Shopping Perabot Raya di Courts Setapak

26 June 2015

Assalamualaikum. Dam dam dum, bunyi mercun. Terasa ramadhan kali ni cepat betul berlalu. Sedar tak sedar dah nak dekat raya dah kan? Anda semua dah sedia ke nak raya? Dah prepare dah semua barang raya? Baju jangan kata lah, pasti berpasang-pasang punya. Perabot raya? TV raya? Sofa raya? Semua dah ada? Perabot yang lama-lama tu dah boleh dah tukar dengan yang baru. Berseri-seri sikit raya nanti. Ayue tahu di mana anda boleh cari semua barang yang anda mahu untuk raya ni dengan harga yang sangat berpatutan. Senang sahaja, Courts ada!


Sempena ulang tahun ke 28 Courts berada di Malaysia, mereka melancarkan kempen “Senang Saja, Courts Ada” dimana cawangan-cawangan mereka akan diubahsuai dengan konsep peruncitan baru, rangkaian produk yang semakin berkembang dan pengalaman baru untuk pelanggan membeli-belah. Kempen ini membawakan Harith Iskander sebagai wajah baru Courts Malaysia.

Kalau anda nak tahu, Courts sekarang dah lebih fokus untuk memberi pengalaman membeli belah yang baik kepada pelanggannya. Sebagai salah satu syarikat terkemuka dalam perkakas elektrik, IT dan perabot di Malaysia, Courts pastinya mahukan yang terbaik untuk setiap pelanggan mereka. Tak gitu?

Jadi, mereka mengambil keputusan untuk memberi nafas baru kepada cawangan mereka. Courts Setapak, salah satu cawangan Courts yang paling tua di Malaysia merupakan cawangan pertama yang telah diubahsuai dan menerima wajah baru, pengalaman baru dan konsep baru. Courts wajah baru ini berbentuk “Lifestyle Furniture Galleries”, lebih nampak moden dengan konsep yang lebih segar.



Courts Setapak berwajah baru ini mempunyai keluasan lebih dari 52,000 kaki persegi! Besar, luas dan selesa untuk anda pilih barangan yang anda suka. Ayue sendiri suka kan tempat yang selesa untuk membeli belah kerana kita memerlukan persekitaran yang tenang untuk membuat keputusan membeli. Betul tak?

Kali terakhir Ayue masuk Courts adalah di Cheras, lebih kurang 10 tahun lepas. Kali ni Ayue masuk Courts, macam tak percaya pun ada. Berubah jadi makin cantik dan tersusun. Paparan interaktif, rekaan stor teratur dan bahagian perkhidmatan pelanggan yang selesa. Sememangnya pengalaman baru kalau anda membeli belah di Courts lepas ni. 

Dari tadi Ayue asyik cakap yang Courts memberi konsep baru untuk cawangan mereka kan? Konsep yang Ayue maksudkan adalah seperti :


1) Perkakas ElektrikLebih banyak brand baru seperti Bosch, Dyson & Katcher termasuk kawasan membuat demo.





2) ITAMD Gaming Notebook, penambahan yang begitu ketara untuk aksesori Logitech, ASUS router, sistem CCTV dan macam-macam lagi.

3) Ultimate ScreenPeningkatan 15% dari kadar skrin besar. Paparan lebih untuk teknologi baru - UHD TV. 70-100 set model paparan.






4) Cool Zone Plus Pelbagai portfolio penghawa dingin & pembersih udara yang lebih besar.




5) FurnitureBrand baru seperti Dorma & Spring Air for bedding. IDIA Windows, pakar tirai.




6) 23 Lifestyle furniture galleriesKonsep moden dan klasik. 5 set ruang tamu di Level 1 & 18 set bilik tidur di Level 2. Juga terdapat konsep baru seperti kerusi malas, kusyen & aksesori peralatan tempat tidur.









7) State of the art supplier conceptsLebih kawasan membuat demo disediakan di Perkakas elektrik (peralatan rumah & perkakas dapur) & produk digital. Example : Ogawa, pelbagai siri produk yang boleh anda cuba di Courts Setapak. Demo untuk Samsung, “ activ dualwash” solution.


Di Courts juga menyediakan in-house credit approval centres untuk memudahkan anda membuat pembayaran. Kaunter ni disediakan untuk pelanggan kredit yang sedia ada. Apa yang menarik perhatian Ayue adalah di Courts berwajah baru ini mempunyai ruang istirehat untuk pelanggan. Yela, selalu bila kita pergi membeli belah peralatan rumah, mesti mengambil masa yang lama bukan? Anda kini boleh berehat sebentar sambil minum dan makan di ruang istirehat itu kerana terdapat vending machine disediakan. Wah! Makin rancaklah membeli lepas ni. Ruangan istirehat ini terletak di Level 1.


Selain tu, Ayue teringin untuk membeli katil di Courts kerana Ayue boleh reka sendiri katil yang Ayu inginkan. Konsep ini merupakan konsep yang pertama di Malaysia. Dari tilam hingga ke rekabentuk katil, Ayue boleh tentukan sendiri. Seronok bukan?


Oh ya, Ayue ada berita baik untuk anda. Sempena pembukaan semula Courts Setapak ni, mereka menawarkan promosi yang mampu membuat anda tersenyum lebar. Mana tidaknya, promosi yang Ayue maksudkan adalah :

  • Diskaun tunai sehingga 95%
  • Percuma 2 bantal untuk 150 pelanggan pertama di hujung minggu
  • Tawaran serendah RM1
  • Promosi ini akan dimuat naik ke Website mereka

Promosi ini hanya boleh didapati dari 27 Jun hingga 9 Julai 2015



Hah! Juling ke tidak mata tu? Memang seronok lah kan bila ada promosi macam ni. Dah la harga yang ditawarkan memang berpatutan. Ada diskaun pula lagi. Rambang mata dibuatnya.Ayue faham, ada segelintir di antara anda yang mempunyai pandangan yang negatif terhadap Courts. Mungkin ada servis yang tidak bagus, isu penghantaran dan juga tempoh atau margin Flexi Credit yang tidak jelas. Tapi kini, penghantaran baru Courts menjanjikan kaedah baru untuk kepuasan hati pelanggan.


Ayue kagum dengan wajah dan konsep baru yang cuba diketengahkan oleh Courts. Buat anda yang ingin melihat Courts yang lebih moden ini boleh lah singgah di Courts Setapak. Jangan lupa rebut peluang sementara promosi masih ada. Ayue pun nak pergi hujung minggu nanti. Banyak barang yang Ayue nak borong ni.

Selain dari promosi di Courts Setapak, Courts juga berkerjasama dengan ERA fm untuk memberi peluang kepada pendengar mereka memenangi hadiah lumayan dari Courts melalui kempen “Spot the Sticker” bermula 15 Jun hingga 10 Julai 2015. Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu berbelanja minima RM500 di Courts ATAU ikuti Era cruiser dari 15 hingga 28 Jun 2015 dimana crew mereka akan memberi sticker itu. Sticker adalah terhad ya. Siapa cepat, dia dapat!




Untuk maklumat lanjut tentang Courts, boleh layari : 






xoxo,

Join the conversation!

  1. sepupu pernah beli kat courts
    dpt pulangan 3kali ganda sbb ternampak seheng jual bih murah rm150
    ingatkan janji kosong fasal jaminan harga courts tapi benar

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.