Pizza Hut Signature Series Hanya RM12.00

28 April 2015

Assalamualaikum. Siapa suka Pizza? Ayue suka gila pizza, lagi-lagi yang banyak cheese tu. Umphh! baru-baru ini Pizza Hut Malaysia memperkenalkan rangkaian piza berkualiti chef dalam promosi terbarunya iaitu Pizza Hut Signature Series. Mesti ada diantara anda yang dah cuba kan? Macam mana, sedap tak?


Produk yang mendapat sokongan dari Chef Selebriti, Nik Michael ini akan dijual pada harga pengenalan yang amat berpatutan iaitu RM12.00 bersih setiap satu sama ada untuk makan di restoran atau untuk di bawa pulang. Awesome! Murah dan sedap pula tu.

Dengan slogan "Untuk Kualiti Hebat, pada Harga Jimat!" rangkaian Signature Series ini menampilkan piza-piza enak yang telah diberikan sentuhan chef, termasuk piza berbentuk segi empat yang diuli dengan tangan dengan rasa yang menawan.


Pizza Hut juga menampilkan gabungan tiga keju istimewa untuk rangkain Signature Series ini iaitu keju cheddar, provolone dan mozzarella. Dengan nama-nama unik, seperti Barbeque Bang, Fisherman's catch, Seriouly Sriracha, Pepperoni Perfetto , dan Italian Primo, pasti anda semua akan teruja untuk merasa kesemua piza ini.


Pizza Hut Signature Series:

Seriously Sriracha
Cebisan ayam, kapsikum merah, cendawan, nanas dan bawang merah dengan sos Sriracha yang terkenal.


Barbecue bang
Nikmati rasa smoky BBQ dengan hirisan ayam, cendawan dan bawang merah dengan sos barbeku.


Fisherman's Catch
Peminat makanan laut boleh menikmati ketulan tuna, filamen isi ketam dan nanas di atas limpahan sos Thousand Island.


Italian Primo
Kepingan daging brisket, pepperoni daging, tomato, kapsikum merah, sosej ayam, dan bawang - citarasa klasik Itali dalam setiap gigitan


Pepperoni Perfetto
pilih citrasa klasik dengan piza pepperoni ayam atau daging yang telah dipertingkatkan.


Untuk pelanggan yang makan di restoran, tawaran hebat menanti dengan set Signature Series ini:

Signature Course A

  • Kombo Untuk 2 Orang
  • 2 piza Signature series
  • 2 Mangkuk Sup Cendawan
  • 2 Gelas Mountain Dew
  • 2 Aiskrim Sensation

Harga : RM33.90 bersih (jimat RM12.50)


Signature Course B

  • Kombo Untuk 2 Orang
  • 2 piza Signature series
  • 1 Creamy Carbonara Fettucine
  • 1 Tempura Prawn Garlic Rice
  • 4 Mangkuk Sup Cendawan
  • 4 Gelas Mountain Dew

Harga : RM60.90 (jimat RM19.90)




Semasa Ayue dan rakan-rakan blogger lain pergi ke Majlis "Pizza Hut Signature Series, An evening with Nik & Nad" kami diperkenalkan dengan Pizza Hut Signature Series ini oleh Chef Nik dan artis, Nad Zainal. Ada macam-macam aktiviti yang diadakan untuk memeriahkan majlis, antara nya contest selfie bersama chef dan Nad Zainal, dan contest buat piza on the spot yang paling cantik.


Ayue tentulah ambil bahagian untuk kedua-dua contest itu sebab Ayue kan suka contest? Hehe. Hiruk pikuk juga lah Restoran Pizza Hut Kota Damansara tu bila kami mula bertanding. Kecoh sana sini. Masing-masing cuba dapatkan selfie paling kreatif! Ayue? Tak lah kreatif mana, tapi ini gambar yang ayue ambil untuk contest selfie.







Untuk contest buat piza pula, hanya 5 orang saja yang ambil bahagian, Ayue dan Naomie cepat-cepat angkat tangan untuk ambil bahagian. Mulanya kami tak tahu apa yang bakal kami kena buat. Bila dah dapat tahu, menggeletar juga lah nak hias piza itu. Tak pernah buat pun sebelum ini. Tiba-tiba terfikir nak buat bentuk hati. Hentam saja lah. Memang tak pandang dah orang lain masa tu, Janji siap dalam masa 10 minit. Hehe.


Yang bestnya, Nad Zainal pilih Ayue sebagai pemenang contest itu. Yeay! Seorang lagi pemenang Chef Nik yang pilih. Seronok bukan main. Yela, menang berturut-turut malam itu. Rezeki betul. Hehe. Alhamdulillah.

Masa jamuan makan, Ayue dah cuba kesemua perasa baru Pizza Hut Signature Series ini. Sejujurnya, Ayue paling suka Seriously Sriracha (juga kegemaran Chef Nik) dan Peperoni Perfetto. kedua-duanya memang kena dengan selera tekak saya. Memang lepas ini akan pergi lagi ke Pizza hut untuk makan Signature Series ini. Seriously sedap!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. hai ayue! ingat rara tak? btw pic terbang2 tu ohsemmm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..mesti lah ingat..hai rara :)
      hehe..tq2..rara pun bole buat :)

      Delete
  2. Makanan lagi. Ehh menggoda betul datang blog ayue malam ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..saba eh? moreeeee food to come pasni..hehe

      Delete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.