Baju pilihan Ayue untuk Raya 2015

23 June 2015

Assalamualaikum. Salam Ramadhan! Sekejap je rasa ramadhan ni kan? Tup-tup nak raya dah! Baju raya semua belum shopping lagi ni. Adoi. Mana lah sempat nak pergi survey, ada yang tangkap muat je nanti ni. Tema warna tahun ni pun belum decide lagi. Macam nak peach, lembut sweet je tengok. Sementara masih awal lagi ni, baru hari ke 6 Ramadhan kan, sempat lagi ni kalau Ayue nak cuci-cuci mata dekat online store cari baju raya. Maklum lah, beli online ni berbaloi-baloi kalau nak ikutkan, sebab boleh jimat tenaga dengan minyak kereta!

Mana lagi kalau nak survey kan. Sure lah Lazada sebab diorang tengah buat satu kempen raya dengan potongan diskaun melebihi 90% bermula 11 Jun hinggalah 15 Julai 2015 tau. Fuh, bergetar iman ni. Ayue kalau shopping raya, benda lain Ayue jarang nak tengok. Selalu mesti tengok baju raya, kasut raya, beg raya dengan shawl raya. Benda lain tu kurang sikit. Contoh macam kelengkapan rumah ke. Mungkin sebab Ayue ni belum berumah tangga? Naluri untuk mencantikkan rumah tu belum sampai. Haha. Paling best pun Ayue beli langsir raya, buat sejuk hati mak. Kalau tidak muncung sedepa pula nanti.

Apa yang Ayue berkenan sangat dekat Riang Ria Raya 2015 di Lazada?


1) Rizman Ruzaini Blooming Lace Kurung 07 Pale Pink- Blue


Tengok ni. Warna dia macam peach pun ada kan.  Ayue nak buat baju ni untuk raya pertama. So sweet! Nampak ayu gitu. Moden tapi sopan. Konsep raya kami sederhana je. Janji meletops! Haha. Agak-agak Qisti cair tak tengok Ayue pakai baju ni? Pastu size pula ada sampai ke 2XL, sesuai sangat lah tu kan. Ayue ni menjak-menjak ni makin mengembang pula. Raya nanti dengan ketupat rendang lagi. Kena cari baju size besar sikit lah ni. Kalau tak menyesal.



2) Emel x Emma Maembong Kenangan Modern Kurung with Embroidered Lace Red


Haa, yang ini untuk raya kedua pula. Vogue habis! Raya pertama lembut, raya kedua garang lah pula. Selalunya kami sekeluarga suka pakai warna senada. Kalau seorang merah, semua kena merah. Macam mana lah agaknya mak Ayue tu kalau dapat baju raya warna merah kan. Warna favorite dia tu. Mak Ayue ni kulit dia hitam manis, tapi merah tetap jadi warna favorite dia. Mak Ayue kata, kalau nak tunggu putih baru boleh pakai baju merah, bila nya nak pakai?  Ayue suka design baju kurung ni. Simple, tapi nampak elegan.



3) Maribeli Butik Melissa Kurung- Peach


Maaf lah, tahun ni mata memang berkenan sangat-sangat dengan warna peach. Pusing kot mana pun, peach tetap menjadi pujaan hati. Baju ni untuk raya ketiga. Amboi, sakannya raya. Kalau raya pertama dah sweet, raya kedua vogue, raya ketiga kita back to basic lah. Baju kurung. Cantik kan?!! Menarik sangat kombinasi warna dia peach green. Baju kurung macam ni sesuai untuk pelbagai majlis. Jadi, sambil membeli, teguk air sekali. Eh, lupa pula puasa.


Okey. Settle dah baju raya pujaan hati Ayue. Ada baju, kena lah ada kasut, baru seronok nak jalan raya. Puas belek-belek website Lazada tu, yang Ayue berkenan adalah kasut kat bawah ni. 



4) Noveni Ballerina Shoes Brown & Black

Mesti pelik kan kenapa kasut raya Ayue pilih kasut flat macam ni? Sebabnya, Ayue ni bila jalan jenis clumsy sikit. Eh, clumsy banyak sebenarnya. Kaki ni tak tau dah berapa kali terseliuh. Kalau pakai heels, alamatnya bengkak sana sini la kaki Ayue tu. Macam mana nak jalan raya. Lagipun kasut ni selesa, dan senang. Sarung je. Cantik tak? Baju dah ada, kasut dah ada, apa lagi. Beg lah pula!



5) Faux Crocodile Shopper Bag White

Ayue suka sangat warna beg ni. Sesuai dengan semua baju yang Ayue suka tu. Murah pula tu! Lepas sale di Lazada, harga dia cuma RM47 je. Murah kan?! Sesuai kalau Ayue nak bawa pergi jalan-jalan atau event sekali pun. In love habis dengan bag ni. Yang penting ada sling. Ayue ni jenis kasar sikit. Kadang-kadang Ayue penat nak pegang gaya wanita anggun tu, Ayue sling je beg ni. Habis cerita. Hehe. Bila membeli beg, Ayue memang pentingkan beg tu menepati keperluan Ayue.


Eh, da cukup ke ni? Kalau Ayue listkan lagi, mahu berjela-jela entry ni nanti. Banyak sangat barang dekat lazada tu yang Ayue berkenan. Cantik-cantik kot! Tengah sale pula lagi. Memang rambang mata. Gugur jantung, bergetar iman ni. Semua ni pilihan Ayue untuk persiapan raya nanti, Ayue rasa mesti ada juga yang sama berkenan dengan pilihan Ayue ni kan? Anda pun boleh dapat juga, pergi je singgah website Lazada tu okey? Sementara ada sale ni. Rugi tau kalau tak rebut peluang.



Entry ni sebenarnya untuk contest Lazada. Mana lah tahu Ayue ada rezeki menang GoPro kan? Sakan lah raya tahun ni! Teringin lama sangat dah GoPro tu. Minta-minta lah ada rezeki kali ni.  Ameenn. 



Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015 dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 

Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :

http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-2015/


Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada!

Nak join juga contest ni? Cepat-cepat pergi tengok entry Sayaiday ni okey. Mana lah tahu ada rezeki menang duit raya ke. Syukur!




xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.