Mary Kay | Beauty That Counts | NouriShine Plus™ Lip Gloss Review

12 July 2015

Assalamualaikum. Ayue dengan Mary Kay macam tidak dapat dipisahkan. Ayue memang pengguna tegar  Mary Kay dan Ayue sangat suka dengan kesemua produk Mary Kay. Antara yang menjadi fovorite Ayue adalah Lip Gloss dia. Tiap-tiap hari Ayue mesti apply lip gloss dari Mary Kay sebab ianya memang terbukti tahan lama. Kalau sebelum ni Ayue suka Mary Kay Paradise Calling Collection Lacquered Lip Shine, kali ni Ayue jumpa yang sama best macam koleksi Paradise Calling juga, iaitu Beauty That Counts NouriShine Plus™ Lip Gloss.



Ayue suka koleksi yang ini kerana ia adalah limited edition dan datang dengan dua warna berputar, Create Change dan In Harmony. Menariknya, sejak dari 2008 lagi Mary Kay telah membantu kehidupan wanita dan kanak-kanak seluruh dunia melalui program Beauty That Counts. Bukan saja kita dapat memakai lip gloss limited edition, malah kita boleh membantu lagi mereka yang memerlukan kerana mulai 16 May 2015 hingga 15 July 2015, RM3 pada setiap pembelian akan disumbangkan kepada Pusat Kebajikan Hope Worldwide Kuala Lumpur and Suriana Welfare Society for Children.




Mary Kay | Beauty That Counts | NouriShine Plus™ Lip Gloss

Mary Kay memang terkenal dengan melembabkan. Salah satu darinya adalah koleksi NouriShine Plus™ Lip Gloss. Baunya yang wangi dengan tekstur yang sangat creamy buatkan kita rasa selesa bila memakainya. Tambahan pula ia mempunyai sifat yang tahan lama. Kalau Ayue dah pakai dari pagi, kadang-kadang Ayue tidak perlu lagi touch up kerana bibir Ayu sentiasa kelihatan lembab dan bersinar. 


NouriShine Plus™ Lip Gloss ni didatangkan dalam 2 tona warna yang berputar. Anda boleh lihat sendiri dari luar tube lip gloss ini. 



In Harmony
Café au Lait swirled with Cream and Sugar


Ayue suka warna ini kerana Ayue gemarkan mekap secara nude.



Create Change
Pink Sateen swirled with Berry Tart


Ini pula jika Ayue inginkan gaya yang pinky






Ciri-ciri Mary Kay | Beauty That Counts | NouriShine Plus™ Lip Gloss
  • Rangsangan segera kelembapan untuk bibir anda
  • Melicin dan melindungi bibir
  • Kemasan yang bersinar, glossy dan berkilat
  • Bahan-bahan yang baik untuk bibir anda seperti antioksidan kompleks yang kaya dengan vitamin dan mineral tumbuhan.




Review Mary Kay | Beauty That Counts | NouriShine Plus™ Lip Gloss

Bila Ayue apply saja lip gloss ini ke bibir, Ayue dapat rasanya bibir Ayue terus lembab. Walaupun ia agak melekit pada mulanya, tapi lama kelamaan Ayue selesa sebab lip ini tahan lama dan sentiasa buat bibir Ayue segar dan lembab. Dengan bahan-bahannya yang bagus untuk bibir Ayue, membuatkan Ayue tidak risau untuk menggunakannya untuk jangka masa yang panjang. 






Produk Info Mary Kay | Beauty That Counts | NouriShine Plus™ Lip Gloss

Harga : RM58
Available colour : Create Change, In Harmony


💗 CONTACT 💗


Nak cuba Mary Kay® NouriShine Plus™ Lip Gloss ni? Jangan risau, Ayue takkan paksa anda beli. Ayue cuma nak anda tahu je betapa bestnya NouriShine Plus™ Lip Gloss ni. Kalau anda perlu bantuan Ayue, DM je ok? Kalau anda ada masalah kulit pun boleh DM Ayue juga. Takda masalah. Ayue siap bagi FREE skin analysis untuk anda tau. Anda akan nampak apa sebenarnya masalah kulit yang anda hadapi. Cepat-cepat DM ok?


Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.