Assalamualaikum. Sebut saja Ephyra, Ayue rasa ramai yang dah pernah dengar tentang Ephyra ni kan? Mana tidaknya, sana sini iklan terpampang, malah di sosial media juga terdapat banyak testimoni yang berjaya. Ayue sendiri pun dah cuba Ephyra Skin Bar. Memang best lah. Kalau nak baca review Ayue tentang Ephyra SKin Bar, boleh baca dekat sini :
Ayue ni memang ada masalah yang tak dapat dielakkan setiap bulan. Hormon, biasalah kan. Tiap kali datang bulan, jerawat tumbuh dengan jayanya. Lepas je Ayue amalkan Ephyra Skin Bar ni sebagai pembersih muka harian, memang ternyata berkesan. Habis hilang jerawat kecil-kecil tu. Yang besar makan masa sikit, cuma Ayue memang seronok sangat bila datang bulan, masalah jerawat naik tu dapat dikurangkan. Alhamdulillah.
Itu baru skin bar, belum lagi yang lain-lain. Bila Ayue dijemput ke program Beramah Mesra bersama Memey Suhaiza dan Norman Hakim, Ayue baru tau yang rupanya sejak dari tahun 2012 lagi Ephyra, produk minuman tambahan di bawah syarikat Ocean Marketing mula dipasarkan. Dah tiga tahun juga la kan? Patutlah makin rancak testimoni dari pengguna yang berjaya.
Menariknya, pengasas Ephyra ni adalah pasangan adik beradik Amiza Amiruddin dan Zafry Idzwan Amiruddin. Kagum bila anak melayu boleh berjaya macam ni.
Memey dan Norman juga sempat kongsikan pengalaman mereka menggunakan produk Ephyra. Masing-masing mempunyai pengalaman yang berbeza. Yang penting, kedua-duanya kini mempunyai kulit yang sangat cantik. Halus mulus, gebu bak kata orang. Masa mula-mula Ayue tengok sendiri dengan mata Ayue, terdetik jugalah dalam hati ni,"Cantiknya kulit diorang!". Ini serius. Memang sesuai sangat mereka jadi duta Ephyra.
Cantik sangat kulit Memay ni kan? Natural je, tak perlu mekap tebal-tebal.
Ok. Meh Ayue nak cerita sikit tentang produk yang ada di Ephyra ni. Bermula dengan Ephyra Premium, kini Ephyra mempunyai 3 lagi produk baru iaitu Ephyra Skin Bar, Ephyra Inteemor dan M2Flex.
Minuman tambahan Ephyra
Bahan : Kolagen ikan laut, Acai Berry, Acacia Gum, Salmon Ovary Peptide, Asthaxanthin, Tomato Powder, Acerolla Cherry, Marigold Flower Extract dan Superberry.
Khasiat Minuman tambahan Ephyra :
- Mengekalkan kejelitaan secara semulajadi,
- Mencerah, dan memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat jerawat dan pigmentasi,
- Anti-penuaan , anti-bakteria , anti-kanser, dan
- Menguatkan sistem anti-oksida badan kita yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
Selamat untuk ibu yang mengandung dan menyusukan bayi kerana khasiat vitamin dan mineral yang tinggi didalamnya dapat disalurkan kepada bayi melalui penyusuan.
Ephyra Skin Bar | Harga RM39
Kolagen : Menyokong ketahanan fizikal and keanjalan kulit
Glyserin : Merawat kulit berminyak yang menjadi punca jerawat.
Banana Enzyme : Agen anti Penuaan
Seaweed : Agen anti keradangan
Carrot Extract : Menjadikan tona kulit lebih sekata
Rice Bran Oil : Merawat penuaan serta menyuburkan kulit
Bearberry Alpha Arbutin A Extract : Mencerahkan kulit dan membersihkan kulit dari bintik-bintik hitam.
Ephyra Skin Bar membantu menghilangkan :
- Jerawat / Jerawat batu
- Bintik-bintik hitam / putih
- Parut jerawat dan cela
- Pori-pori terbuka
- Jeragat & tanda-tanda penuaan awal
- Ratakan tona kulit muka
- Kurangkan kedutan halus
- Mengawal minyak berlebihan
- Mengekalkan kelembapan kulit
Inteemor | Harga RM49
Minuman merupakan jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ini Ayue suka sebab ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan, kesuburan dan kesihatan wanita persis gadis sunti. Paling best, ia membantu mengurangkan senggugut! Musuh ketat setiap wanita kan?
M2Flex | Harga RM180 + FREE M2FLEX SHAKER
Minuman kesihatan tambahan yang dirumuskan khas untuk lelaki. M2Flex dapat mengaktifkan otak dan otot serta sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gim. Selain bersenam di gym, Norman Hakim mengamalkan M2Flex ni, sebab tu lah dia sado bukan main.
Minuman M2Flex juga dapat menambahkan prestasi tenaga dan mental, dapat membina otot, membuang lemak dan meningkatkan komposisi badan kepada bentuk badan yang diidamkan setiap lelaki. Rasa dia pula mixed berry, memang takda masalah lah nak minum sebab sedap!
Menarikkan produk-produk baru dari Ephyra ni? Ayue sekarang mengamalkan minuman tambahan Ephyra dan Inteemor. Hehe. Memang best tau dua-dua produk ni. Anda pun kena cuba okey? Semua produk Ephyra adalah Halal dan diiktiraf oleh KKM, jadi anda tak perlu risau atau was-was.
Untuk info lanjut tentang Ephyra, boleh layari :
Website : www.oceanlife2u.com
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : https://instagram.com/ephyra2u
xoxo,
Hai adik Ayue..
ReplyDeleteTak lama lagi kita sume berkulit halus mulus dan gebu lah kan..hehehe
Kemain selfie
ReplyDelete