Assalamualaikum. Semua wanita di dunia ni sukakan kecantikan, tidak kira lah apa jenis kecantikan sekalipun. Kita semua juga tahu kecantikan sebenar adalah kecantikan dari luar dan dalam. Bukan luaran saja yang perlu dijaga, malah dalaman juga penting.
Untuk cantik luar dan dalam, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk melambatkan proses penuaan. Kulit wajah yang cantik dan bersih adalah dari pemakanan yang sihat. Baru-baru ini Ayue telah mencuba Blackmores Collagen 10,000 mg yang mengandungi jus epal, vitamin E iaitu vitamin untuk kulit, ekstrak biji anggur dan yang paling penting, ia mengandungi 10,000 mg collagen.
Kesemua bahan-bahan di dalam Blackmores Collagen ini amat sesuai untuk anda yang mementingkan kecantikan secara semulajadi. Maklumlah, zaman sekarang ni ada pelbagai cara yang tidak sihat untuk cantik, malah ada juga yang sanggup lakukan pembedahan. Jangan sesekali mengambil jalan yang singkat kerana ia pasti akan membawa kesan buruk kelak.
Dengan cuaca yang tidak menentu di Malaysia kini. Jerebu tebal dan pencemaran udara di mana-mana saja menyukarkan kita untuk mengekalkan awet muda dan kelihatan cergas sentiasa. Sebab itu Ayue memerlukan supplimen tambahan untuk menyegarkan badan, melambatkan penuaan memberi collagen tambahan ke badan Ayue.
Collagen tambahan amat diperlukan oleh badan kerana penghasilan kolagen oleh badan manusia akan mula berkurang apabila umur semakin meningkat. Blackmores Collagen 10,000 mg ini sangat membantu Ayue mengembalikan keremajaan kulit yang kian hilang kesan daripada faktor-faktor yang Ayue sebutkan tadi.
Untuk permulaan, Ayue mengambil Blackmores Collagen 10,000 mg sebotol sehari selama 6 hari setiap pagi sebelum sarapan dan kemudian selang sehari. Mula-mula Ayue memang cepat berasa haus dan selalu minum air. Mungkin disebabkan itu lama kelamaan badan Ayue mula rasa segar dan kulit makin lembab. Paling Ayue suka adalah bibir Ayue tidak mudah kering dan kulit makin cantik!
Rasanya pula seperti berri dan manis buah. Walaupun ia mengandungi collagen ikan, tapi ia langsung tidak berbau hanyir. Jadi anda jangan khuatir anda akan loya kerana rasanya hanya seperti berri yang sedap. Ayue suka rasanya kerana ia memudahkan Ayue untuk terus minum tanpa perlu menahan nafas atau tutup hidung. Hehe.
Saiznya yang kecil juga memudahkan Ayue untuk diletakkan di dalam beg dan membawanya kemana-mana.
Selepas 2 minggu, Ayue mula nampak kesan yang ketara. Bahagian tubuh Ayue yang dulu kasar dan keras seperti siku, tapak kaki, lutut dan jari juga sudah mula lembut dan lembab. Dengan pengambilan yang konsisten juga membuatkan badan Ayue semakin bertenaga. Muka pula makin glowing. Sukanya ^-^
Ini sedikit info tentang Blackmores Collagen 10,000mg yang anda perlu tahu.
Penggunaan:
Bagi pengguna kali pertama, adalah disyorkan untuk mengambil 1 botol sehari untuk 6 hari berturut-turut. Dan seterusnya ambil 1 botol setiap 2 hari. Goncang sebelum minum.
Tidak digalakkan untuk mengandung dan menyusukan wanita makan.
Harga: RM159 sekotak (8 botol + FOC 2 botol)
Size : 60ml per botol
Availability: Farmasi utama dan Blackmores Concept Store
Untuk info lanjut tentang Blackmores Collagen 10,000mg, boleh layari :
xoxo,
Menarik ni
ReplyDeleteMenarik ni..Tq for sharing
ReplyDeleteSalam Blogwalking: www.yanieyusuf.com
Mudah ye, tak payah bancuh-bancuh :)
ReplyDeleteAlah... br rasa teruja nk try. Dh kater ibu nyusu x boleh mkn lak 😭😭. Kena tggu ank brcerai susu. Pape pon tq 4 sharing 😘
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete