Ilm Arts Festival 2015 | Festival Kesenian Islam

27 August 2015

Assalamualaikum. Bulan Ogos adalah bulan yang sangat mengujakan bagi rakyat Malaysia. Tahun 2015 ini ia akan menjadi lebih mengujakan kerana bukan saja kita akan mengambut kemerdekaan yang ke 58, malah buat pertama kalinya, perhimpunan terbesar bakat-bakat Islam di seluruh dunia akan dibuat di Malaysia menerusi Festival Kesenian ILM (ILM Arts Festival) di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 30 Ogos ini.


Menariknya, ILM Arts Festival ini bakal menempa sejarah dunia Islam kerana ia merupakan festival pertama yang akan mengumpulkan barisan personaliti dan artis antarabangsa dan tempatan di bawah satu bumbung. Tak sabar rasanya Ayue nak ke festival ini nanti kerana terdapat pelbagai acara yang akan diadakan sepanjang satu hari ia berlangsung.

Antara karya dan hiburan yang akan diadakan adalah fotografi, karya graffiti, seni pertahankan diri, sukan papar lungsur, nasyid, kaligrafi, komedi dan lain-lain yang menampilkan lebih daripada 30 artis dan personaliti tempatan dan antarabangsa. Menarikkan! Acara seperti ini memang sesuai untuk Ayue bawa seluruh keluarga untuk ke festival ini. Mesti seronok.


Artis-artis yang hadir pula bukan calang-calang orangnya. Siapa yang tidak kenal komposer dan penyanyi hip hop terkenal, Altimet dan ikon fesyen, Mizz Nina? Mereka akan mewakili Malaysia untuk membuat persembahan pada festival itu nanti bersama-sama dengan Muadz Dzulkefly, Shazet & Syafiq Zane, chef terkemuka dan pemilik restoran FIQs Gastronomy.

Untuk artis antarabangsa pula, Omar Regan dan Baba Ali akan persembahan sketsa komedi. Manakala Zain Bikha dan Ahmad Bukhatir akan mendeklamasi puisi dan sajak serta nasyid. Antara artis yang Ayue sendiri tidak sabar untuk lihat adalah juara dunia dua kali kejohanan tinju dari United Kingdom (UK), Amir Khan dan salah seorang Qari terkenal iaitu Sheikh Mishary Alafasy. Sudah terngiang-ngiang rasanya alunan bacaan Al-Quran yang dibaca oleh beliau.



Bukan itu saja, pengunjung juga akan dapat menyaksikan pertunjukan aksi sukan papan lungsur daripada personaliti Jordan Richter dan Joe Ipoh (Pemain papan luncur terkenal Malaysia). Untuk peminat bidang fotografi pula, anda berpeluang untuk bertemu dengan Peter Sanders, ikon dunia fotografi Islam yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Personaliti Islam terkenal antarabangsa seperti Ustaz Nouman Ali Khan dan Syeikh Daood Butt juga akan turut tampil untuk memberikan ceramah di festival ini. Wah! Banyaknya acara menarik yang akan diadakan festival ini.


Menurut Sajid Hussain, penganjur Festival Ilm Arts, “Acara ini diadakan untuk membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam itu bukanlah satu agama yang terlampau liberal atau ekstremis seperti yang kerap dilaporkan oleh media massa antarabangsa. Hakikatnya, hiburan adalah salah satu daripada cara untuk mendekati golongan muda dan golongan bukan Islam dan menarik minat mereka untuk melihat sendiri akan keunikan dan keindahan Islam,”

Bila difikirkan kembali, program berbentuk islam seperti forum dan kegiatan dakwah lain sudah banyak dibuat masa kini, tapi masih ramai golongan muda yang beragama Islam yang liat untuk hadir ke majlis seperti itu. Ayue percaya dengan adanya acara seperti persembahan sukan papan luncur, kaligrafi, graffiti dan penampilan artis serta ikon pelbagai bidang pasti dapat menarik minat golongan muda untuk datang ke festival ini.

Kata Sajid, “Kami berharap yang acara ini akan dapat mengembalikan minat para pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Malaysia adalah sebuah negara yang aman, dan keindahan alam sekitarnya tidak dapat ditandingi oleh mana mana negara sekalipun. Walaupun rakyatnya terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, mereka dapat hidup dengan harmoni dan bersatu-padu, dan inilah salah satu perkara yang menjadi tarikan masyarakat antarabangsa untuk melihat dengan sendiri akan keunikan dan kelebihan negara ini.”

Bukan saja Sajid, kita pun mahu Malaysia menjadi tumpuan pelancong untuk datang ke Malaysia dengan adanya festival seperti Ilm Arts Festival ini. Betul tak?

Festival ini turut disokong Astro Oasis, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Tourism Malaysia, Visit Malaysia 2015, dan iM4U.


Untuk anda yang ingin datang ke Ilm Arts Festival, ini sedikit info yang perlu anda tahu.

Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Tarikh : 30 Ogos 2015
Waktu : 11 pagi – 10 malam
Harga Tiket : RM55, RM108, RM161, RM257, RM 373 dan VIP RM1,062

*Untuk tiket Violet Zone, VIP RM1,062 termasuk VIP Parking, Numbered Seating, Backastage Pass, Dinner, Free Gift dan Group Photo.



** Kemasukan PERCUMA untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun (Dengan pengawasan orang dewasa yang mempunyai tiket)



Maklumat lanjut mengenai ILM Arts Festival, sila layari :



Jumpa kat sana ok? Ayue pun ada nanti. Jangan lupa tegur kalau jumpa nanti.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. menarik la...teringin nak p..tapi tak tahu boleh ke tidak..jemput join segmen Fidah yer.
    http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/08/segmen-bloglist-afidah-azmi88-sept-oct.html

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa tapi kita dah beli tiket balik Pahang tak dapatlah nak pegi

    ReplyDelete
  3. bestnye kalau dpt pergi


    datang singgah dari bloglist ena , nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena : http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html

    TIA

    ReplyDelete
  4. Kenapa Nad tak perasan benda ni?! Oh Nad dekat Johore hekhekhek ok takpe.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.