Assalamualaikum. Ingat lagi tak masa kecil-kecil dulu kita selalu main tanah liat? Tipu lah kalau tak pernah kan? Macam-macam bentuk kita buat. Maklumlah, masa kanak-kanak imaginasi kan tinggi. Paling best bila mak ayah belikan PLAY-DOH®!! Melompat-lompat happy sebab PLAY-DOH® ni the best. Doh yang paling diimpikan oleh setiap kanak-kanak. Cewah.
Mana tidaknya, dah la wangi, lembut dan tahan lama pula tu. Tak macam tanah liat biasa. Lepas tu warna-warna dia pun menarik. Macam-macam warna yang ada. Sebab tu makin banyak benda nak buat betul tak? Antara aktiviti yang Ayue paling suka bila bermain di dalam rumah adalah PLAY-DOH®. Seronok bila dapat buat benda yang kita imaginasikan.
Sekarang dah macam-macam peningkatan yang PLAY-DOH® buat berbanding masa zaman Ayue kecik dulu. Maklum lah, dah 50 tahun PLAY-DOH® ni dilancarkan. Dah ada macam-macam alat untuk kita main bersama-sama dengan doh tu. Boleh buat aiskrim lah, barang hiasan lah. Lagi kreatif kita fikir, lagi menarik hasilnya.
Bila anak-anak buah dah makin membesar, Ayue suka bagi mereka main PLAY-DOH® sebab ia memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak dengan memberi inspirasi kepada mereka untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri. Baguskan?
Seronok bila tengok anak-anak buah happy bila main PLAY-DOH®. Sambil mereka bentuk, sambil mengomel. Hehe. Comel sangat!
PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, malah kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.
Sebab tu Ayue suka bagi anak-anak buah Ayue merangsang minda mereka dengan PLAY-DOH®. Selain dapat lihat mereka melalui proses pembelajaran, kita pun dapat merapatkan lagi hubungan dengan berimaginasi bersama mereka. Kan seronok? Bonding time gitu. Tak sabar rasanya nak ada anak sendiri. Hehe.
Oh ya, untuk anda yang minat dan teringin nak merasai keterujaan bermain PLAY-DOH®, Ayue ada berita best nak beritahu anda ni. PLAY-DOH® sedang melancarkan kempen "Shape a Colourful Community" dan bermula 21 hingga 27 September, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan warna-warni Malaysia dan kepelbagaian rakyat Malaysia melalui PLAY-DOH® di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama. Buatlah apa saja yang anda mahu, samada ukiran, nombor ataupun huruf.
Tengok lah hasil dari kami ni. Bukan main lagi mengimbau kenangan lama semata-mata nak buat bentuk yang melambangkan Malaysia.
Menariknya, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September 2015 (Sabtu) bila anda mencipta sesuatu yang baru atau mencipta semula yang sedia ada. Best kan?? Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa.
Rekaan PLAY-DOH® anda akan dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik. Wahhh, tak sabarnya! Tiba-tiba macam-macam benda yang Ayue dah terbayang dalam kepala ni. Haha.
Untuk anda yang nak menyertai cubaan The Malaysia Book of Records, Ayue ada sedikit tips untuk anda :
Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.
Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!
Okey. Jangan lupa datang One Utama 26 September ni ya. Ayue pun akan ada disana nanti. Yeay!
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari:
Website : www.playdoh.com.
#playdohmonth2015
xoxo,
Join the conversation!