Ephyra Skin Bar Bantu Hilangkan Parut Jerawat

29 July 2015

Assalamualaikum. Ayue percaya ramai wanita di luar sana yang mempunyai masalah hormon tidak stabil bila datang bulan. Selalunya selain dari emosi naik dan turun, Ayue akan mengalami masalah jerawat. Kadang-kadang tu tidak terkawal sampaikan muka dari tiada apa-apa masalah jerawat, jadi macam kulit bermasalah terus. Semua sebab datang bulan!

Memang stress bila fikirkan bila kita tiada masalah kulit, tiba-tiba naik jerawat bertubi-tubi. Tidak lah flawless, cuma tiada jerawat yang naik. Paling Ayue tak boleh terima bila makin Ayue stress, makin Ayue sibuk dengan pelbagai kerja, makin banyak jerawat yang naik. Sedih sangat bila fikirkan keadaan kulit Ayue ni ketika datang bulan.

Tambahan pula kulit Ayue ni jenis kulit yang berminyak. Tak boleh malas cuci muka. Kalau tak memang lah jerawat naik dengan jayanya. Ayue ni memang jenis yang setia dengan pencuci muka. Bila Ayue dah suka satu pencuci tu, memang Ayue susah nak tukar. Bila Ayue diberi peluang untuk mencuba Ephyra Skin Bar ni, Ayue was-was juga. Risau kalau Ayue tak suka kan. Tapi Ayue cuba juga lah, nak cantik pula pasal.

Suprise, surprise! Guess what? Ayue suka gila Ephyra Skin Bar ni. Mana tidaknya, dah la wangi, rasa puas pula tu selepas mencuci muka. Mesti anda pernah alami situasi dimana lepas mencuci muka, kita rasa tak puas, rasa macam masih berminyak dan tak segar. Betul tak? Percayalah, Ephyra Skin Bar ni tak macam tu. Ayue rasa best sangat lepas cuci muka.


Bila Ayue tengok flyers Ephyra Skin Bar ni, lagi lah Ayue teruja. Macam-macam rupanya kebaikan yang ada pada Ephyra ni. Antaranya :

Ephyra Skin Bar membantu menghilangkan :
  • Jerawat / Jerawat batu
  • Bintik-bintik hitam / putih
  • Parut jerawat dan cela
  • Pori-pori terbuka
  • Jeragat & tanda-tanda penuaan awal
  • Ratakan tona kulit muka
  • Kurangkan kedutan halus
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Mengekalkan kelembapan kulit



Baguskan?!Paling penting, ia membantu menghilangkan jerawat, parut jerawat dan mengawal minyak berlebihan. Memang penyelesaian masalah Ayue tu. Bahan-bahan utama Ephyra Skin Bar ni pula memang bagus untuk kulit. Padanlah ia memberi pelbagai kebaikan.

  • Kolagen : Menyokong ketahanan fizikal and keanjalan kulit
  • Glyserin : Merawat kulit berminyak yang menjadi punca jerawat.
  • Banana Enzyme : Agen anti Penuaan
  • Seaweed : Agen anti keradangan
  • Carrot Extract : Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Rice Bran Oil : Merawat penuaan serta menyuburkan kulit
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract : Mencerahkan kulit dan membersihkan kulit dari bintik-bintik hitam.

Ayue dah guna Ephyra Skin Bar ni hampir 4 minggu. Walaupun ia berbentuk bar, langsung tidak mendatangkan masalah pada Ayue sebab sebelum ni pun Ayue menggunaka pencuci berbentuk bar. Guna sabun berbentuk bar ni menjimatkan tau. Ayue suka potong kecil-kecil sebelum guna.

Tengoklah kulit muka Ayue ni 4 minggu lepas. Ini kejadian semasa datang bulan. Stress sangat masa ni. Rasa malu nak keluar rumah. Kalau keluar pun kena touch up lebih sikit untuk kurangkan kesan jerawat tu. Teruk kan? Sedih bila tengok keadaan kulit macam ni.


Masa ni kulit berminyak jangan cakaplah. Bila keluar Ayue akan pakai foundation. Itu yang buat kulit lagi kelihatan berminyak lepas beberapa jam. Tapi lepas Ayue guna Ephyra Skin Bar ni, memang kulit kurang berminyak. Sangat awesome okey! Tak perlu lagi Ayue nak guna Oil Absorbing Sheet tu tiap kali keluar.

Ini pula kulit muka Ayue lepas 1 minggu menggunakan Ephyra Skin Bar.Muka Ayue makin cerah, tapi parut masih ada. 


Minggu keempat parut jerawat pun hilang! Perasaan tak makin glowing? Ewah, ini tak mekap dan sebarang kosmetik lain tau. Memang nude 100%.


Sekarang tengah datang bulan, tapi takda seketul jerawat pun yang naik so far. Rasa nak melompat sebab happy. Yela kan, sebelum ni bila datang bulan je risau, stress sebab takut jerawat naik. Sekarang datang bulan happy pula, eh? Hehe.

Rupanya memang dah banyak pengguna Ephyra Skin Bar yang dah hilang masalah kulit lepas menggunakannya. Seronok bila tengok testimoni masing-masing. Dari masalah jerawat yang agak teruk, jadi elok. Mesti mereka bahagia sekarang kan. Kulit dah flawless la katakan.


Ayue memang sangat recommend anda pakai Ephyra Skin Bar ni. Pasti anda akan nampak kesannya. Lagipun sekarang ni Ephyra ada buat contest selfie. Anda cuma perlu upload gambar before dan after menggunakan Ephyra Skin Bar. 


Ayue dah join! Manalah tahu boleh menang hadiah Iphone6 tu kan? Rezeki namanya. Kulit cantik, dapat Iphone6 pula lagi. Siapa tak nak?








xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. ramai buat review... teringin pulak nk try ephyra ni..
    jmput bertandang ke tempat sy ye..

    ReplyDelete
  2. dah baca review dr org lain ramai ckp berkesan nak beli la nnti 1 . haha

    ReplyDelete
  3. femes produk ni.. macam teringin pulak jadinya bila baca review mcmni,.. hehehehee

    Artikel terkini...Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Shaklee

    ReplyDelete
  4. Ayue! :) tq for this. akak take note! :) insya Allah ada hadiah...

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.