Pemenang Cabaran Akhir F&N | Peraduan Ceria Raya F&N 2015

02 September 2015

Assalamualaikum. Sejak dari bulan puasa haritu, satu Malaysia ni kecoh tentang peraduan yang dijalankan oleh pihak  F&N Beverages & Marketing Sdn. Bhd. Mana tidaknya, pemenang peraduan itu berpeluang memenangi rumah impian bernilai RM1 juta!


Hanya 5 individu bertuah saja yang dapat menjadi finalis Peraduan Ceria Raya Bersama F&N daripada beratus ribu peserta yang hantar penyertaan. Saingan hebat kan?

Mereka yang dipilih pula akan bersaing dalam acara kemuncak peraduan tersebut di Sunway Piramid. Mereka berlima akan bersaing untuk merebut hadiah-hadiah yang hebat serta membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah rumah impian bernilai RM1 juta.

"Tahun ini, kami mahu melakukan sesuatu yang berbeza untuk Hari Raya. Kami mempunyai ramai pengguna F7N yang telah menyokong kami selama bertahun-tahun, dan kami membuat keputusan untuk menganjurkan peraduan tahun ini untuk menunjukkan penghargaan kami." kata Jenny Wong, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages.

Tambah Jenny, "F&N mempunyai pelbagai minuman yang boleh memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami yang berbeza terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh, F&N SEOSONS NutriSoy yang penuh dengan kebaikan soya sesuai untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan dan 100PLUS sebagai minuman isotonik yang membantu untuk menghidrasi badan selepas berpuasa sepanjang hari. Tidak lupa juga minuman perayaan yang wajib ada semasa sambutan Raya, F&N Fun Flavors yang menyegarkan, boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain daripada itu, kami juga mempunyai pilihan lain juga seperti F&N SEOSONS NutriWell, F&N SEOSONS Tea, OISHI, EST Cola dan juga produk baru kami, Coco Life."

Semasa cabaran akhir F&N, lima orang finalis telah melalui cabaran yang melibatkan tugasan mental dan fizikal. Sebanyak 3 cabaran dan 3 finalis dengan skor tertinggi akan meneruskan cabaran ke separuh akhir.




Peserta terakhir pula bersaing pada pusingan akhir untuk memilih sampul surat yang betul dengan tanda menang bagi membawa pulang hadiah utama, iaitu sebuah rumah impian. 





Tetapi peserta terakhir, iaitu Puan Hidayati gagal meneka sampul yang betul membuatkannya terlepas untuk memenangi rumah impian bernilai 1juta. Walaubagaimanapun, peserta-peserta tetap membawa pulang hadiah.


Tahniah kepada semua pemenang. 2 peserta yang tidak dapat ke cabaran akhir tetap mendapat RM10,000 setiap seorang. Manakala,

  • Tempat ketiga :  Puan Fatin, set Home Theater bernilai RM30,000, 
  • Tempat kedua : Puan Nadia, Kereta Nissan Almeera
  • Tempat Pertama : Puan Hidayati, Kereta Toyota Innova



Peraduan yang berlangsung dari 1 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015 ini memdapat sambutan yang menggalakkan, jauh melebihi sasaran kerana F&N menerima lebih daripada setengah juta penyertaan. Sayangnya Ayue terlepas pula untuk turut serta dapat peraduan ini. Ayue pasti peraduan seterusnya Ayue takkan lepaskan peluang. 



Untuk info lanjut tentang F&N, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Eee bestnya dapat masuk dalam mende tu nak kutip 100 Plus bebanyakkk! Hehe.

    ReplyDelete
  2. Sayangnya tak dapat hadiah rumah tu. Alamak kite pulak yang geram tak dapat. Hahahha.

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaa permainan dia... haishhhh... teringin!

    ReplyDelete
  4. hari tu dah plan nak join, entah camna boleh pula lupa..hehe. sygnya terlepas rumah impian tu

    ReplyDelete
  5. tak dapat rumah tapi dapat kereta tu dah cukup berbaloi.....

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.