membuang toksin dalam badan. Sauna juga boleh mengatasi masalah bau badan. Sama ada sauna secara herba, tradisional atau moden, sauna sangat baik untuk kecantikan tubuh dan dalaman. Untuk anda yang tinggal di sekitar Ampang, inginkan spa murah, siap ada pakej sauna, boleh singgah ke Jentayu Spa & Salon ini ya.





3) Detoks

Sekarang ini ada macam-macam jenis resepi minuman detoks. Minuman detoks ini bagus ya sebab ia dapat membersihkan dalaman tubuh dan membantu proses pencernaan. Perahkan sebiji lemon di dalam segelas air, kemudian letakkan sehelai daun pudina. Biarkan semalaman di dalam peti ais, minum keesokkan paginya sebaik saja bangun tidur. Ayue juga pernah kongsikan resepi air detoks sebelum ini. Anda boleh cuba nanti :)





4) Tidur Awal

Jangan jadi macam Ayue. Tidur tak menentu. Akibatya jerawat selalu tumbuh tiap kali ayue kurang tidur atau tidur lambat. Jangan biasakan tidur lambat kerana ia mendorong anda untuk cepat rasa lapar. Tabiat ini juga menyebabkan tubuh keletihan dan mengundang masalah lingkaran dan mengundang masalah lingkaran bawah mata. Tidur yang cukup akan membuatkan badan berasa segar. Ketika anda tidur, tubuh akan berehat dan dirawat secara semulajadi. Hasilnya, anda akan kelihatan lebih berseri-seri dan awet muda.



5) Buang Tabiat Buruk
  • Makan secara konsisten! Jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada satu masa. Makan sedikit tetapi kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing. Ini lah yang Ayue sedang cuba untuk lakukan sekarang. Agak mencabar kerana Ayue suka makan. Tapi untuk cantik, kena gagahkan juga. 
  • Pilih makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia membekalkan nutrien yang mencukupi untuk badan anda dan juga sangat bermanfaat untuk kecantikan. 
  • Elak makan makanan ringan dan minuman manis.
  • Jangan sesekali tidur selepas makan dan jangan biasakan diri mengunyah makanan ketika menonton televisyen kerana anda akan leka dan tanpa sedar akan makan dalam kuantiti yang banyak.





6) Minum Banyak Air Putih

Elakkan minuman manis dan berais. Amalkan minum air suam dengan banyak terutama ketika bangun tidur dan sebelum tidur. Air yang mencukupi akan membantu proses penghadaman, mengelakkan rasa lapar dan mampu membakar kalori dengan lebih baik. Malah, air yang cukup juga mampu membuatkan tubuh dan wajah lebih segar. Betapa hebatnya air putih ini berbanding air manis kegemaran anda itu. Jadi, selalu lah bawa air putih ke mana-mana ya.



Okey. Ini saja tips saya setakat ini. Tips ini juga adalah untuk rujukan dan azam saya. Siapa yang tidak mahu kekal cantik secara semulajadi kan? Jom sama-sama praktikkan cara mudah ini?


xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.