Sejak kebelakangan ini saya memang fokus tentang penjagaan wajah. Maklum lah, usia dah makin meningkat dan cuaca sekarang ini memang tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Penjagaan kulit wajah sangat penting ya untuk orang yang bekerja macam saya. Berjumpa dengan ramai orang, mesti lah nak kulit wajah cantik kan. Hehe.
Kalau dulu saya main pakai saja apa yang ada. Turutan penggunaan produk pun saya tak pasti. Tapi sekarang alhamdulillah, saya dah pandai sedikit. Selalunya lepas mencuci muka dan menyegar dengan toner, salah satu produk wajib yang saya mesti pakai adalah SERUM.
Jika diperhatikan, harga Serum ini berbanding produk kecantikan lain seperti toner atau pelembab memang jauh beza kerana harga serum mahal sedikit. Mungkin sebab inilah ramai diantara anda yang skip penggunaan serum ini kan? Tapi anda kena tahu yang penggunaan serum ini adalah jauh lebih baik dari penggunaan pelembab kerana kandungan serum adalah lebih pekat dan nutrien yang terkandung didalam nya mampu menembusi lapisan kulit paling dalam berbanding pelembab biasa.
Jadi, Serum pilihan saya buat masa ini adalah MelaCEP Plus+ Ultimate Serum dari Mary Kay.
Kenapa? Kerana ia mengandungi :
Bahan-bahan yang hebat kan. Atas sebab ini lah kulit muka saya makin cerah dan glowing sekarang. Alhamdulillah.
Antara kelebihan MelaCEP Plus+ Ultimate Serum ini adalah :
Kini, anda tidak perlu lagi menggunakan dua produk, MelaCEP® Essence dan Dark Spot Serum kerana MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum ini direka untuk menggantikan kedua-dua produk itu dengan menggabungkan kebaikannya iaitu mencerah dan menyerikan ke dalam MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum ini.
Apa yang saya suka tentang MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum
Selepas seminggu menggunakan serum ini, saya dah mula nampak berbezaan pada kulit wajah saya. Makin cerah, tona main sekata dan berseri-seri. Siapa yang tidak suka kulit makin cantik kan. Kesan ini mungkin berbeza untuk setiap orang, mungkin ada yang lambat sedikit nampak kesannya. Tetapi saya hanya seawal 7 hari. Saya suka sangat! MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum ini memang serasi dengan kulit saya.
Apa yang saya tidak suka tentang MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum
Baunya. Okey, mungkin tidak wangi seperti produk lain, tetapi tidaklah sampai meloyakan atau tidak boleh pakai. Cuma tidak wangi saja pada saya. Tapi, hanya pada mula-mula penggunaan, lama kelamaan saya dah serasi dengan bau serum ini. Jadi, tiada masalah lah.
Agak mahal, tetapi percayalah. Hasil yang diberikan memang berbaloi-baloi. Nak kulit cantik, cerah, tona sekata dan berseri-seri tak? Cepat-cepat dapatkan MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum ini okey.
Nak cuba Mary Kay® MelaCEP Plus+ Ultimate Serum ni? Jangan risau, Ayue takkan paksa anda beli. Ayue cuma nak tahu je condition kulit anda. Kalau anda perlu bantuan Ayue, DM je ok? Ayue akan consult anda sampai anda faham tentang masalah kulit anda dan bantuan macam mana yang anda perlukan. Ayue siap bagi FREE skin analysis untuk anda tau. Anda akan nampak apa sebenarnya masalah kulit yang anda hadapi. Cepat-cepat DM ok?
Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.
Kalau dulu saya main pakai saja apa yang ada. Turutan penggunaan produk pun saya tak pasti. Tapi sekarang alhamdulillah, saya dah pandai sedikit. Selalunya lepas mencuci muka dan menyegar dengan toner, salah satu produk wajib yang saya mesti pakai adalah SERUM.
Kenapa? Kerana ia mengandungi :
1) MelaCEP Plus+™ Luminous Kompleks yang oleh mencerahkan dan memutihkan kulit wajah dengan menggabungkan 3 bahan utama iaitu :
- Ekstrak Edelweiss - Mencerahkan, memberi perlindungan, kaya dengan Antioksidan untuk membantu mengurangkan perubahan warna pada kulit.
- Ekstrak Alga - Meransang pembentukan melanin dan membantu menghalang perubahan warna pada permukaan kulit.
- Asid Amino dari sayuran - Memperbaiki kecerahan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit.
2) Hexylresorcinol - Target glutathione dan mengumpulkan pigmen pada permukaan kulit. Glutathione adalah penting untuk proses penulenan kulit. Apabila kita semakin tua, pengeluaran semulajadi glutation dalam badan kita mula berkurangan manakala tekanan dan pencemaran alam sekitar juga boleh mengurangkan kadarnya. Di samping itu, glutation boleh memberi kesan melanosit, yang bertanggungjawab atas kemunculan melanin pada kulit.
3) Ekstrak Maritime pine (pinus pinaster) dan white birch (betula alba) - Target melanin
- Kulit lebih berseri dan cantik dengan Ekstrak Edelweiss
- Memperbaiki tekstur kulit supaya kulit lebih cerah dan mengurangkan bintik-bintik hitam
Cara menggunakan Serum adalah mengikut turutan ini.
Pagi :
1) Pencuci
2) Penyegar
3) Ultimate Serum
4) Pelembab Siang
Malam :
1) Pencuci
2) Penyegar
3) Ultimate Serum
4) Krim Malam
Ini adalah turutan yang saya gunakan setiap hari tanpa skip mana-mana produk. Ini penting ya untuk kesan yang maksima. Yang paling penting anda kena menggunakan serum sebelum penggunaan pelembab kerana molekul serum lebih halus berbanding pelembab. Kalau anda guna pelembab dulu, macam mana molekul serum nak masuk ke dalam liang kulit kan. Hehe.
Selepas seminggu menggunakan serum ini, saya dah mula nampak berbezaan pada kulit wajah saya. Makin cerah, tona main sekata dan berseri-seri. Siapa yang tidak suka kulit makin cantik kan. Kesan ini mungkin berbeza untuk setiap orang, mungkin ada yang lambat sedikit nampak kesannya. Tetapi saya hanya seawal 7 hari. Saya suka sangat! MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum ini memang serasi dengan kulit saya.
Apa yang saya tidak suka tentang MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum
Baunya. Okey, mungkin tidak wangi seperti produk lain, tetapi tidaklah sampai meloyakan atau tidak boleh pakai. Cuma tidak wangi saja pada saya. Tapi, hanya pada mula-mula penggunaan, lama kelamaan saya dah serasi dengan bau serum ini. Jadi, tiada masalah lah.
Info produk:
MelaCEP Plus+™ Ultimate Serum
Harga : RM 350
Saiz : 30 ml
Artikel berkaitan Mary Kay:
- Kebaikan Set MARY KAY Botanical Effects | Review
- Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review
- Kebaikan Mary Kay TimeWise MicroDermabrasion Plus Set | Review
- Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D | Kebaikan dan Cara Guna
seriously best !
ReplyDeleteCT pun nak kena mulakan jaga muka balik.. tak rajin nak tepek2 ni masalahnya..
ReplyDeletenak pandai kene ade displin dalam belajar, dalam pekerjaan pon sama. so it is same dalam nak jaga muka. nak cantik, gebu macam roti memang kene jaga dari sekarang :) sis im new here, can you follow me back ? :)
ReplyDeleteKrim malam n krim siang tu ultimate cream ke..
ReplyDeleteSaya raidah , dan sya guna mary kay melacep serum ini, seriusly mmg trbaik!!!! Dulu kulit sya bnyk parut jeraawat, kulit kusam dan berparut.. Tp setelah guna serum ni. Da 5 bulan. Kulit makin smooth, parut makin pudar n best skli glowiinggg..
ReplyDeleteIf sesapa berminat ..meh le whatpp kita 0136650932 -raidah mary kay beauty consultant-
Salam serum ini boleh di pakai area mata ke?atau semua serum tidak boleh dipakai area mata?
DeleteSalam..serum tu tahan berapa bulan??
ReplyDeleteSerum tahan 6 bulan. Sekarang dah ganti dgn serum black pearl baru yg lebih murah & berkesan. Boleh contact saya 018-3895571 for more info😊
Delete