Ramadhan Buffet | Nook Aloft KL Sentral

02 June 2015

Assalamualaikum. Tak sampai berapa hari je pun lagi kita nak sambut ramadhan. Anda dah sedia ke belum? Mesti dah mula cari senarai-senarai bazaar yang ada di sekitar kawasan anda kan? Lepas tu dah mula juga booking iftar atau berbuka puasa bersama rakan-rakan pejabat. Dah jumpa ke belum? Kalau belum, ni Ayue nak beritahu satu tempat di KL Sentral, Nook Aloft yang penuh dengan makan yang sedap-sedap. Pasti anda tak kan menyesal berbuka disini.

Suasan untuk berbuka selera di Nook Aloft ni sangat lah selesa. Dekorasinya nampak ceria dan elegan. Sesuai dengan citarasa masyarakat moden di Kuala Lumpur untuk berbuka puasa di ramadhan buffet ni.




Untuk ramadhan buffet tahun 2015 ni, Nook Aloft akan menampilkan hidangan tradisional tempatan Melayu, barbeku segar, makanan laut dan kambing panggang. Antara hidangan istimewa yang direka oleh Chef Adri adalah Kambing Kuzi yang dihidangkan dengan Nasi Briyani, Betis Lembu Rendang, Sambal Udang Petai, Nasi Ayam Kukus Nook, Nasi Lemak Kunyit, Laksa Sarawak dan Ais Kacang Nook.









Ada pelbagai makanan tradisional yang dihidangkan di Nook Aloft ni. Untuk anda yang peminat makanan trasional, boleh lah singgah di sini untuk berbuka puasa nanti.








Untuk peminat seafood pula, anda boleh pilih dari pelbagai menu seafood yang ada disini. yang bakar pun ada ya.






Ada juga pembuka selera, salad, buah-buahan, roti, sup dan air yang disediakan pula mempunyai banyak jenis. jarang kita dapat lihat buffet ramadhan menyediakan jenis air sebanyak ini kan.






Ayue memang suka makan manis-manis. kalau pergi ramadhan buffet tu, antara tempat yang Ayue suka pergi dan suka makan adalah pemanis mulutnya. Ayue suka makan kek, kueh dan sewaktu dengannya. Di Nook Aloft juga ada menyediakan pemanis mulut, yang aling mendapat perhatian Ayue adalah pavlovanya. Sedap sangat!






Mesti anda dah terliur kan? Jom cepat-cepat booking di Nook Aloft.

Harga:

*early bird (1 May - 21 June) 
RM90nett for 30 vouchers and below 
 RM80nett for 31 vouchers and above

(22 June - 16 July 2015)
RM110 nett per person



Lokasi:
Nook, Level 1, Aloft Kuala Lumpur Sentral 

Open daily : 
6.30am to 12am. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi +603 2723 1154 atau email kepada nook.03758@alofthotels.com



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Hye sis..kat sini ade disediakan ruang solat x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, ruang solat located at level 3 dan 2 lagi meeting rooms also located at level 3 dijadikan ruangan solat sementara :)

      Delete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.