Peraduan Ceria Raya Bersama F&N 2015 | Menangi Kediaman Bernilai 1 JUTA

08 July 2015

F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (FNBM) memberi anda lebih banyak sebab untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri! Peraduan Ceria Raya Bersama F&N bakal menawarkan hadiah berjumlah lebih daripada 1 juta Ringgit. Hadiah-hadiah yang disediakan termasuklah sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna), sebuah kereta sedan dan kediaman kontemporari di Shah Alam, Selangor bernilai RM1 juta! Terdapat juga hadiah-hadiah harian untuk dimenangi dan apa yang anda perlu lakukan hanyalah menikmati pelbagai jenis minuman F&N pada Hari Raya ini!


"Bagi kami di F & N, peraduan hadiah ini sungguh sinonim dengan semangat Hari Raya yang mulia dan bermurah hati. Tahun ini dan buat pertama kalinya, kami menawarkan jenama-jenama kami yang popular dan sentiasa dihidangkan pada waktu Hari Raya, untuk menyokong kempen dan peraduan ini. Kami memahami dengan situasi ekonomi kini, adalah lebih mencabar kini untuk memiliki rumah impian – oleh itu, kami ingin memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan setia kami untuk memiliki rumah impian serba baru. Kami juga menawarkan dua buah kereta yang hebat, sistem teater rumah yang canggih dan hadiah wang tunai yang menarik untuk dimenangi! Kami yakin peraduan Ceria Raya Bersama F&N ini akan menyebarkan keceriaan Hari Raya kepada pengguna kami ! " kata Jenny Wong, Ketua Pemasaran Jenama F&N.



Peraduan Ceria Raya Bersama F&N ini sungguh mudah untuk disertai. Anda hanya perlu melakukan empat langkah mudah berikut untuk menang besar!


  1. Beli mana-mana produk F&N yang terlibat dalam peraduan ini. Jenama-jenama yang turut terlibat adalah 100PLUS, F&N Fun Flavors, F&N SEASONS NutriSoy, F&N SEASONS NutriWell, F&N SEASONS Tea dan Oishi.
  2. Jawab 3 kenyataan 'BETUL' atau 'SALAH' pada borang penyertaan.
  3. Lengkapkan borang penyertaan dengan butiran peribadi anda.
  4. Hantar penyertaan anda bersama-sama dengan Bukti Pembelian (tab tarik, label botol atau pek TetraPak jenama yang terlibat) dan hantarkan ke alamat:



Peraduan CERIA RAYA BERSAMA F&N

Peti Surat 8861, Pejabat Pos Kelana Jaya,

46899 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Lima peserta akhir yang bertuah akan dipilih daripada penyertaan peraduan yang layak dan dijemput untuk mengambil bahagian dalam suatu acara pada bulan Ogos, di mana mereka akan melalui satu siri cabaran untuk memenangi lima hadiah utama yang hebat. Pemenang dipilih berdasarkan satu siri cabaran di acara tersebut dan diberi peluang di ‘pilih dan menang’ dengan kunci yang betul berpeluang memenangi Hadiah Utama. Pemenang berpeluang membawa pulang sebuah rumah impian 80' x 20' (ruangan binaan 2429 kaki persegi) yang terletak di kawasan perumahan prestij di Laman Glenmarie, Shah Alam Selangor bernilai RM1 juta!

Hadiah Utama, sebuah rumah impian 80' x 20' (ruangan binaan 2429 kaki persegi)

Hadiah lain yang ditawarkan di acara akhir adalah:

  • Hadiah Pertama, sebuah Toyota Innova 2.0E M/T bernilai RM97,000
  • Hadiah Kedua, sebuah Nissan Almera 1.5L E A/T bernilai RM63,000
  • Hadiah Ketiga, satu Set Sistem Teater Rumah yang terdiri daripada 1 TV UHD Samsung 65", 1 Sistem Teater Rumah Samsung & 1 JBL Sound Bar bernilai sebanyak RM30,000
  • Hadiah Keempat, iaitu wang tunai RM10,000.
Hadiah Pertama, sebuah Toyota Innova 2.0E M/T bernilai RM97,000

Hadiah Kedua, sebuah Nissan Almera 1.5L E A/T bernilai RM63,000


Bukan itu sahaja – F&N juga akan memberikan lima (5) hadiah harian, iaitu wang tunai RM200 setiap satu, untuk 61 hari berturut-turut kepada pemenang bertuah!

Jadi, apa tunggu lagi? Sebarkan berita gembira perayaan dan anda semakin hampir untuk berpeluang memiliki rumah impian bernilai RM1 juta dengan peraduan Ceria Raya Bersama F&N!

Peraduan Ceria Raya Bersama F&N berlangsung dari 1 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015. Borang penyertaan peraduan boleh didapati di semua kedai yang menyertai di seluruh negara dan boleh dimuat turun daripada laman web FNBM http://www.fnbm.com.my/. Maklumat lanjut mengenai peraduan juga terdapat di laman web tersebut.



NOTA: *sekiranya tiada pemenang Hadiah Utama, maka peserta terlibat akan memenangi Hadiah Pertama, dan peserta akhir yang lain akan masing memenangi Hadiah Kedua, Hadiah Ketiga, dengan peserta yang memiliki skor keempat dan kelima tertinggi akan memenangi Hadiah Keempat, iaitu wang tunai RM10,000 setiap satu.




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. bestnya ayue..rasa cam nak join je..btw selamat hari raya ye :)

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.