Assalamualaikum. Kali ni Ayue ada satu produk yang Ayue suka sangat nak review dan share dengan anda. Kenapa Ayue suka? Sebabnya Ayue sendiri dah pakai produk ni lebih dari sebulan dan hasilnya sangat memberansangkan!
Neesya Skincare
NEESYA merupakan produk Malaysia di bawah syarikat Skinworkz Sdn Bhd. Neesya (bererti rama-rama dalam bahasa Yunani) melambangkan semangat individu moden masa kini. Percaya atau tidak, produk Neesya ni walaupun keluaran dari Malaysia, dari kualitinya setanding dengan produk antarabangsa yang terkenal dan bermutu tinggi. Menggunakan teknologi LumiScience°TM, NEESYA telah mengeluarkan satu rangkaian produk yang dapat membantu mengembalikan seri wajah dan dalam masa yang sama dapat mencerahkan dan meratakan tona kulit.
Untuk review kali ni, Ayue telah cuba 4 jenis produk dari Neesya Skincare iaitu :
- Eye and Lip Makeup Remover (RM49)
- Illuminating Essence (RM129)
- Brightening Enzymatic Refiner (RM69)
- Brightening Overnight Mask (RM99)
Sejujurnya, Ayue memang ragu-ragu pada mulanya nak guna produk ni. Yela, kalau diikutkan rangkaian 4 produk yang Ayue nak cuba ni bukan lah produk basic yang wajib digunakan seharian seperti pencuci muka atau penyegar. Tapi lebih kepada produk untuk penjagaan rapi. Sifat ingin tahu tu membuak-buak bila Neesya Skincare ni memberi jaminan 30 hari wang dikembalikan jika anda tidak berpuas hati membuatkan Ayue rasa nak tengok sendiri hasilnya. Sebab tu lah Ayue tak sabar cuba.
1) Eye and Lip Makeup Remover
Size : 100ml
Harga : RM49
Kegunaan : Membersihkan kesan solekan yang kalis air dan susah ditanggalkan tanpa menghakis dan merosakkan kulit terutamanya di sekitar kontur mata dan bibir.
Mulanya Ayue rasa macam agak berminyak berbanding makeup remover yang lain. Tapi bila Ayue teliti bahan-bahannya, ia diperkaya dengan pati minyak bunga matahari yang kaya dengan Vitamin A,C dan E untuk khasiat anti-penuaan. Mengkondisi serta menghidratkan kulit, menjadikan kulit sekitar mata bersih dan lembut. Patut lah.
Cara Penggunaan :
- Goncangkan botol supaya cecair dua warna dalam dicampur sebati.
- Tuangkan cecair atas kapas.
- Dengan gerakan perlahan, sapukan kapas yang basah atas mata / bibir untuk menanggalkan kesan bahan solek.
- Ulangi proses dengan kapas yang bersih sehingga ditanggalkan.
Baca sini untuk maklumat lanjut tentang Eye and Lip Makeup Remover
2) Illuminating Essence
Size : 65ml
Harga : RM129
Kegunaan : Meningkatkan seri wajah dengan berkesan menggunakan teknologi Lumiscience°TM dengan pendekatan secara 360 darjah untuk kulit cerah dan sekata.
Illuminating Essence adalah produk kegemaran Ayue sebab Ayue dapat rasakan keberkesanannya. Teksturnya hanya seperti air dan Ayue menggunakan 4 titis untuk keseluruhan muka. Mulanya agak melekit, tetapi selepas beberapa saat seperti tidak memakai apa-apa. Apa yang Ayue suka adalah ia mempunyai kandungan Alpha MelightTM yang membantu mencegah bintik hitam, serta memberikan kesan kilauan pada kulit wajah. Produk wajib yang Ayue akan guna setiap hari selepas mencuci muka dan menyegar sebab kulit Ayue yang letih dan tidak bermaya serta dengan tona yang tidak sekata akan bertukar menjadi lebih terhidrat dan kembali berseri
Cara penggunaan :
- Selepas membersih dan menyegar, titiskan 4-5 titik dan sapukan ke keseluruhan muka dan leher.
- Sapu perlahan-lahan hingga ia diserap sepenuhnya. Kemudian, sentiasa disusuli dengan pelembab atau krim muka.
- Gunakan 2 kali sehari, pagi dan malam.
Baca sini untuk maklumat lanjut tentang Illuminating Essence
3) Brightening Enzymatic Refiner
Size : 75ml
Harga : RM69
Kegunaan : Menanggalkan sel kulit mati yang terdapat di permukaan kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit yang baru
Juga merupakan produk kegemaran Ayue dan merupakan gel pengelupasan yang paling best pernah Ayue jumpa! Ia membersih secara mendalam, jadi selepas penggunaan, kulit Ayue akan terasa sangat licin dan halus. Paling penting, white head di hidung hilang serta merta. Suka sangat! Black juga senang untuk dikeluarkan selepas menggunakan Brightening Enzymatic Refiner ni. Kulit pun jadi lembut sebab Ayue tak perlu lagi nak picit-picit hidung dengan kuat untuk hilangkan bintik hitam tu.
Cara penggunaan :
- Ratakan satu lapisan gel atas kulit yang bersih dan kering. Pastikan gel diratakan pada seluruh wajah serta leher untuk perawatan yang seimbang. Untuk bahagian wajah yang berjeragat, tambahkan lapisan yang lebih tebal untuk perawatan maksima.
- Urutkan gel secara turutan bergelang ataupun berarah bulatan untuk tiga saat dan biarkan selama lebih kurang tiga minit lagi sebelum membilas muka.
- Semasa membilas, basahkan tangan dan urutkan muka secara perlahan untuk melembutkan sel-sel mati yang akan disingkirkan.
- Gunakan produk 1-2 kali seminggu untuk hasil yang optimum.
Baca sini untuk maklumat lanjut tentang Brightening Enzymatic Refiner
4) Brightening Overnight Mask
Size : 75ml
Harga : RM99
Kegunaan : Meratakan warna kulit yang tidak sekata, memulihkan tenaga dalam sel kulit serta memastikan hidrasi pada kulit semasa tidur.
Kalau anda tercari-cari mask yang tidak melekit sewaktu tidur. Ini lah dia mask nya. Tekstur mask ni hanya macam gel cecair yang cepat meresap ke dalam kulit. Langsung tidak rasa seperti memakai mask dan peprlu dipakai semasa nak tidur kerana agen pencerahannya berfungsi semasa kulit sedang tidur (rehat). Lepas bilas keesokan harinya, kulit terasa sangat lembut dan cerah! Feeling glowing je.
Cara penggunaan :
- Ratakan atas permukaan kulit dan leher dengan urutan perlahan selama 30saat untuk memastikan serapan ke dalam kulit.
- Gunakan masker selepas wajah di cuci bersih serta toner digunakan.
- Gunakan sebelum tidur dan boleh dibiarkan semalaman Bilas di pagi keesokannya
- Untuk hasil serta merta, dicadangkan untuk menggunakan Lumiscience°TM Intipati Pencerah (Illuminating Essence) atau Serum Penghidrat (Hydrating Serum) sebelum menyapu Masker Penyeri Malam.
Baca sini untuk maklumat lanjut tentang Brightening Overnight Mask
Disebabkan warna dan tekstur mask dan refiner hampir sama, kadang-kadang keliru juga Ayue. Tapi sebenarnya mask agak pekat dari refiner. Bau pun hampir sama juga.
Secara keseluruhannya, Ayue sangat-sangat suka dengan produk Neesya Skincare ni sebab serasi dengan kulit Ayue. Wajah memang nampak makin cerah sampaikan kakak sulong Ayue pun tegur kulit Ayue makin cerah. Happy sangat okey! Tersengih-sengih sendiri bila kulit kita makin cerah berseri :)
Produk Neesya Skincare boleh didapati di Subang Parade, SACC Mall, The Mines, Plaza Metro Kajang and Putra Mall.
Untuk maklumat lanjut tentang Neesya Skincare, boleh layari :
Website : http://www.neesya.com/
Facebook : https://www.facebook.com/neesyaskincare
Instagram : https://instagram.com/neesya.skincare
xoxo,
Join the conversation!