Menu Diet Atkins | Chicken Egg Roll

09 September 2015

Assalamualaikum. Disebabkan berat Ayue dah melebihi had. Dah berat sangat-sangat dah ni, Ayue ambil keputusan untuk buat diet atkins. Ini bukan kali pertama Ayue buat, dulu masa nak tunang Ayue pernah buat juga diet atkins ni. Dari berat 64kg dapat turun sampai 56kg. Memang bahagia sekejap masa tu. Pakai baju semua muat takda ketat-ketat.

Manusia mudah leka. Pantang dah ringan sikit, hentam makan semua benda. Lagi-lagi bila dapat food review, haa! Makan tak ingat dunia. Last-last kena diet balik. Tapi takpa. Ayue suka diet atkins kerana konsepnya tak membebankan sangat, asalkan kita kreatif. Walaupun dengan hanya guna telur, tapi macam-macam menu kita boleh buat :)

So, menu pertama diet atkins Ayue adalah Chicken Egg Roll. Memang saja Ayue nak share resepi diet atkins ni supaya kita dapat manfaat bersama.



Resepi Diet Atkins | Chicken Egg Roll

Telur 2 biji
Sedikit garam
Ayam (digoreng)
Cheese Slice
Salad
Mayonise (Jika perlu)


Cara-cara
1) Pukul telur dengan garam. Dadar dan ketepikan.
2) Goreng ayam dengan serbuk kunyit atau dengan garam saja. Carik-carikkan isi ayam.
3) Panaskan kuali, cairkan cheese slice dan masukkan isi ayam tadi. Ketepikan.
4) Letak salad di atas telur, diikuti dengan ayam dan mayonise.
5) Roll kan dan potong ikut saiz yang anda suka.
6) Siap dimakan.


Ayue masak awal pagi sebab nak bawa bekal ke office. Gigihkan? Hehe

*Nota : Ayue buat diet atkins ni tidak lah ekstrem sangat. Ayue ikut konsepnya, cuma mungkin ada terlanggar pantang sikit-sikit. Terpulang pada anda jika mahu ubah suai ikut selera anda ya :)


Menu ni kalau untuk orang bukan diet pun sedap. Yang bukan diet tu boleh tambah sikit sos cili, umphh!

Selamat mencuba :)





xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Kihkih tmbh sos tu yg da bkn atkin. Pe2pun kna try ni sedap plak tgk gambar makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tu la kan. Memang fail terus induction kalau letak sos :p
      Saja je bagi option, kot2 ada orang dekat rumah yg bukan atkins, boleh makan menu ni sama2 :)

      Delete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.