Assalamualaikum. Wanita zaman kini semakin bijak terutama dari segi pengurusan jadual harian. Dengan jadual yang sangat padat sehari suntuk, terutama untuk wanita yang berkerjaya, saya pasti ramai yang telah mengambil langkah bijak dengan membeli barangan keperluan secara online.
Maklum lah, sibuk dengan urusan seharian. Dengan adanya pembelian secara online, mesti wanita diluar sana berasa sangat lega kan? Selain jimat tenaga, jimat petrol, mereka boleh membeli belah sambil membuat kerja lain. Hanya perlu pilih dan barang idaman akan sampai ke pint rumah atau pejabat.
Membeli belah dengan wanita ibarat tiada berpisah. Tetapi ada juga wanita yang kurang bijak memilih terutama dalam pemilihan pakaian. Saya faham kerana agak sukar untuk mengagak ukuran badan, warna dan sebagainya kan?
Tren yang sedang naik sekarang ini adalah baju blaus kerana ia sesuai untuk pelbagai acara dan situasi. Rata-rata wanita lebih gemar memakai blaus tanpa mengira usia tua atau muda kerana blaus sanagt sesuai dikenakan oleh pelbagai peringkat usia. Anda hanya perlu bijak memilih.
Untuk pengatahuan anda, blaus wanita dinamakan kerana rekaan potongannya yang longgar dan banyak wanita yang menyukainya kerana ia adalah antara fashion top yang menyerlahkan sifat feminine mereka. Koleksi blouse terkini diperbuat daripada pelbagai bahan fabrik bermutu tinggi.
Ketika memilih ada beberapa faktor yang anda harus utamakan seperti potongan, warna dan juga stail baju blaus tersebut bergantung dengan jenis bentuk badan anda bagi mendapatkan persalinan yang selesa.
Saya percaya baju yang cantik dan padan dengan tubuh mampu memberikan inspirasi, keyakinan dan keselesaan buat seseorang. Di luar sana ada begitu banyak pakaian wanita terkini yang boleh didapati namun blouse masih menjadi antara pilihan kegemaran saya.
Adakah anda tahu bahawa blaus telah menjadi antara produk fesyen pilihan ramai wanita selama beratus tahun dan kini menjadi antara item fesyen wajib dalam setiap koleksi wanita urban sejak zaman 1980-an lagi.
Kini koleksi blaus moden wanita terkini adalah antara pakaian yang paling penting untuk wanita. Mempunyai baju blaus mampu memberikan sentuhan yang lebih feminine ke atas koleksi baju.
Salah satu bluas yang saya beli secara online.
Mari saya bagi tips untuk anda membeli blaus yang terbaik secara online.
Tips membeli blaus online terbaik :
1. Antara yang paling penting ketika memilih blouse adalah untuk dapatkan saiz yang betul bagi mengelakkan anda membeli baju yang terlalu besar ataupun terlalu kecil. Pastikan anda tahu ukuran dada dan pinggang anda untuk memudahkan pemilihan.
2. Terdapat beberapa jenis baju blouse wanita dan dengan begitu banyak variasi stail yang boleh didapati anda harus tahu tidak semuanya sesuai dengan anda. Ramai wanita yang ambil mudah tentang ini dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan sesuatu yang tidak sesuai sama sekali dengan bentuk badan dan cita rasa!
3. Pilih warna yang mampu membuatkan anda kelihatan lebih menyerlah. Ini juga penting agar penampilan anda kelihatan anggun terutamanya ketika berada di luar.
Okey, saya dah bagi tips ni, lepas ni jangan salah beli lagi ya? Nanti penat-penat pilih, dah bayar, barang sampai teruja, tapi bila cuba menyesal. Ha, tak nak lah sampai jadi macam itu kan? Saya sendiri dah banyak kali juga sebenarnya alami situasi macam itu. Sebab tu kali ini saya nak kongsikan tips dengan anda supaya anda tidak tersalah membeli macam saya.
Selamat membeli blaus!!
xoxo,
dah lama tak beli blouse :D
ReplyDeleteThank you for posting and I hope keep posting.
ReplyDelete