Assalamualaikum. Ayue kaki shopping, suka gila shopping. Walaupun kadang-kadang tak ada intension pun untuk shopping, window shopping pun jadi lah. Dah jadi macam satu hobi pula. Ayue dan shopping tiada berpisah.
Masalahnya sekarang ini, parking dekat shopping mall punya lah susah nak cari. Dekat kaunter pula punya lah ramai nak beratur, lagi-lagi masa ada sale. Penat! Jadi, apa solution Ayue? Online shopping lah. Jimat petrol, jimat masa, jimat tenaga, bila-bila masa pun boleh.
Baru-baru ini, Ayue diperkenalkan dengan satu servis membeli belah yang menarik dan menyeronokkan di mana Ayue boleh membeli pada bila-bila masa, di mana saja dengan menggunakan pelbagai platform. Servis itu adalah Go Shop.
Go Shop ini merupakan destinasi membeli belah dimana anda boleh membeli 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Menariknya, di Go Shop ia menampil ciri-ciri yang berlainan dari online shopping yang lain kerana selain promosi dan penjualan produk, Go Shop juga ada menyiarkan demonstrasi untuk produk-produk yang dijual yang dibawakan oleh pengacara tempatan. Maksudnya, anda boleh lah menonton dulu produk yang ingin dibeli, tengok cara penggunaannya dan butiran lain sebelum membeli. Bagusnya!
Produk yang ditawarkan pula termasuk lah kelengkapan isi rumah dan dapur, perkakasan digital & elektronik, perabot dan tempat tidur, aksesori gaya hidup. fesyen dan kosmetik. Produk-produk ini merupakan produk antarabangsa yang laris dari Korea dan jenama premium antarabangsa.
Setiap bulan, Go Shop akan memperkenalkan produk baru. Sepanjang bulan April, Go Shop telah memperkenalkan 10 produk baru iaitu:
- Living: Strom Color Frying Pan set, Sunrise Wide Container and Locksy Vacuum Food Container
- Digital Electronic: Philips Shaver and Philips Air Purifier.
- Sports & Leisure: Lexpa Shake n Shape and Intex Air Matress
- Beauty: Laneige Whitening Essence and Richena Hair Dying
- Kids & Baby: Alpha Brick Blockpia
Semasa di Go Shop Launch Event, Ayue dan rakan blogger lain telah berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana demontrasi di rancangan Go Shop ini dirakamkan bersama-sama dengan pengacara Jimmy, Syakirin Husnal dan Syamim. Produk yang diperkenalkan pada hari itu adalah:
Kemudian kami dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut warna pada tag kami untuk mengulangi semula demo kepada keempat-empat produk diatas. Wah, dari blogger kepada pengacara? Boleh ke? Mesti anda pun tak sabar nak tahu siapa yang menjadi pengacara mewakili kumpulan masing-masing kan? Ini pertandingan tau. Kumpulan yang paling kreatif mengacara akan dipilih sebagai pemenang.
Ini kumpulan saya. Dah terasa dah aura-aura nak menang tu. Haha.
Yogurberry Yogurt Maker
Okey, untuk kumpulan Biru, mereka akan membuat demo untuk Yogurberry Yogurt Maker.
Anda yang gemar makan yogurt ini wajib ada yogurt maker ini dekat rumah tau. Sebabnya, anda boleh membuat yogurt dimana-mana saja kerana Yogurberry Yogurt maker ini tidak menggunakan tenaga elektrik.
Ia diperbuat menggunakan teknologi dari ‘YogurBerry’, jenama frozen yogurt antarabangsa. Kini anda boleh menyediakan yogurt anda sendiri. 100% semula jadi. Mudah untuk digunakan malah anda juga boleh mengawal kadar manis, bahan-bahan, dan kelikatan yogurt. Hah! Mesti dalam kepala anda dah terfikir macam-macam perasa yogurt nak buatkan? Hehe.
Mudah je cara menggunakan YogurBerry Yogurt Maker ni.
Baca sini untuk maklumat lanjut tentang Yogurberry Yogurt Maker.
Hurom Slow Juicer
Hurom Slow Juicer pula di demokan oleh kumpulan kelabu. Kumpulan Ayue lah tu! Hehe. Kak Nannie dengan Kak Illy mewakili kumpulan kami untuk membuat demontrasi.
Hurom Slow Juicer ini menggunakan Teknologi Sistem Kelajuan Rendah. Ia bukan mengisar, tetapi memerah jus yang terdapat didalam buah atau sayuran tanpa merosakkannya melalui kesan panas atau geseran akibat terlalu laju. Jadi, jus yang anda akan perolehi semestinya jus yang berkualiti tinggi yang mengekalkan rasa semulajadi, warna sebenar dan macam-macam lagi.
Seronoknya kalau dapat sediakan minuman yang penuh berkhasiat untuk keluarga tersayang. Makin sihat lah semuanya. Oh ya, Hurom ini bukan saja boleh membuat jus dalam kuantiti yang besar, ia juga senang untuk dicuci. Paling penting, ia senyap dan tidak mengeluarkan bunyi bising semasa proses membuat jus. Anda boleh buat jus dengan aman di dapur tanpa mengganggu sesiapa yang sedang tidur atau menonton televisyen. Seronok kan?
Baca sini untuk maklumat lanjut tentang Hurom Slow Juicer
Original Raw 10 Cushion Faundation
Untuk kumpulan Magenta, mereka akan buat demontrasi Original Raw 10 Cushion Faundation.
Ayue tertarik sangat dengan foundation ini sebab ia mampu membuat muka Ayue kelihatan flawless selama 12 jam. Ia bukan saja melindungi kekurangan kulit, malah menyembunyikan kesan kedut. Selama 12 jam menggunakan foundation ini, ia akan membuatkan kulit anda kelihatan natural. Patutlah gadis-gadis Koren cantik-cantik belaka.
Ini rupanya ini rahsia mereka. Selain itu, foundation ini juga akan memberikan anda kesan kulit yang lembut, lebih cerah, efek cooling dan melembabkan. Tak perlu touch pun tau lepas pakai foundation ni. Boleh lah nampak macam kulit artis-aris korea kan. Haha.
Baca sini untuk maklumat lanjut tentang Original Raw 10 Cushion Foundation
Steam Q Iron
Manakala untuk kumpulan terakhir, kumpulan hijau. Mereka diminta untuk membuat demontrasi Steam Q Iron. Salah satu wishlist Ayue sejak dari dulu lagi. Tak beli-beli sebab belum jumpa yang paling sesuai.
Steam Q Iron ini estetik, sangat mudah dan praktikal. Walaupun ia ringan, tetapi ia tetap berfungsi sebagai iron biasa dan steam iron. Mudah untuk dibawa ke mana-mana kerasa saiznya yang kecil. Sangat mudah untuk dibersihkan dan tahan lama.
Anda boleh bersihkan dengan hanya menggunakan berus dengan mudah. Sekedut mana pun pakaian anda tu, Steam Q Iron ni pasti hilangkan kedutan sekelip mata. Bukan saja pakaian dari material biasa, malah untuk pakaian berbulu juga boleh anda iron menggunakan fabric brush. Tak perlu lah anda nak iron baju berjam-jam lepas ini. Untuk anda yang dah berumah tangga tu, Ayue sangat sarankan anda membeli iron ni sebab ia menjimatkan masa dan mudah untuk digunakan.
Baca sini untuk maklumat lanjut tentang Steam Q Iron
Agak-agak anda, kumpulan mana yang menang? Kesemua kumpulan telah membuat demontrasi yang terbaik. Bukan senang okey seorang blogger yang biasanya hanya menaip depan PC, diminta bercakap depan kamera. Hehe. Kalau Ayue tak tahu lah apa yang jadi kat depan tu. Untuk pertandingan ini, juri sebulat suara memilih kumpulan Magenta sebagai pemenang. Tahniah!
Ini baru 4 produk, ada macam-macam produk menarik lagi yang ada di Go Shop tau. Anda mesti tengok kesemua produk yang ditawarkan oleh Go Shop. Kesemuanya menarik perhatian untuk dibeli. Kena pandai kawal nafsu ya? Haha. Untuk lebih yakin membeli, anda boleh tengok demonstrasi kesemua produk yang anda ingin beli dahulu. Inilah dia keistimewaan Go Shop.
Go Shop mempunyai pelbagai platform untuk anda shopping dimana saja, tanpa mengira waktu. Antara platform yang terdapat di Go Shop ini termasuk lah :
1) Menonton Astro TV (Channel 118), NJOI TV, Astro On The Go (web/ mobile apps), dan juga dengan menelefon Go Shop’s Personal Go Shoppers di talian free toll, 1-800-82-0088.
Cara pembayaran : Credit card, debit card, Easy Payment Programme (Maybank or Citibank) or Cash on Delivery
2) Mencari produk dan menonton Astro Channel 118 Live Streaming di www.goshop.com.my melalui PC, tablet atau smartphone dan membuat order melalui self-service check-out.
Cara pembayaran : Credit card, debit card, Easy Payment Programme (Maybank or Citibank) dan Cash on Delivery, pembeli online/mobile juga boleh bayar melalui direct bank transfers
Produk yang di order sebelum pukul 3petang di hari bekerja akan dihantar ke Semenanjung Malaysia dalam masa 2 hari bekerja (secara percuma dalam tempoh pengenalan dengan polisi 10 hari dikembalikan). Manakala ke Malaysia TImur akan dihantar dalam masa 5 hari bekerja (caj penghantaran akan dikenakan bagi Malaysia Timur dan penghantaran secara borong)
Mudah gila dah nak shopping lepas ini. Ada TV, ada PC, ada tablet, ada fon, boleh beli.
Untuk Ayue pula, ada berita baik semasa Ayue hadiri Go Shop Launch Event, Ayue ada masuk pre-contest yang dianjurkan oleh pihak Astro di mana kami yang hadir dikehendaki upload gambar yang paling kreatif dengan kapsyen ‘I love to #ShopAtGoShop’ dan tag @shopatgoshop di social media. Hantar lah seberapa banyak penyertaan sekali pun. Yang penting kreatif.
Pada mula Ayue tiada idea, tiba-tiba hari terakhir untuk submit, macam-macam pula idea yang datang. Ayue sempat upload 3 keping gambar saja di Instagram dengan harapan salah satu dari gambar-gambar tu boleh menang.
Hadiahnya lumayan tau.
- Tempat Pertama : Sharp TV 39” x 2
- Tempat Kedua : Philips Air Fryer x 2
- Tempat Ketiga : Gintel Foot Massager x 1
Alhamdulillah, gambar Ayue menang!! Tapi cuba teka Ayue menang hadiah ape?
Sharp TV 39”!! Woohoo!! Syukur sangat. Rezeki rumah baru. Tak payah dah nak beli TV. Boleh kumpul duit beli barang rumah yang lain. Terima kasih Astro.
Untuk anda yang teruja nak tahu tentang produk-produk lain yang terdapat di Go Shop ini, boleh tengok di platform-platform yang Ayue sebutkan di atas tu ya.
Happy Shopping!
xoxo,
lupa nk upload pasal menang hadiah tu haha
ReplyDeleteBanyak benda yang berkenan nak beli dekat go shop ni :P
ReplyDelete