Ash Be Nimble | Modest Activewear Launch

06 July 2015

Assalamualaikum. Menjak-menjak badan dah naik mendadak ni, Ayue mula lah risau. Mana tak nya, naik sampai 12kg!! Nak turun punya lah liat.  Nak naik pantas je. Haish! Jadi, Ayue ambil pendekatan, selain daripada jaga pemakanan, Ayue juga ada bersenam. Tapi yang simple-simple je lah. Ayue buat dekat rumah je. Kadang-kadang ada lebih masa sikit tu Ayue ke gym berdekatan. Masalahnya Ayue takda baju bersenam yang sesuai dan selesa.

Ayue pasti anda yang rajin bersenam tu pun tercari-cari juga baju yang sesuai untuk anda bersenam kan? Yang harga berpatutan dan selesa. Ayue ada juga cari di pusat membeli belah, tapi kebanyakkannya sangat mahal. Yela, kita nak pakai bukan satu kan. Atleast kena lah ada 2 ke 3 pasang sebab nak bersenam hari-hari. Mahu kopak dibuatnya.

Baru-baru ini Ayue dijemput untuk hadir ke 'ash be nimble + numma nuur', modest activewear launch di Grumpy Cyclist, TTDI. Masa ni lah baru Ayue tahu di mana nak dapatkan activewear yang berkualiti dengan harga berpatutan. Sengaja Ayue jugakan perkataan 'activewear' kerana Ash Be Nimble ni bukan sekadar jenama pakaian sukan, ia lebih daripada itu.


Kenapa? Kerana Ayue terkesan dengan cerita-cerita yang disampaikan oleh tetamu yang hadir semasa pelancaran itu. Ash Be Nimble sedang membina komuniti untuk memberi sokongan dan inspirasi kepada wanita tentang kecergasan. Mereka berkongsi cerita bagaimana wanita di Malaysia yang menghadapi cabaran dan mengatasi latihan pada lelaki yang didominasi triatlon, mengimbangi anak-anak, kerja sepenuh masa & latihan untuk maraton, tetap sihat dan aktif semasa mengandung, usahawan wanita dalam kecergasan mahu memandu perubahan di Malaysia dan lain-lain.


Majlis Pelancaran Koleksi Modest Activewear | Ash Be Nimble

Sebanyak 20 para tetamu yang hadir ke majlis pelancaran koleksi modest activewear ini. Para tetamu yang dijemput terdiri daripada wanita ternama dari industri media, para peserta sukan marathon, wanita sukan half-ironwoman, pemilik studio yoga, direktor sukan, pelatih peribadi serta blogger lifestyle.


Antaranya dari Curves Malaysia - Alison Chin | Yogaonethatiwant Studios - Atilia Haron & Shireen Salleh | Impressed - Amelia Zahar & Zaida Ibrahim | Malaysia Women Marathon - Karen Loh | Kia Kaha Fitness - Karen Siah | SHAPE Magazin - Zara Nasarudin | Numma Nuur - Fitriza Nur Ain | Hanim Ab Hamid | Afiza Abdul Halin | PurelyB - Helenness | Capital FM Malaysia - Edea Nor | Yusnira | Running Malaysia Magazine - Nantanaa | Women's Health Malaysia. Pelancaran ini sememangnya bagi mengalakkan sokongan dan mengukuhkan hubungan di antara para wanita yang aktif dalam komuniti ini.


Aktiviti seperti photoshoot juga ada diadakan bagi kesemua para tetamu untuk mencuba sendiri sports hijab daripada koleksi modest activewear. Ayue pun sempat mencuba sport hijab yang ada. Memang selesa. 




Setelah selesai, ini diikuti pula dengan sesi brunch di Grumpy Cyclist Café, TTDI sambil mengadakan diskusi tentang “Cabaran yang dihadapi oleh para wanita di Malaysia yang ingin hidup dengan gaya lebih sihat dan aktif". Topik ini merangkumi isu-isu seperti keselamatan, cuaca, pakaian, motivasi serta pengetahuan nutrisi.  Sesuatu yang sangat bagus untuk dikongsikan. Ayue bukan saja dapat informasi, malah berasa lebih bersemangat untuk bersukan. 



Untuk anda yang tidak pernah dengar tentang jenama Ash Be Nimble ni, ini merupakan cerita disebalik Ash Be Nimble

Pemilik Hui Mathews meninggalkan dunia korporat setelah bekerja di Boston Consulting Group, KL untuk mencapai misi dan cita-citanya untuk menghasilkan sebuah jenama ‘activewear’ sukan yang menarik tetapi mampu dimiliki oleh semua di Malaysia. Kesemua stail Ash Be Nimble berharga kurang daripada RM100. Semenjak Mac 2014, jenama ini telah berjaya mendapat sokongan positif daripada rakyat Malaysia dan setakat ini telah berjaya terjual sebanyak beberapa ribu helai dalam tempoh terdekat. Jenama Ash Be Nimble kini boleh didapati di 10 buah fitness studio dan kedai di serata Malaysia – termasuk di Kuching, Sarawak dan 1 stokis studio Yoga di Bali, Indonesia. Pelancaran koleksi modest activewear adalah respon kepada para pelanggan Ash Be Nimble yang telah mengemukakan permintaan supaya menghasilkan sports hijab yang menarik, selesa dan harga yang berpatutan. Ini kerana sports hijab masih susah didapati di pasaran Malaysia. Ini menggalakkan lagi Hui untuk terus menghasilkan jenama yang mampu dimiliki semua.


Koleksi Modest Activewear

Kesemua stail daripada koleksi modest activewear ini berharga kurang daripada RM100. Berpatutan kan?

Jenama Ash Be Nimble menyokong membeli barangan buatan Malaysia, kesemua koleksi dihasilkan di Malaysia diperbuat daripada kain yang 4-way stretch spandex lycra yang ringan serta mudah kering. 


Kesemua sports hijab berharga RM85 dan long sleevetops berharga RM80 sahaja. Ini antara koleksi Modest Activewear Ash Be Nimble.









Ayue sudah pun dapatkan koleksi Ash Be Nimble. Ayue beli peekaboo mesh sportsbra. Maklum lah, nak bersukan kan, kena jaga apa yang patut. Jangan main redah je. Ayue suka sangat dengan material dia, lembut dan selesa. Anda kalau nak juga, boleh dapatkan di laman web mereka.


Pembelian boleh dibuat secara online di http://www.ashbenimble.com/collections/modest-activewear-sports-hijabs, dengan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia, RM10 caj penghantaran bagi Sabah, Sarawak dan kadar tetap RM30 ke serata dunia. 

Pembelian juga boleh dibuat melalui stokis Yogaonethatiwant Studios di Damansara Perdana, dan Shah Alam serta di Saville Melawati. (Hubungi :013 3005980)


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : http://www.ashbenimble.com/



xoxo.

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.