10 Aktiviti Menarik di Langkawi

07 August 2015

Assalamualaikum. Ayue memang suka jalan-jalan. Kalau boleh Ayue nak tawaf satu Malaysia ni dulu, kemudian baru plan nak jalan ke luar negara. Salah satu tempat yang Ayue teringin sangat nak pergi adalah LANGKAWI

Dulu Ayue pernah pergi dengan keluarga, tapi masa tu zaman kanak-kanak. Tak banyak lagi benda menarik yang ada masa tu. Sekarang ni Langkawi dah banyak sangat perubahan. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi sekarang selain daripada aktiviti wajib iaitu bergambar di Dataran Lang dan menaiki kereta kabel ke Gunung Mat Cincang. Semua pelancong yang ke Langkawi pasti tidak akan melepaskan peluang melakukan dua aktiviti ni. 

Semua orang tahu yang Langkawi adalah zon bebas cukai. Shopping pinggan mangkuk dan coklat di sana adalah 'heaven'. Selain dari aktiviti macam tu, apa yang membuatkan Ayue teringin sangat nak ke Langkawi ni?

Ayue ni nampak je lembik, tapi Ayue gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Jadi, tempat-tempat yang Ayue rasa best dan menarik yang boleh Ayue lakukan di Langkawi adalah seperti di bawah ni. Ayue senaraikan 10 aktiviti menarik yang membuatkan Ayue teringin nak pergi ke Langkawi sekarang juga.

10 Aktiviti Menarik di Langkawi

1) Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi | 
Jalan-jalan mengelilingi pantai, tapi di atas udara! Di Langkawi, Parasailing boleh dilakukan di dua lokasi, iaitu di Pantai Cenang dan di Tanjung Rhu. Kalau diberi pilihan, Ayue nak ke Tanjung Rhu sebab dari apa yang Ayue baca, di sana lebih cantik. 



2) Ronda sekitar Langkawi dengan menaiki helicopter

Langkawi Outpost | 
Nikmati keindahan Langkawi dari atas udara. Anda boleh sewa heli dari Langkawi Outpost. Dengan tagline mereka, 'Langkawi As Never Seen Before' sememangnya menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Satu heli boleh memuatkan 4 orang, 1 pilot dan 3 passenger dengan bayaran sebanyak RM555 per ride.

Info : http://www.helioutpost.com/langkawi/



3) Aktiviti lasak di Skytrex Langkawi

Skytrex Adventure Langkawi | 
Di Malaysia, Skytrex mempunyai dua lokasi, satu di Shah Alam, dan satu lagi di Langkawi. Siapa suka aktiviti lasak memang wajib cuba yang ini. Tapi jangan risau, cabaran disana mempunyai level mengikut kemampuan anda, dari Little Legend Adventure (beginner), Eagle Thrill hingga ke Island Extreme. Berani kah?

Info : http://www.skytrex-adventure.com/



4) Menunggang kenderaan lasak ATV di Oriental Village

Kenderaan lasak ATV | 
Oriental Village merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana disana anda boleh membeli belah dan beriadah bersama keluarga. Antara aktiviti yang sangat menarik disini adalah menunggang kenderaan lasak ATV. 



5) Jacuzzi di Ayer Hangat Village

Jacuzzi di Ayer Hangat Village | 
Nikmati air panas semulajadi Langkawi di Ayer Hangat Village. Menariknya, air panas di Langkawi berbeza dari air panas di tempat lain kerana air panas disini datangnya dari air masin, bukannya air tawar. Terdapat bilik khas yang disediakan untuk anda menikmati jacuzzi.



6) Nikmati sunset di Salt Water Jacuzzi Net

Salt Water Jacuzzi Net | 
Ini adalah aktiviti yang paling Ayue nak buat. Naik cruise dan bersantai diatas salt water jacuzzi net di tengah lautan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Pakej yang disediakan oleh cruise ini termasuk makan malam BBQ. Menarik kan?


Info : http://tropicalcharters.com.my/cruises/sunset-cruise/



7) Snorkeling di Taman Marin, Pulau Payar

Snorkelling di Taman Marin, Pulau Payar | 
Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di Pulau Payar adalah snorkelling. Pulau Payar terletak 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Disana anda akan mandi dan berenang bersama-sama dengan ikan berwarna-warni di sekeliling anda. Pada musim panas (Oktober hingga Februari), anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu.



8) Redah hutan dengan menunggang kuda di Island Horses

Island Horses | 
Island Horses Langkawi terletak berdekatan dengan tapak kereta kabel Langkawi. Jika anda ingin meredah hutan dengan menunggang kuda dan menikmati pemandangan Air Terujun Telaga Tujuh, boleh lah ke Island Horses ni. Untuk yang sudah biasa menunggang kuda, anda boleh memilih pakej meredah hutan hingga ke Pantai Kok. Anda juga boleh memilih untuk hanya menunggang di tepi pantai. 

Info : http://www.langkawihorses.com/



9) Serlahkan kreativiti di Muzium 3D Langkawi

Muzium 3D Langkawi | 
Muzium 3D Langkawi terletak di Oriental Village. Muzium ini bernama Art in Paradise dan mempunyai lebih 200 lukisan 3D. Koleksi yang dilakar oleh pelukis handalan Korea ini bukan saja merupakan antara koleksi paling besar di Malaysia, malah merupakan antara koleksi 3D terbesar di dunia! Jadi sediakan kamera dan power bank anda. Tangkap gambar sebanyak mungkin disini dan yang paling penting, be creative!

Info : http://www.panoramalangkawi.com/3d-art-museum



10) Berhibur di 6D Cinema

Cinema 6D Langkawi | Source
Cinema 6D ini juga terletak di Oriental Village. Ia terletak bersebelah dengan tiket kaunter kereta kabel. Jika anda seorang yang tidak berani menaiki roller coaster sebenar, inilah peluang anda untuk merasai perasaan sebenar menaiki roller coaster sekali dengan kesan angin dan air. 

Info : http://www.panoramalangkawi.com/6d-cinemotion/



Inilah senarai aktiviti yang Ayue ingin lakukan di Langkawi nanti. Semuanya menarikkan? Tak sabar rasanya nak ke sana. Tapi, sebelum melancong ke mana-mana, pastikan anda rancang perjalanan anda dengan teliti dan berbaloi. Mengapa bayar lebih jika anda boleh dapatkan kualiti yang sama dengan harga yang lebih rendah? Contohnya tiket penerbangan dan hotel. 

Ayue syorkan anda cek perjalanan dan hotel anda di Traveloka.com . Traveloka merupakan website travel yang baru. Anda boleh terbang dengan penerbangan terbaik dengan harga terbaik. Disana bukan saja anda boleh cari tiket penerbangan ke Langkawi, malah hotel yang berkualiti dengan harga yang murah pun ada. Menariknya Traveloka ni, harga yang dipaparkan, harga itulah yang anda akan bayar. Tiada booking fee dan tiada cas tersembunyi. 

Tempah penerbangan ke Langkawi dengan Traveloka 


Tempah hotel di Langkawi dengan Traveloka

Kelebihan menggunakan Traveloka

Terbaiklah! Semuanya senang sekarang ni. Apa lagi, jom ke Langkawi?



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Pernah peegi skali je..paling nk pergi muzium 3D tu..haritu x smpat singgahh

    ReplyDelete
  2. wah bila nak g ayue? yong In shaa Allah plan nak g langkawi tahun dpn..hehe. enjoy trip ye ayue! :)

    ReplyDelete
  3. eh..kenapa takde kereta kabel..dari atas tu sedap jugak view dia

    Yang dah 3 Kali ke Langkawi,
    Nota Purba

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.