Ramadhan Buffet | Imperial Chakri Palace KLCC

03 July 2015

Assalamualaikum. Bulan puasa ni pasti ada yang mengidam nak makan itu dan ini. Masing-masing punya selera lain kan? Ada yang teringin nak makan makanan tradisional je. Ada yang teringin makanan barat. Makan Thailand tidak kurang peminatnya. Kali ni Ayue nak beritahu satu tempat betul-betul di tengah ibu kota di mana anda dapat menikmati buffet ramadhan ala thai di sana. 

Ramadhan Buffet 2015 Imperial Chakri Palace di KLCC

Selesai penat shopping raya di KLCC, Chakri Palace merupakan tempat berbuka puasa yang sangat sesuai untuk anda yang gemarkan makan thailand kerana makanan yang disediakan memang pergh!! terangkat! Ayue sendiri dah cuba makan di sana. Siapa peminat tomyam? Kita geng! Tomyam disini adalah salah satu menu yang anda tak boleh lepaskan.



Selain tu, penggemar makanan thai juga kena cuba somtam dan kerabu yang disediakan di sini. terdapat pelbagai jenis dan semuanya sedap-sedap belaka. Ayue memang suka sangat somtam, bila dah dapat yang ini, makanan lain tu lambat sikit tengok.



Miengkam pun ada tau di sini. Orang kampung punya makanan ni. Ayue pernah juga makan daun kadok ni dengan bubur. Alahai, sedap betul. Rasa fresh dan sesuatu yang sangat baru bagi Ayue. Anda yang belum pernah cuba makan, kena cuba tau.

Mieng kam

Menu-menu lain seperti Sate Ayam dan  Daging, Rendang Daging Tok, Ulam-ulam , Acar Timun dan Butter Prawn juga ada si Chakri Palace ni. Bukan setakat makanan thai, makanan melayu pun ada. Tapi bagi Ayue, kalau dah datang ke sini, Ayue lebih suka makanan thai mereka. Memang sedap!





Rendang Daging Tok

Gerai ikan bakar

Ikan keli bakar

Satay ayam & daging

Untuk dessert pula, yang menarik perhatian adalah Red Ruby. Ayue difahamkan mereka buat sendiri tau red ruby ni. Memang sedap. 2 kali Ayue tambah.

Bubur

Red Ruby

Buah-buahan

Kuih muih

Ayue senaraikan menu-menu yang ada di Chakri Palace ni ya supaya senang anda nak cari bila ke sini nanti.



Pembuka Selera 

Mieng Kam Ulam Daun Kadok 
Ulam-ulaman dengan Sambal Belacan 
Telur Masin 
Acar Timun 
Aneka Jeruk 
Kangkung Goreng Ala Thai 
Samosa Goreng 
Por Pia Inti Sayuran 
Aneka Keropok 
Onion Ring Goreng 
Buah Kurma 
Gado-gado 
Nasi Impit Kuah Kacang 




Aroma Thailand 

Lamb in Thai Green Curry 
Butter Prawn with Salted Egg 
Sautéed Squid with Garlic Sauce 
Fried Sliced Fish with “Tiga Rasa” Sauce 
Stir Fried Lala with Tom Yam Paste 
Stir Fried Mix Vegetables 
Sautéed Beancurd with Minced Chicken 
Steamed Fragrant Rice



Citarasa Malaysia

Rendang Daging Tok 
Pajeri Terung 
Pajeri Nenas 
Ayam Kapitan 
Nasi Beriani



Kerabu

Kerabu Mangga Thai 
Som Tam @ Kerabu Betik Muda 
Kerabu Ayam Cincang 
Kerabu Glass Noodle



Live Action Stalls 

Gerai Sup Tom Yam – Bihun, Mee, Kuey Teow 
Gerai Satay – Ayam & Daging Gerai Ikan Bakar



Pemanis Mulut 

Red Ruby 
Waterchestnut 
Pulut Mangga 
Buah-buahan 
Kuih Muih Melayu 
Aneka Jelly Thai 
Ubi Kayu Stim 
Pisang Stim Manis 
Bubur Jagung & Pisang 
Bubur Kacang


Menarik tak? Jom berbuka puasa di Imperial Chakri Palace okey? Selain dari KLCC, Chakri Palace juga boleh didapati di Alamanda Putrajaya, dan Pavilion KL.

Klik untuk tumbesan

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.