Taman Tema Filem Animasi pertama di Asia, MAPS akan dibuka awal tahun depan (2016) di Ipoh, Perak. Semasa majlis pengumuman pembukaannya semalam, saya berasa sangat teruja dengan pelbagai hiburan yang akan dibangunkan di sana kelak.
Untuk pengetahuan anda, Taman Tema Filem Animasi atau Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak merupakan antara projek paling unik dan mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai & pelancongan di Malaysia.
Ia bakal meliputi lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi (stunt) kereta secara siaran langsung dan pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai menarik. MAPS memenuhi tarikan sekeluarga dan pengunjung daripada semua peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.
The Home of Boboiboy
Menariknya, selain pembukaan taman tema filem animasi pertama di Asia itu akan di buka di Malaysia, Siri Animasi popular Malaysia, Boboiboy juga akan bekerjasama dengan MAPS Perak untuk menjayakan taman tema itu.
Berucap pada majlis pengumuman tersebut, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli berkata: “Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.”
Wah! pengumuman ni pastinya membuatkan ramai kanak-kanak malah ibu bapa teruja untuk ke MAPS Perak kan. Dengan pelbagai hiburan yang ada disana pastinya membuatkan kanak-kanak tersenyum lebar sepanjang berada di sana.
“Animasi Malaysia BoBoiBoy kini akan ditempatkan bersama-sama karakter-karakter francais ternama antarabangsa daripada sebuah studio animasi berprestij dunia, DreamWorks Animation yang berpangkalan di Los Angeles. Kami amat teruja kerana para peminat animasi BoBoiBoy juga dapat menikmati keseronokan bersama karakter-karakter kesayangan ramai daripada Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), Darren McLean.
Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS.
Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak boleh melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman seperti seorang superhero dengan teknologi 3D. Kokotiam Tok Aba juga antara tarikan yang mesti dikunjungi kerana ia akan menyajikan makanan dan minuman yang terkenal dengan minuman koko panasnya. Cenderahati BoBoiBoy turut dijual di Kokotiam.
Wah! Lepas ni boleh la kita menikmati koko panas Tok Aba di Kokotiam sama seperti dalam siri animasinya.
Tak sabarnya saya nak tunggu permbukaan rasmi MAPS Perak ni. Kini rakyat Malaysia tak perlu lagi pergi jauh-jauh untuk taman tema USS di Singapore kerana di Malaysia sendiri sudah ada taman tema yang sangat menarik!
Saya pasti, rakyat Malaysia kini boleh berbangga dan menyaksikan animasi BoBoiBoy hasil kerja produksi tempatan berdiri sama tinggi dengan produksi-produksi animasi berkelas antarabangsa di taman tema filem animasi pertama Asia, MAPS
xoxo,
Bestnyer...mesti gempak kan...
ReplyDeletemu pantas kak weh! hahahaha....tapi serius mmg excited kot!
ReplyDelete