Assalamualaikum. Mengambil keberkatan Ramadan ini, Julie's meluahkan kasih sayang kepada anak-anak yatim dan sekali gus mengembalikan nostalgia mengutus kad sebagai pengganti diri kepada insan tersayang. Julie’s mahu menggalakkan hubungan persaudaraan dan berkongsi kasih sayang sesama insan tanpa mengira kaum dan agama.
Dengan itu juga Julie’s mengambil keputusan untuk melancarkan kempen Titipan Luahan Kasih Anda dan menggalakkan orang ramai untuk kembalikan nostalgia menulis kad sebagai pengganti diri dan mengirimkannya kepada insan tersayang. Lebih istimewa, Julie’s sendiri akan menghantarkan kad-kad tersebut kepada alamat yang disertakan. Peti surat disediakan untuk kemudahan orang ramai mengirimkan kad-kad ucapan. Kad pula diberikan secara percuma di pasaraya berdekatan yang mangambil bahagian.
“Hari ini Julie’s mengambil langkah menghulurkan salam persaudaraan dan ingin mengajak semua untuk berkasih sayang dengan menganjurkan majlis berbuka puasa sempena Ramadan 2015. Anak-anak yatim dijemput sebagai tetamu utama dan lebih meriah dengan kehadiran pihak media dan blogger. Kempen ini bertujuan untuk mengalakkan semua orang untuk menyentuh hati setiap insan disayangi dengan secara langsung, bukan lagi berbentuk alam maya tetapi dengan menulis kad untuk meluahkan perasaan mereka terhadap keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang khas sempena Hari Raya,” ujar Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie’s Biscuits.
Lebih 60 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Shifa’ dan Asrama Darul Falah Perkim diundang untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Julie’s dan media/blogger. Huluran Titipkan Luahan Kasih Anda ini seboleh-bolehnya bukan hanya kepada orang tersayang yang kita kenali seumur hidup tetapi juga kepada mereka yang memerlukan.
Beliau menambah, “Kami mahu memulakan kempen sebegini dengan menggalakkan orang ramai untuk menyertai. Jadi apa salahnya kami sebagai penganjur ingin memulakannya terlebih dahulu dengan huluran kasih kami kepada anak-anak yatim ini.”
Bagi Julie’s perkongsian kasih sayang perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebagai yang dewasa perlulah kita menjadi contoh dan tidak lokek untuk berkongsi rasa cinta dan mengambil berat mengenai anak-anak ini.
“Apa lebih istimewa Julie’s bukan sahaja mengambil keberkatan dengan berkongsi kasih sayang dengan anak-anak yatim tetapi akan juga berkunjung ke masjid-masjid dan mengedarkan kad-kad yang disediakan kami. Malah akan disediakan peti surat untuk kami membantu mengeposkan kad-kad tersebut,” kata Encik Benny Chia.
Bertepatan dengan tujuan Julie's mencipta biskut Julie’s Love Letter’s, silaturrahim mahu dieratkan dengan pihak Julie’s mengedarkan biskut ini kepada ahli masjid yang ada.
Istimewa untuk Aidilfitri ini, Julie’s menyediakan biskut Belanda Love Letters 700g yang berperisa coklat dan strawberi. Pek Sampul Raya juga disediakan di dalam setiap tin dan keuniknya sampul raya ini punya dua fungsi. Selain menjadi sampul wang, ia juga boleh dijadikan sampul surat kerana terdapat ruang untuk anda menulis ucapan kasih kepada insan tersayang.
Terdapat tiga warna sampul dengan simbolik maksud yang tersirat di dalamnya. Sampul Kuning mewakili Silaturrahim, ku doakan semoga hubungan berkekalan. Sampul Biru mewakili Keampunan, ku pohon kemaafan zahir & batin. Manakala sampul Hijau pula mewakili Keberkatan, ku panjatkan kesyukuran di hari lebaran.
Bukan setakat menggalakkan pembeli Julie’s menititpkan luahan hati, tetapi Julies juga menyediakan peti surat dan pihak Julie’s akan membantu mengeposkan kad-kad anda kepada insan tersayang. Alamat penghantaran poskad hanya terhad di dalam Malaysia sahaja. Julie’s mensasarkan 10,000 keping poskad untuk dihantarkan kepada insan tersayang daripada pelanggan kami.
Kempen ini akan berakhir pada 3 Julai 2015. Bagi yang tidak berkesempatan menyertai kempen kami ini, anda boleh menghantar e-poskad Hari Raya hanya dengan melayari ke laman Facebook kami di https://www.facebook.com/JuliesBiscuits dan memuat turun e-poskad eksklusif tersebut. Sentuhlah hati insan tersayang dengan titipan luahan kasihmu.
xoxo,
Join the conversation!