Fikcles | Tempat Makan Best di TTDI Kuala Lumpur

09 September 2015

Assalamualaikum. Kalau dah nama rakyat Malaysia tu, memang terkenal dengan gelaran 'food hunter'. Ramai sangat orang dekat Malaysia ni yang gemar mencari tempat makan yang sedap-sedap. Tak kira lah jauh ke, mahal ke, mesti sampai ke kedai makan tu. Tapi kalau kedai tu sedap dan murah, terus jadi tempat favorite. Betul tak?

Ayue pun salah seorang dari manusia yang suka mencari tempat makan yang sedap-sedap. Ayue suka mencuba pelbagai menu makanan yang lain dari yang lain. Tak pun menu yang sama, tapi lagi sedap dari sebelum ni.


Kali ni Ayue nak share dengan anda tempat makan best di kl iaitu Fikcles. Fikcles ni terletak di TTDI, Kuala Lumpur. Senang je nak ke sana, waze fikcles, terus sampai. Hehe.

Sebenarnya Ayue dah 3 kali dah ke fikcles ni. Tiap kali datang memang tidak menghampakan menu yang fikcles sediakan. Ayue green tea diorang. Memang terbaik lah. Tiap kali datang, air tu je yang Ayue order.


Memandangkan masa Ayue pergi tu tengahari, Ayue dan numi cuba set lunch fikcles ni. Dari segi harga dan apa yang ditawarkan oleh fikcles ni, Ayue rasa sangat lah berbaloi. Kami order set lunch ni satu je, share dua orang sebab kami ada menu lain lagi yang nak dimakan. Haha. Kalau seorang makan memang kenyang sebab set ni didatangkan sekali dengan dessert dan free flow air. Siapa taknak oii? Tambah lah berapa banyak air yang anda nak. Takpa!





Fikcles Lunch Set | RM12.90
Mixed Grill (Chicken Sausage + Lamb Shoulder + Chicken Thigh) served with Coleslaw Mashed Potato, Dessert and FREE Flow Iced Lemon Tea


Portion ni besar, Ayue terkesima sekejap bila saat mashed potato tu masuk dalam mulut. Omai, sedap gila kot! Sampai Ayue dengan numi berebut-rebut nakkan mashed potato tu, tapi secara sopan lah. Malu kat orang nanti.

Menu kedua kami pula adalah Lontong Goreng. Sebenarnya sebelum datang fikcles ni, ramai yang syorkan Ayue untuk cuba lontong goreng ni. Rugi kalau tak cuba recommended menu kan? Kami pun cuba lah. Masuk je lontong tu dalam mulut, mata Ayue dan numi berpandangan bagai menyerti maksud pandangan itu, Ayue pun angguk. Memang sedap gila! Sedap gila okey. Patut lah ramai yang suruh Ayue rasa sendiri menu ni.



Lontong Goreng | RM13.90
Stir-fried rice-cakes with in-house special paste, sunny side-up egg and papadom.


Kata orang, kalau dah melayu tu, tekat melayu tak kemana. Bagi Ayue lontong goreng ni memang menepati citarasa melayu. Rasa pedas, rasa manis, lengkap dengan ayam dan telur. Sedap sangat sampai tak perasan dah habis.

Sebenarnya, saat ni Ayue dan numi dah mula rasa kenyang, tapi kami tertarik juga dengan Salted Egg Squid ni sebab ia merupakan salah satu menu yang disyorkan oleh fikcles sendiri. Apa lagi, peluang yang ada jangan dilepaskan. Hehe.



Salted Egg Squid | RM 19.90
Deep-fried breaded squid with salted egg yolk wrapped in tortilla.


Masa makan menu ni, Ayue tak rasa macam makan sotong pun sebenarnya. Macam makan ayam pun ada. Walaupun dah kenyang, kami tetap nak habiskan menu ni sebab sotong kat dalam tu memang terbaik lah. Ayue bukan nak puji semua makanan kat fikcles ni sedap, tapi apakan daya, memang sedap pun. Ini serius.

Ayue yakin kalau anda datang sini, pasti takkan menyesal punya. Disebabkan Ayue dengan numi comel, eh? Haha. Bukan-bukan. Disebabkan kami datang tepat pasa masanya, kami berpeluang untuk mencuba dessert terbaru yang dicipta oleh fikcles sendiri.



Cheese Stick Ice Cream
Cheese Stick Ice Cream coated with white chocolate and strawberry compote topping.




Sedapnya la hai. Memang penghabisan yang sangat superb. Tapi bukan ini saja yang baru, dia ada 3 jenis. Lagi dua adalah Hokkaido Corn Ice Cream dan Waffle Morinaga Ice Cream. 



Puas hati gila makan dekat sini. Menariknya fikcles ni, tiap hari selasa atau khamis, mereka akan buat live band. Seronokkan? Kalau anda nak buat event dekat fikcles ni pun boleh. Macam birthday party ke, farewell,pun boleh. Bincang je dengan owner fikcles ni. Bisa diatur. Owner fikcles ni pulak ramah tamah. Tak kekok pun berborak dengan diorang.



Oh ya, fikcles juga ada membuat servis katering. Dengan pakej yang bermula dari RM35, RM45 dan RM55. Minimum order adalah 30 pax.


Menarikkan? Semua ada. Makanan sedap-sedap pula tu. Pastikan anda cuba makan di tempat makan best di kl ni okey? Thank to kaksu for this opportunity. Ayue dengan numi kenyang gilaa! hahah :)

Waktu operasi fikcles
Weekday : 10am - 11pm
Sunday : 8am - 11pm


Untuk maklumat lanjut tentang fikcles, boleh layari :



xoxo

post signature

Join the conversation!

  1. uniknyer makanan die especially cheese stick ice cream tu

    ReplyDelete
  2. Terliur.. Nak gi makan set lunch lagi...

    ReplyDelete
  3. terliur nya tgk food tu;)


    ena tag blog awak kat sini: http://www.aeinnamusa.com/2015/09/segmen-blog-award.html

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.