Dapatkan Produk Percuma dengan Kempen Jimat++ oleh Mamee

16 September 2015

Assalamualaikum. Mulai dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober ini, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) akan melancarkan Kempen Jimat++ untuk meringankan bajet pengguna dengan produk yang berkualiti dan berpatutan melalui penambahan kuantiti produk keluaran jenama Mamee. Ya ampun, bagusnya kempen ini. Dengan keadaan ekonomi yang tak stabil ni, kempen sebegini memang sangat-sangat dialukan oleh rakyat Malaysia.


Kempen yang bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia ini memberi tumpuan terhadap kaum ibu dengan tema 'Ibu Lebih Arif' memandangkan kaum ibu lah yang lebih berpengetahuan dalam menentukan barangan rumah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk seisi rumah. Betul tak? Selalunya ibu lah yang paling peka dengan setiap barangan yang ada di rumah.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim yang melancarkan Kempen Jimat++ di Mydin Mall USJ, Subang Jaya, berkata, "Ini adalah masa yang paling tepat untuk melancarkan promosi dan kempen yang dapat membantu setiap keluarga mengurangkan beban apabila membeli barangan keperluan rumah. Saya secara peribadi sangat gembira kerana kempen ini menyasarkan kaum ibu yang diibaratkan seperti Ketua Pegawai Pembelian atau Menteri Kewangan Rumah. Merekalah yang berterusan memantau tawaran menarik di pasar raya besar dan pasar raya apabila membeli barangan keperluan rumah demi memberikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Mamee selaku syarikat yang bertanggungjawab semestinya memahami kehendak orang ramai yang menginginkan produk yang lebih jimat dengan melancarkan Kempen Jimat++ bagi memberi peluang terhadap kaum ibu untuk membuat keputusan yang lebih baik dan menjimatkan."


Menariknya, pengguna berpeluang untuk mendapat lebih banyak produk keluaran Mamee seperti Mister Potato yang diiktiraf sebagai snek kentang nombor satu di Malaysia, Mamee Monster, yang terkenal sebagai snek mi nombor satu di Malaysia, dan Mamee Chef Laksa Kari yang juga dinobatkan sebagai mi cawan segera No.1 di dunia oleh pengulas mi segera antarabangsa, The Ramen Rater. Antara produk lain juga termasuklah mi segera Mamee Premium, Sllrrrp dan Mi Cawan Sllrrrp dan Express serta minuman keluaran terbaru iaitu Mamee Cool Tea.


Malah, menerusi kempen Jimat++, barang yang tersenarai akan diberi nilai tambahan. Antaranya:
  • Snek Kentang Mister Potato : berat kandungan tambahan. 
  • Mi Cawan Mamee Chef : beli 3 percuma 1
  • Mi Cawan Mamee Sllrrrp dan Express : beli 6 percuma 2
  • Mi Segera Mamee Chef : beli 4 percuma 1
  • Mi Segera Mamee Premium dan Sllrrrp : beli 5 percuma 1
  • Mamee Monster : beli 10 percuma 1
  • Mamee Cool Tea 300ml : beli 5 percuma 1

Produk-produk berkenaan boleh didapati di mana-mana pasar raya atau kedai runcit di seluruh Malaysia

Semua orang suka benda percuma termasuklah Ayue. Memang seronok bila makanan yang kita suka ada nilai tambahan macam ni. Lagi membuak-buak rasa nak beli tu kan?

"Kami di Mamee sentiasa fokus dalam memberikan yang terbaik kepada pengguna melalui produk yang berkualiti dan bertepatan dengan keperluan harian mereka. Kami memahami cabaranyang dihadapi kebanyakan ibu dalam memastikan keluarga mendapat yang terbaik. Oleh yang demikian,Mamee melancarkan Kempen Jimat++ bagi memberikan peluang kepadakaum ibu untuk membuat keputusan yang lebih bijak semasa membeli barang keperluan untuk seisi rumah. Kini, padaharga yang sama, para pengguna boleh membawa pulang lebih banyak produk dalam satu paket atau kuantiti tambahan dalam satu produk tanpa menjejaskan kualiti," kata Tan Sri Pang Tee Chew, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mamee-Double Decker (M), Sdn Bhd. 


Sedikit info tentang Mamee:
Mamee merupakan sebuah syarikat tempatankebanggaan Malaysia yang kini menjadi antara jenama yang terkukuh di serata negeri, mendedikasikan kempen ini kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia. Penumpuan yang konsisten terhadap kualiti dan kesungguhan dalam melaksanakan inovasitelah menyumbang kepada kejayaan jenama dan produk keluaran Mamee yang berterusan sehingga ke hari ini. Sebagai contoh, Mister Potato hanya diperbuat daripada kentang segar yang diimport dari ladang terbaik dari Amerika Syarikat (AS) dan Australia manakala Mamee turut berkolaborasi dengan Chef Selebriti Dato' Ismail bagi mencipta resipi kegemaran tempatan untuk rangkaian produk Mamee Chef.


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk, sila layari laman web www.mamee.com.


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.