Milo Nutri G | Minuman Coklat Malt sedap dan mengeyangkan

11 June 2015

Assalamualaikum. Baru-baru ni Ayue pergi ke majlis pelancaran Milo Nutri G. Siapa yang dah rasa Milo ni? Sedap tak? Sedap kan. Ayue pun suka. Milo ni bukan saja menjadi pujaan hati kanak-kanak, malah dewasa juga. Apa bezanya Milo Nutri G dengan Milo yang sedia ada di pasaran?


Milo Nutri G (Nutri singkatan untuk Nutrisi dan G ialah Grain atau bijian) ialah produk pertama di peringkat global yang mempunyai campuran unik empat bijian penuh -beras perang, gandum, oat dan barli, dan pada masa yang sama mengekalkan rasa coklat malt yang enak. Ia memenuhi keperluan diet golongan dewasa muda yang sering terlepas waktu makan, menyebabkan merela tidak ada banyak pilihan selain daripada memilih makana ayng mudah didapati tetapi tidak begitu berkhasiat.


Pengurus Eksekutif Minuman Nestle, Jasmmine Wong berkata, "Milo Nutri G bukan sekadar satu lagi minuman Milo yang dipakejkan semula. Kami percaya bahawa selaku peneraju minuman coklat malt di dunia, kami perlu memahami perubahan dalam masyarakat yang menentukan keperluan pengguna, sebelum kami menawarkan apa yang benar-benar mereka mahukan. Sebab itulah kami amat mementingkan inovasi ini."


Menurut kajian pada 2014 yang dijalankan ke atas tenaga kerja di Malaysia, sebanyak 67% rakyat Malaysia mahukan keseimbangan kerja dan kehidupan daripada gaji yang lebih tinggi. Sementara 37% di seluruh Asia Pasik akan melepaskan peluang kenaikan gaji untuk melakukan lebih banyak kerja-kerja sosial. Walau bagaimanapun, waktu kerja yang tidak menentu, tempoh perjalanan lebih lama dan waktu makan tidak tetap sudah menjadi senario biasa yang terpaksa dilalui oleh golongan muda di Malaysia setiap hari. Tekanan untuk menyempurnakan tugasan harian dan mengejar masa menyebabkan mereka mengambil keputusan yang kurang bijak dari segi pengambilan makanan. Bukan sahaja aspek nutrisi tidak diambil berat, malah mereka juga berasa kurang bertenaga secara fizikal dan emosi untuk melakukan aktiviti kegemaran di luar rutin kehidupan masing-masing.


"Kami percaya dalam memupuk cita-cita. Kami ingin memberi semangat kepada golongan belia supaya keluar dari zon selesa dan ingat bahawa tiada had untuk mengecapi impian dalam hidup ini. Untuk mencapai cita-cita, kita perlua mempunyai badan yang sihat." jelas Jasmmine. "Kita tidak harus berkompromi dengan keperluan nutrisi dan tenaga hanya kerana kita sering sibuk. Keempat-empat bijian penuh, vitamin dan mineral sememangnya sangat bermanfaat untuk kehidupan yang lebih sihat. Kombinasi bijian ini juga bertindak sebagai sumber tenaga yang terbaik. Jadi, kita boleh rasa kenyang, kekal aktif dan melangkah jauh setiap hari."


Perenang kebangsaan, Khoo Cai Lin, pemenang Anugerah Media Usahawan Muda Kreatif, Fariz Hanapiah, Penganalisa perniagaan, Shidah Mohd dan penganalisis kanan, Fuad Alhabsi merupakan antara bukti sebenar individu-individu yang meneruskan minat masing-masing selepas waktu kerja di pejabat. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, mereka bakal berkongsi kisah kejayaan masing-masin dan sanggup berkorban demi mencapai impian yang lebih besar dalam hidup.

"Saya berpegang kepada motto sendiri, miliki nilai-nilai dan sikap yang betul, bari kita akan berjaya mencapai impian. Kita semua sebenarnya adalah juara. Jadi amatlah penting untuk memiliki set minda yang tidak mudah mengalah dan sentiasa percaya pada diri sendiri," kata Khoo Cai Lin.


"Ramai anak muda yang aktif dalam aktivit sukan atau beriadah. Maka amat penting buat mereka mengekalkan tahap tenaga yang sewajarnya. Pengambilan nutrisi yang betul boleh meningkatkan produktiviti sehingga 20%. Jadi, apa yang dimakan oleh golongan dewasa memberi kesan kepada prestasi harian mereka.," kata Pengurus Pemakanan Nestle, Cher Siew Wei.

Ayue sendiri dah rasa Milo Nutri G ni. Memang sedap dan sesuai dihidangkan sejuk. Sebotol pun sudah rasa seperti perut berisi. Rasanya akan pekat dan lebih berisi dari Milo biasa. Anda dah cuba ke belum? Kena cuba tau! Milo Nutri G terdapat dalam botol bersaiz 190ml yang sedua untuk diminum. Ia boleh didapati di kedai-kedai 7-eleven, stesen minyak, pasaraya dan pasaraya hiper.


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.