Assalamualaikum. Masa Ayue mula-mula masuk Restoran Be Lohas ni risau pun ada sebenarnya sebab first time nak cuba organic vegetarian food. Dalam kepala memang dah set makanan vegetarian ni menu nya mesti sayur je. Hijau sana hijau sini. Bukan nak kata Ayue tak makan sayur ya, cuma kalau dah semuanya sayur saja, pelik juga lah kan.
Jadi bila Ayue belek menu-menu yang ada di Be Lohas. Banyak sangat menu yang menarik perhatian Ayue. Tak sangka restoran vegetarian mempunyai banyak menu menarik dan sihat pula tu. Mentaliti masyarakat kita dah set yang makanan organic ni tak sedap termasuk lah Ayue. Sebab tu kali ni Ayue nak cuba apa yang menarik di Be Lohas ni.
Pada tahun 1997, BMS Organics mula mempromosikan produk makanan sihat vegetarian organik dan pada tahun 2007, Restoran Be Lohas yang pertama telah dibuka di Bandar Puteri Puchong yang diberi nama "Le Huo" bermaksud "living happily". Dan kini sebanyak 16 outlet Be LOHAS yang telah dibuka di sekitar kawasan Lembah Klang, Selangor dan juga Seremban.
Tujuan utama Be Lohas di buka adalah untuk menyediakan hidangan makanan yang 100% berasaskan organik dan sihat. Kini mereka telah mempunyai 46 kedai BMS Organics dan 16 kafe organik cawangan seluruh Malaysia. Menariknya, kesemua menu yang ada di Be Lohas hanya menggunakan bahan-bahan segar tanpa pengawet, tiada MSG atau penambah perasa di dalam masakannya dan sumber bahan masakan semuanya organik.
Antara menu yang Ayue cuba di Be Lohas adalah Organic Soya Milk Curry Laksa Noodle, Five Colours Energy Chinese Ulam Rice (Hakka Lei Cha), Pesto Sauce Spaghetti, Burdock Sushi Roll, Soy Cheese Stick, dan Summer Fruit Tea. Se elum dihidangkan kesemua menu ni, Ayue dihidangkan dengan Teh Serai panas dan Spirulina untuk proses detoks.
Organic Soya Milk Curry Laksa Noodle
Harga : RM 18.90
Ayue memang suka Mee Kari. Lagi-lagi kalau mak Ayue yang masak. Bila Ayue cuba Curry Laksa ni, rasanya memang lain daripada yang lain. Sangat berlemak dan sedap. Yang menariknya, ia menggunakan soya ya, bukan santan. Bagus kan? Soya menggantikan santan untuk dapatkan rasa kuah kari yang sedap. Peminat kari boleh la cuba menu ni sebab sangat mengubah persepsi Ayue tentang menu organic vegetarian yang tak sedap.
Dihias dengan kacang buncis, terung, kacang bendi, Alfalfa sprout dan kentang. Menu ni menggunakan organic virgin coconut oil untuk meningkatkan kadar metabolisma dan meningkatkan penyerapan nutrien.
Five Colours Energy Chinese Ulam Rice (Hakka Lei Cha)
Harga : RM 21.90
Okey. Menu ni memang nampak menarik sangat. Menu pertama yang memikat mata Ayue adalah Hakka Lei Cha ni sebab ia mempunyai pelbagai sayur dengan pelbagai warna. Kanak-kanak pun suka tengok warna warni ni. Teruja sangat nak cuba. Rasa pun boleh tahan macam nasi kerabu.
5 warna ni melambangkan 5 elemen kesihatan.
Hitam - Untuk buah pinggang. Menggunakan kulat hitam dan sesame hitam yang tinggi kalsium.
Putih - Untuk paru-paru. Menggunakan ayur kobis yang tinggi dengan vitamin C, E dan Carotene.
Merah - Untuk jantung. Menggunakan lobak merah untuk menguatkan jantung, hati dan mata.
Hijau - Untuk hati. Menggunakan salad, timun dan kacang panjang untuk melancarkan pembuangan air kecil dan besar, dan membantu megurangkan berat badan.
Kuning - Untuk perut. Menggunakan beras perang dan buah gajus untuk mengurangkan kadar gula dalam badan.
Pesto Sauce Spaghetti
Harga : RM 21.90
Percaya atau tak, menu ni kanak-kanak pun suka. Ayue datang menjamu selera di Be Lohas ni dengan Kak Shamiera dan anak-anak dia. Punyalah suka anak-anak dia makan spaghetti ni. Warna hijau, kebanyakkan kanak-kanak akan menolak untuk makan sayur, tapi bila makan spaghetti dengan sauce pesto ni, nampak mereka tiada masalah. Sedap dan sangat sihat.
Burdock Sushi Roll
Harga : RM 18.00
Seriously, menu yang paling Ayue suka di Be Lohas setakat ni. Nampak macam tangkai je kan, tapi burdock ni sangat sedap rasanya macam makan ayam. Hehe. Disalut dengan seaweed memang membuatkan rasa burdock ni lain dari yang lain. Sangat sedap sampai rasa nak order lagi bawa balik rumah.
Soy Cheese Stick
Harga : RM 9.90
Kami order menu ni untuk anak-anak Kak Shamiera. Nampak mereka berselera makan cheese stick ni. Sekejap je dah habis. Rasa stick ni sangat berlemak dengan penuh rasa cheese. Dihidang bersama-sama dengan salad menaikkan lagi rasa cheese stick ni.
Summer Fruit Tea
Harga : RM17.90
Lepas makan semua makanan ni, dapat minum Summer Fruit Tea ni memang menenangkan jiwa. Minuman ini gabungan 3 jenis air iaitu teh, oren dan markisa. Boleh refill ya. Boleh dihidangkan sejuk, tapi Ayue lagi suka dihidangkan panas untuk menikmati kesan sebenar gabungan 3 air ni.
Jadi, anda yang selama ni berfikiran macam Ayue, kata makanan vegetarian ni tak sedap. Percaya lah, semua tu salah! Lepas ni Ayue takkan takut lagi nak masuk restoran vegetarian sebab dah tahu yang menu-menu nya sangat menarik dan sedap. Selain dari senaman, gaya hidup dengan pemakanan yang sihat sangat penting ya untuk kehidupan seimbang.
Untuk maklumat lanjut tentang Be Lohas, boleh layari :
Website : http://www.bmsorganics.com
Facebook : https://www.facebook.com/bmsorganicsfanpage
LOHAS - Lifestyles of Health and Sustainability
xoxo,
Nampak sedap! I should try this! ;)
ReplyDelete