Assalamualaikum. Sebelum ni Ayue pernah review Mary Kay At Play Shadow Liner yang awesome tu kan? Kali ni Ayue nak review Mary Kay At Play juga, cuma kali ni Baked Eye Trio. Kenapa Trio? Sebab dia ada 3 warna dalam 1 palette.
Menariknya, ketiga-tiga warna ini merupakan warna yang sangat sesuai untuk digabungkan. Kalau sebelum ini anda selalu mekap yang suram dan kelam, apa kata anda cuba Mary Kay Baked Eye Trio ni? Warna-warnanya berasaskan serbuk dan sangat mudah untuk dipakai dengan pelbagai cara untuk kelihatan ceria dan berani. Malah, boleh juga di pakai sebagai eye liner! Menarikkan? Kalau anda kreatif, pelbagai rupa lagi boleh dicipta menggunakan Baked Eye Trio ni.
Mary Kay At Play | Baked Eye Trio
Ia didatangkan dengan size yang kecil dan muat untuk diletakkan di tapak tangan anda dan boleh dibawa kemana saja anda pergi. Letak saja di dalam beg ataupun poket, dan anda sudah sedia untuk keluar tanpa perlu memikirkan ia mengganggu perjalanan anda kerana ia terlalu ringan.
Baked Eye Trio ini mempunyai 4 palatte, On the Horizon, Earth Bound, Ocean View, Tuxedo dengan ciri yang berlainan kerana anda anda boleh mencipta pelbagai gaya solekan yang berlainan dengan keempat-empat warna ini. Warna-warna yang terang menyerlah ini dapat dipadankan dengan harmoni. Hanya pakai satu warna, ketiga-tiga warna atau padankannya bersama Baked Eye Trio yang lain.
Terbaru, warna yang dikeluarkan untuk rangkaian Baked Eye Trio ini adalah Purple Eclipse dan Out Of The Blue.
Ciri-Ciri Mary Kay At Play | Baked Eye Trio
- Direka dengan formula meluncur dan mudah untuk digabungkan untuk memberikan ganjaran warna muktamad
- Warna dengan tampilan mata yang tiada kesudahan
- Formula yang ringan dan menyediakan warna yang bertenaga, mengilap yang tahan lama
- Mudah untuk di blend di antara shades
- Crease- dan tahan pudar warna terpakai sama rata
- Campurkan ia dengan Mary Kay Di Play ™ Crayon mata untuk kelihatan ultra-seronok
- Lengkapkan set dengan keseluruhan koleksi baru Mary Kay At Play ™ . Antaranya Mary Kay At Play ™ Lip Crayon, Mary Kay At Play ™ Jelly Lip Gloss dan Mary Kay At Play ™ Eye Crayon
Review Mary Kay At Play | Baked Eye Trio
Ayue suka dengan konsep yang dibawa oleh Mary Kay At Play | Baked Eye Trio ni kerana ia sangat mudah untuk di blend dan mempunyai pelbagai warna yang sesuai untuk pelbagai acara. Mudah untuk dibawa kemana-mana dengan size nya yang kecil. Selalunya Ayue memang akan sediakan satu palatte di dalam beg, manalah tahu nanti Ayue nak pakai kan.
Ayue jarang guna satu warna saja untuk eye shadow. Selalunya Ayue akan blend 2 warna atau 3 warna sekali gus untuk nampak tone. Jadi, Baked Eye Trio ni menang sangat sesuai lah untuk orang macam Ayue ni.
Warnanya juga sangat menarik perhatian. Cantik! Favorite Ayue adalah Out Of The Blue kerana Ayue boleh buat gaya solekan natural pada belah siang dan gaya solekan berani pada belah malam. Bestkan?
Paling menarik adalah Ayue boleh gunakan Baked Eye Trio ini dengan koleksi Mary Kay yang lain. Ayue paling suka gunakan dengan Mary Kay Paradise Calling Collection Whipped Eye Colour, warna Tiki Hut dan Mary Kay At Play Shadow Liner Caramellow. Gabungan yang sangat serasi buat Ayue dan gaya solekan kegemaran Ayue sekarang.
Produk Info Mary Kay At Play | Baked Eye Trio
Harga : RM43
Available color : On the Horizon, Earth Bound, Ocean View, Tuxedo, Purple Eclipse, Out Of The Blue
Untuk makluman lanjut tentang Mary Kay At Play | Baked Eye Trio, boleh layari :
Laman web : www.marykay.com.my
Facebook : Mary Kay Malaysia
xoxo,
wow so many skin care and cosmetic read in your blog ;D
ReplyDelete