Peraduan #DASHINGgoesMANCITY | Peluang ke Manchester City

16 September 2015

Assalamualaikum. Sejak dari zaman sekolah lagi, Ayue memang suka kalau lelaki ada bau dia tersendiri. Lagi-lagi masa sekolah dulu, jenama Dashing adalah antara jenama yang paling popular dikalangan kami, pelajar wanita untuk dijadikan sebagai hadiah untuk sang kekasih. Chewah.

Ayue baru tahu rupanya Dashing ni sudah pun dilancarkan sejak 25 tahun yang lalu. Satu jangka masa yang agak lama untuk sesebuah jenama itu bertahan. Syabas Dashing! Disebabkan Dashing merupakan jenama yang mengeluarkan penjagaan badan khas untuk lelaki, ia telah menjadi jenama yang popular sejak bertahun lamanya.


Antara produk yang dikeluarkan oleh Dashing adalah EDT, antiperspirant deodorant, roll-ons, sabun badan, pencuci muka, gel rambut dan bedak talkum. Untuk anda yang masih tidak tahu, Dashing dan Manchester City Football Club (MCFC) sudah hampir setahun menjadi partner. Kini, Dashing tampil lagi dengan koleksi terbaru selepas kejayaannya pada musim bola sepak yang lepas.

Koleksi limited edition terbaru ini merangkumi EDT, deodorant dan roll-ons yang memberi wangian bertaraf antarabangsa kepada peminat sukan di Malaysia. Wangian sukan antarabangsa ini diilhamkan dan disahkan oleh MCFC.


Ayue tertarik dengan konsep packaging yang digunakan oleh koleksi terbaru Dashing ini. Ia kelihatan sangat eksklusif dan premium. Menariknya, disebabkan ahli sukan ni kuat berpeluh dan cenderung untuk mempunyai bau badan itu tinggi, wangian ini diformulasi untuk tahan lebih lama dan memberi kesegaran sepanjang hari walaupun untuk lelaki yang aktif. Nampak tak betapa Dashing menitik beratkan kaum lelaki untuk kekal wangi?


Koleksi terbaru ini mempunyai 2 haruman iaitu Ultimate Kick dan Hattrick.

Ultimate Kick
A scent made for champions, bringing out the suave side in every facade of a modern man's daily life. The Ultimate Kick features a summer-like active fragrance featuring a concoction of lemon, enhance with freshness of cardamom, supported by vanilla and musky base.

Hattrick
A winning strike for every Dashing Man. Hattrick's enigmatic fragrance ignites one's drive to win. Hattrick exudes the unique combination with the freshness of apple citrusy infused with a combination of floral notes and a hint of amber.


Kalau diberi pilihan, Ayue lebih suka kalau tunang Ayue memakai wangian Ultimate Kick kerana terserlah bau kelakiannya. Hehe. Anda juga tidak perlu risau kerana produk-produk Dashing telah pun mempunyai sijil HALAL.

Semasa pelancaran, sempat juga Ayue dan rakan-rakan lain bermain bola sepak untuk merasai sendiri keseronokan sebagai ahli sukan.




Dashing adalah wangian sebenar untuk lelaki maskulin. Semua produk Dashing mempunyai asas Manland. Lelaki Manland adalah lelaki yang "cool", macho, bergaya dan yakin. Kehidupan lelaki Dashing dipengaruhi oleh 6F iaitu:

  • FUN (Keseronokan)
  • FAMILY (Keluarga)
  • FRIENDS (Rakan)
  • FOOD (Makanan)
  • FOOTBALL (Bola Sepak)
  • FEMALE (Wanita)


Wangian Dashing MCFC Limited Edition ini boleh didapati di pasaraya seluruh Malaysia dengan harga :
Dashing MCFC EDT 50ml : RM20.90 (termasuk GST)
Dashing MCFC Deodorant Spray : RM11.45 (termasuk GST)
Dashing MCFC Roll-Ons : RM5.90 (termasuk GST)



Berita baik untuk peminat Dashing dan Manchester City!! Dashing sedang melangsungkan peraduan #DASHINGgoesMANCITY yang memberi peluang kepada 11 orang pemenang bertuah untuk memenangi hadiah trip 6 hari 5 malam, tajaan sepenuhnya ke Manchester, UK!! Trip ini merangkumi 3 hari kem bola sepak di City Football Academy bersama-sama jurulatih, sesi 'meet and greet' bersama pemain utama, melawat sekitar Stadium Etihad dan yang paling menarik adalah VIP tiket untuk menonton perlawanan Manchester City FC & Manchester United pada 19 March 2016 secara langsung! Wow! Memang hadiah yang sangat digilai oleh peminat bola sepak.


Caranya sangat mudah
  1. Beli mana-mana produk Dashing atau Elite.
  2. Satu resit melayakkan peserta untuk satu penyertaan SMS
  3. Untuk menyertai peraduan melalui SMS: Taip (DASHING) <jarak> (Tarikh resit HHBBTT) <jarak> (Amaun resit RM00.00) <jarak> (No.KP 12 digit) <jarak> (Nama) dan SMS ke 36266. Contoh DASHING 150715 RM4.55 890808145577 Zaini Daud
  4. Simpan resit bercetak asal (bertarikh dalam tempoh peraduan) sebagai bukti pembelian.
  5. Tempoh peraduan bermula dari 1 Julai 2015 - 3 Disember 2015.
  6. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bantuan di 03-80238311.
  7. Tertakluk pada terma & syarat.


Apa lagi? Jom beli Dashing? Mana tahu boleh ke Manchester ke? Rezeki namanya.




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.