EnerZ Extreme Park | Asia's First Indoor Extreme Park

05 May 2015

Assalamualaikum. Ayue ni dulu orangnya lasak, kasar, siap pergi rekrut untuk jadi askar wataniah lagi. Tapi tu dulu la sebelum kaki ni terseliuh teruk dan terus Ayue ambil keputusan untuk berhenti jadi askar wataniah. Kalau ikutkan, Ayue memang suka sangat aktiviti lasak dan extreme ni.

Bila dapat tahu dekat Subang, area Honda Service Centre tu ada buat Indoor Extreme Park, memang wajib lah Ayue pergi kan. Yang pertama dekat Asia pula tu dengan keluasan 80,000 kaki persegi. Besarnya!





Besarkan? Serious seronok main-main dalam ni. Tak terasa penat langsung walaupun dah berpeluh-peluh.

Baru-baru ni, EnerZ telah melancarkan EnerZ G.S.T Challenge untuk menarik minat anda yang gemarkan fitness, aktif  dan kehidupan yang sihat. GST bermaksud :

G - Gut Builder
S - Sky Ropes
T - Trampolines

Challenge ni memerlukan peserta untuk membuat salah satu aktiviti sama ada Gut Builder, Sky Ropes atau pun Trampolines dan nominate kawan atau ahli keluarga mereka untuk membuat aktiviti yang sama dengan memuat naik gambar atau video mereka sedang berseronok melakukan aktiviti itu di Facebook atau Instagram dengan #EnerzHereICome, #EnerzGSTChallenge dan #EnerzWhoDaresMe. Setiap penyertaan GST Challenge ni, EnerZ Extreme Park akan sponsor seorang orphanage untuk mereka punya EnerZ Edutainment Programme.

Managing Director EnerZ Extreme Park, Mr. Alvin Tey berharap dengan memuat naik keseronokan melakukan aktiviti di EnerZ dapat menaikkan semangat orang lain untuk sama-sama melakukannya. Beliau percaya bahawa aktiviti ini berpotensi untuk menarik minat komuniti tempatana untuk kekal sihat, dan bertenaga.


Sebagai permulaan, model dan pelakon Malaysia, Amber Chia turut menunjukkan skill nya berlakukan Sky Ropes dan mencalonkan model lain untuk membuat Trampolines Challenge pula.


Menariknya di EnerZ mempunyai EnerZ Edutainment Programme yang direka khas untuk kanak-kanak yang di inspirasi dari Australian Edutainment Programme supaya sesuai dengan budaya tempatan dan cara pembelajaran di sini, "Edutainment" programme ni direka supaya kanak-kanak dapat belajar dan teroka aktiviti fizikal yang seronok untuk menggalakkan semangat bekerjasama.



Selain dari aktiviti riadah di taman atau jalan-jalan di shopping mall, anda boleh bawa anak-anak anda untuk sama-sama lakukan aktiviti macam ni. Sekali sekala bertukar angin kan. Pasti mereka seronok bila dapat buat aktiviti macam ni.



Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di EnerZ ni termasuklah trampolines, sky ropes, dodge ball, foam pits, badminton courts, martial arts dan kelas fitness.





Ayue, Iday dan Naomie pun tak lepas peluang untuk cuba aktiviti yang ada. Memang excited sangat nak cuba sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni. Datang pula dengan geng yang sekepala, lagi lah excited kan.


Sebelum membuat aktiviti ni Sky Ropes, akan ada instrustor yang akan ajar anda ciri-ciri keselamatan semasa berada di atas. Jadi anda tak perlu risau ya. Mudah je, cima jangan takut! Hehe.




Beriya-iya Ayue dengan Naomie buat demo. Tak sabar dah nak naik Sky Ropes tu.





Nampak tak kami dengan muka excited + takut tu? Hehe. Mencabar okey! Penat juga sebenarnya, tapi puas hati bila dapat cabar diri untuk buat aktiviti macam ni.

Oh ye, selain tu di EnerZ, anda juga boleh buat plan parties, corporate events, product launches dan team building events.

Anda mesti datang ke EnerZ Extreme Park ni untuk rasa sendiri keseronokkan bila bermain lompat-lompat di trampolines tu. Kalau ada anak, wajib bawa! Ayue pasti anda mesti nak datang lagi ke EnerZ nanti.




Untuk maklumat lanjut tentang EnerZ, boleh layari :

Website : www.enerz.my
Facebook Page : www.facebook.com/EnerZIndoorExtremePark
Address : Lot 791 Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, Selangor, Subang Jaya
(Sebelah Honda Service Center USJ and Kilang Mamee)



xoxo,

post signature

Photo credit : Sayaiday

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.