Resepi Popiah Seaweed Sedap & Mudah

08 July 2015

Assalamualaikum. Semalam Ayue  ke rumah bakal mak mertua. Berbuka puasa sama-sama. Adik tunang Ayue teringin nak makan popiah seaweed ni. Maklum lah, dah berleluasa gambar-gambar dia dalam FB tu kan. Mau tak terliur? 

Semua barang dah siap dah, Ayue cuma tolong goreng. Hehe. Tapi sempat lah ambil resepi dan tengok cara buat tu. Memang mudah sangat-sangat. Adik lelaki pula yang buat ni. Semudah ABC. Sekejap je dah siap. Siapa suka seaweed confirm akan buat ni banyak-banyak, buat stok kunyah depan TV. Sedap okey. Rangup!


Bahan-bahan dia pun senang je.



Bahan-bahan


  • Seaweed (Ayue guna brand BIG BANG perisa tomyam)
  • Kulit Popiah
  • Telur
  • Garam
  • Chili Flakes


Kulit Popiah

Seaweed BIG BANG (sama size dengan kulit popiah)

Telur, Garam, Chili Flakes



ITU sahaja. Yup. Itu sahajaaaa. Kenapa Ayue tak tulis kuantiti setiap barang? Sebabnya, bahan-bahan ni semua anda boleh kurangkan dan tambah ikut suka hati anda. Semalam kami hanya guna sebiji telur saja. Cukup untuk buat popiah seaweed masa berbuka puasa nanti.


Cara-cara

  1. Pukul telur, chili flakes, garam
  2. Sapukan telur di atas kulit popiah
  3. Layerkan seaweed diatas kulit popiah dan sapukan pula telur diatas seaweed
  4. Layerkan semula kulit popiah
  5. Potong popiah seaweed mengikut kreativiti anda (Petak, 3segi, bulat, bintang)
  6. Goreng hingga kekuningan
  7. Toskan minyak dan tabur Chili Flakes di atas semasa hidang
  8. Done!


Sapukan telur di atas kulit popiah

Layerkan seaweed diatas kulit popiah dan sapukan pula telur diatas seaweed

Layerkan semula kulit popiah

Potong popiah seaweed mengikut kreativiti anda

Goreng hingga kekuningan

Mudah sangat la hai. Kalau anda kurang gemarkan rasa pedas, nak rasa lemak-lemak gitu, boleh tukar dengan Cheese. Pun sedap. Eh, memang semuanya sedap lah. Ayue dengan seaweed berpisah tiada. Menu Popiah Seaweed ni sesuai dibuat menu berbuka puasa, dan masa bersantai. Cubalah! :)



Tips : Beli kulit popiah dengan seaweed yang sama size untuk memudahkan proses layer. Tak perlulah anda nak trim masa layer nanti kan.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Wahhh best ni, Islam memang suka sangat makan seaweed. nanti boleh try. hehehe

    ReplyDelete
  2. sally suka gunting kecik-kecik...hahaha...boleh la buat lg nnt kot :)

    ReplyDelete
  3. nak try lah..mcm best je nih

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.