Clinelle Caviar Gold : Menganjal dan Menegangkan Kelopak Mata

13 August 2015

Assalamualaikum. Berita baik untuk anda yang mempunyai masalah mata yang kusam, layu, tak bermaya dan ada masalah lingkaran bawah mata yang teruk, kerana Clinelle telah melancar rangkaian produk baru mereka iaitu Clinelle Caviar Gold di AEON Bukit Tinggi Klang pada 1 Ogos 2015.




Dengan kehadiran duta Clinelle sejak dari tahun 2014 lagi, Ella Chen dari kumpulan S.H.E membuatkan majlis pelancaran itu sangat meriah. Mana tidaknya, riuh rendah keadaan disana dengan kehadiran peminat-peminat Ella Chen yang ingin melihat artis kesayangan mereka.


Roderick Chieng, Group Managing Director and Chief Executive Officer, Esthetics International Group Berhad (EIG) yang bercakap tentang kejayaan yang telah Ella bawa kepada jenama Clinelle. Dia berkata "Kami benar-benar teruja untuk mengekalkan Ella sebagai duta kerana dia mempunyai nilai-nilai peribadi yang bersesuaian dengan jenama Clinelle. Ella adalah seorang wanita yang sangat kuat, berbakat dan bijak kerana menyedari keperluan penjagaan kulitnya dan akan mengambil langkah-langkah yang betul untuk memastikan ia cantik dan sihat sentiasa. Ella memilih untuk berpegang pada produk dari bahan-bahan semulajadi, kami di Clinelle berazam untuk menjaga inovasi produk kami supaya menjadi sangat bagus dan selamat dari bahan-bahan aktif semulajadi seperti keluaran baru kami, Clinelle CaviarGold."


Ella Chen pula berkata, "Pada saya, kulit kita adalah aset yang sangat bernilai dan saya percayakan produk penjagaan kulit Clinelle, dimana ia sentiasa menjadi pilihan utama saya. Saya sukakan bahan-bahan semulajadinya yang sihat dan mesra kulit yang memberikan keberkesanan yang saya cari. Pada masa yang sama, ia tidak mengandungi bahan-bahan yang mungkin membahayakan dengan falsafah  "6 Nos" mereka, membuatkan saya tidak risau. Saya harap semua orang yang menggunakan Clinelle mendapat kebaikkannya seperti mana saya mendapatnya."


Pelancaran ini sememangnya satu kejayaan yang besar dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Dengan jaminan yang mampu menegang dan menganjalkan kelopak mata dalam masa 5 hari, cukup menarik untuk mengatakan tidak kepada Clinelle CaviarGold.


Ella juga sempat memberi tips kepada tetamu tentang rejim hariannya menggunakan Clinelle CaviarGold ini dan menerangkan kepada mereka bagaimana cara untuk menggunakan produk ini di rumah untuk mencapai kecantikan mata yang diingini. Model ini sangat bertuah kerana Ella sendiri yang menunjukkan langkah-langkah itu. 


Antara bahan-bahan yang membuatkan Clinelle CaviarGold ini unik adalah Caviar Extract, 24K Nano Gold and Phyto plantGold yang memberi kesan Triple Gold Lifting and Firming Complex dalam jangka masa yang singkat dan kekal lama.

Caviar Extract
Also known as black gold has cell format similar to human skin and are rich in nutrients which includes proteins, minerals, vitamins, anti-oxidants and lipids. Its structures to deliver nutrients directly to the cellular level of you skin giving it a balance diet.

24K Nano Gold
It stimulates collagen synthesis by up to 300% hence boosting skin elasticity. This firms and even outs the skins surface, helping to prevent the appearance of expression lines and wrinkles.

Phyto PlantGold
80 times more effective than Arbutin in whitening. Inhibits the formation of melanin and infuses the skin with light and nervy to ensure a clearer, more even-toned skin.




Ella mempunyai cara tersendiri untuk menggunakan Clinelle Firming Eye Serum yang digelar "3 step Eyerobic". Ella membuat demo kepada tetamu yang hadir serta menjelaskan langkah ini yang telah membuatkan kulitnya nampak muda dan flawless.


Majlis pelancaran ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kontes Eye Love CaviarGold kepada para pemenang. 

Clinelle CaviarGold boleh didapati di AEON Wellness/ Supermarket, Caring Guardian, Watsons & farmasi terpilih seluruh negara.

Harga Clinelle CaviarGold: 

Clinelle CaviarGold Firming Cleanser
RM21.10 | 50ml
RM35.95 | 100ml

Clinelle CaviarGold Firming Lotion
RM59.30 | 180ml

Clinelle CaviarGold Firming Eye Serum
RM101.70 | 15ml

Clinelle CaviarGold Firming Serum
RM101.70 | 20ml



Untuk maklumat lanjut tentang Clinelle, boleh layari :
Website : www.clinelle.com
Facebook : https://www.facebook.com/clinelle



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.