Apakah Konsep Baju Raya Anda?

20 June 2015

Assalamualaikum. Setiap kali menjelang hari raya. Ayue pasti ramai yang sudah sibuk-sibuk mencari tema dan warna untuk kelihatan cantik dan menawan di pagi syawal bukan? 

Ada yang memilih untuk sedondon satu keluarga, ada yang hanya senada dan ada tidak tidak peduli langsung. Janji ada baju raya. Untuk Ayue sekeluarga, kami memilih untuk kelihatan sedondon setiap tahun. Cuma buat tahun ni, kami belum pilih lagi tema dan warnanya. Dalam hati berkenan warna peach. Anda pula?

Konsep Raya Sedondon

Untuk panduan warna tahun 2015, anda boleh rujuk entry Ayue yang ini ya. Manalah tahu boleh bantu anda untuk cari tema warna tahun ni ke kan. Oh ya, Color of The Year 2015 ni adalah Marsala. Cantik juga rona warna tu kan.




Menurut kajian, 47.2% memilih konsep baju raya senada dimana warna temanya sama, cuma gaya saja yang berbeza. 30.2% pula memilih untuk mengekalkan konsep sedondon satu sekeluarga. (Ayue lah tu).  Manakala 22.6% pula tiada tema, mereka mengikut citarasa peribadi. Anda tergolong dalam kategori yang mana.

Konsep Raya Senada

Apa pun pilihan konsep baju raya anda, pastikan ianya kelihatan sopan dan bersederhana ya,




****Pesanan Khidmat Masyarakat****

countdown21

Sempena hari raya yang bakal tiba ni, Ayue nak war-warkan kepada anda yang Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia sedang menjalankan Kempen Taja Shopping Raya 2015 untuk mengumpul sumbangan orang ramai. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program ini.

Di bulan yang penuh berkat ini, marilah kita sama-sama mengejar pahala yang berlipat ganda. Hulurkan lah bantuan supaya mereka juga dapat sama-sama raikan Syawal dengan gembira. 








xoxo

post signature

Join the conversation!

  1. KG cadang nak biru mcm gambar ayu tu...cantik...

    jom join GA
    http://www.kakgojes.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    ReplyDelete
  2. birunyaa mata saya. agagaga.
    ecah suka nude color .. lawa sangatt.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.