Assalamualaikum. Bulan lepas Ayue berkesempatan ke Carcosa Sri Negara untuk menghadiri Lipton Teh Tarik Party. Ini merupakan kali pertama Ayue menjejakkan kaki ke sana. Tak sangka pemandangan di Carcosa sangat hijau dan mendamaikan.
Selalunya kalau suasana indah macam ni, dapat minum teh tarik, mesti 'feel' kan? Teh yang sedap dimata Ayue hanya Lipton. Kalau anda nak tahu, Sir Thomas Lipton merupakan pengasas kepada Lipton pada tahun 1871. Beliau mengutamakan teh yang berkualiti dengan harga yang berpatutan supaya semua orang dapat merasakan kelazatan teh sebenar. Dari sejarah itulah kita dapat rasa teh lipton yang sedap dengan harga berpatutan sekarang ni.
Walaupun di Malaysia ni terkenal dengan pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai etnik dan budaya, tapi masing-masing menikmati satu hobi yang sama, iaitu '"yum cha" yang bermaksud "minum teh". Mana taknya, tidak kira sama ada sarapan pagi, makan tengahari, makan malam atau makan tengah malam sekali pun, secawan teh tarik pasti menjadi pilihan hati. Ada yang kata teh tarik ni sedap diminum apabila makan Nasi Lemak. Ada juga yang kata dengan kek dan biskut. Macam-macam lah, yang penting, teh tarik ni memang sedap diminum tak kira masa. Ayue pula suka minum teh tarik sambil menikmati roni canai.
Lipton 3-in-1 Milk Tea kini telah diperbaharui formulanya. Lebih lazat dan berkrim dari sebelumnya. Ia juga telah disahkan Halal oleh JAKIM.
Perasa Lipton 3-in-1 yang sedia ada adalah Lipton 3-in-1 Teh Tarik dan Lipton 3-in-1 Classic Milk Tea.
Lipton 3-in-1 Teh Tarik ni diperbuat untuk memenuhi citarasa masyarakat Malaysia yang unik. Sesuai dihidangkan panas, suam ataupun sejuk.
Lipton 3-in-1 Classic Milk Tea, mempunya serbuk teh yang lebih tetapi mempunyai kuantiti susu yang seimbang bagi membuatkan rasa nya seperti Tea Latte.
Lipton telah memperkenalkan 2 perasa baru menggunakan Hazelnut dan Halia untuk memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.
Lipton 3-in-1 Hazelnut Milk Tea, kombinasi hazelnut dan teh untuk memberi rasa kekacang dan kepuasan sebenar.
Lipton 3-in-1 Ginger Milk Tea, menggunakan serbuk halia sebenar untuk memberi rasa halia sebenar disamping memberi kebaikan dan khasiat halia.
Kini semua orang boleh Master the Art of Teh Tarik. Senang, mudah dan cepat. Tak perlu nak tarik-tarik sebab Lipton teh tarik ni akan menghasilkan buih tersendiri. Favorite Ayue, Hazelnut! Memang menjadi minuman petang Ayue. Sedap sangat, rasanya kaya dengan dengan teh dan susu. Disebabkan ia 3-in-1, membuatkan ianya lagi mudah dan senang untuk dibawa kemana-mana.
Lipton 3-in-1 Milk Tea mempunya 12 sachets dalam setiap bungkusan dengan harga RM13.90 dan boleh didapati di semua pasaraya besar dan kedai runcit.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Page Lipton :
xoxo,
Join the conversation!