Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni, Ayue memang banyak food review. Maksudnya Ayue lebih banyak makan di luar berbanding masak sendiri. Risau juga, nanti lama-lama skill masak tu hilang. Sekarang pun macam dah terkial-kial dah. Hehe.
Disebabkan Ayue nak asah lagi skill masak ni, maka ramadhan ni lah peluang yang sesuai. Kenapa? Sebab sahur dan berbuka kena masak dua menu yang berbeza. Untuk orang bujang macam Ayue ni. Satu lauk pun dah mencukupi. Tak perlu banyak-banyak, nanti membazir.
Antara menu yang Ayue suka masak and suka makan adalah Kari Ayam tanpa santan. Kenapa tanpa santan? Sebab encik tunang tak makan santan. Makanya Ayue kena lah belajar dari sekarang kan. Kalau ikutkan tekak Ayue ni, semuanya boleh.
Resepi ni juga sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang kecil sebab Ayue masak ni untuk Ayue seorang. Cukup, alhamdulillah. Kenyang je bila berbuka. Nak tambah lagi, boleh la goreng telur dadar, makan sekali pun sedap.
Kari Ayam Tanpa Santan
Bahan-bahan :
2 ketul ayam
1 biji kentang dibelah
1 biji bawang besar dibelah 4
Pelepah daun kari
Rempah Tumis - 4 sekawan
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan tomato sos
1 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Bahan-bahan kisar:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/4 in halia
1/4 in kunyit
Sponsored Video: Dream Again | SK-II #changedestiny
Cara-cara :
- Tumis bawang besar, daun kari, rempah tumis dan semua bahan yang dikisar halus hingga naik minyak.
- Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau hingga garing.
- Masukkan ayam, kentang, asam gelugur dan sos tomato. Kacau rata hingga ayam kecut.
- Masukkan sedikit air, garam dan gula secukupnya. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
- Siap!
Serious sedap. Puji diri sendiri ni. Haha. Cuba lah! Ayue lupa letak daun kari masa ni. Next time kena letak, baru lah lagi wangi.
xoxo,
Ank saya suka kari.. dia gelar "pedas" best jg resepi ni tanpa santan... thanks sharing resepi ni... boleh kita exchance resepi ni dari mommylina.blogspot.com kan..
ReplyDeleteStill looks pretty enticing. Healthier la sikit kan without santan heee
ReplyDelete