Assalamualaikum. Penjagaan wajah seawal peringkat remaja penting kerana kulit remaja lebih cenderung untuk menjadi kusam dan berminyak. Pori akan mudah tersumbat dengan habuk dan kotoran menjadikan jerawat mudah timbul dan menjadikan kulit kasar.
Sebab tu dari seawal remaja lagi Ayue dah mula mencuci muka dengan pencuci wajah yang betul. Bukan dengan hanya menggunakan sabun badan. Kalau anda perasan, ramai remaja diluar sana yang mempunyai masalah kulit wajah kerana mereka berada dalam proses peningkatan umur dan perubahan hormon.
Macam zaman Ayue remaja dulu, memang banyak masalah kulit! Jerawat tumbuh dengan jayanya. Tak cukup dengan itu, kulit pun sangat kusam dan hitam. Maklum lah, dulu Ayue memang tak menjaga langsung kulit wajah ni apatah lagi nak berdandan. Masa tu Ayue kurang pengetahuan tentang penjagaan muka ni. Bila jerawat tumbuh, mulalah nak sedih. Hehe.
Terima kasih pada Safi Malaysia, kini adik-adik yang mempunyai masalah kulit wajah tidak perlu risau lagi.
Safi jenama Halal No.1 Malaysia mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rangkaian pembersih wajah asas yang sesuai untuk kulit remaja yang diformulasi khas untuk gadis berumur 12 tahun keatas.
Safi Fruity Fresh diperkaya dengan 100% buah-buahan dan amat sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari.
Safi Fruity Fresh mempunyai 3 variasi yang berbeza iaitu Lemon, Strawberi dan Anggur. Ia memberikan aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.
Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (Mencerah)
Harga : 100ml - RM9.90 & 50ml - RM5.00
Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!
Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)
Harga : 100ml - RM9.90 & 50ml - RM5.00
Tampil yakin dengan kulit bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!
Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)
Harga : 100ml - RM9.90 & 50ml - RM5.00
Jangan biarkan kulit anda lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersih dan segar sepanjang hari!
Anda boleh pilih yang mana satu yang sesuai dengan kulit anda. Menariknya, jika dilihat secara dekat, anda dapat lihat gabungan gel dan “Micro Beads” yang mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si pemakai :)
Tekstur kulit muka yang lembut dan berpori amat berbeza dengan tekstur kulit badan. Hanya dengan teknik penjagaan wajah yang betul serta pemilihan pembersih wajah yang bersesuaian akan memberikan kesan yang baik pada wajah. Jadi anda kena rajin menjaga kulit wajah bermula dari remaja okey? Jangan malas-malas!
Macam yang Ayue selalu kata. kunci untuk kulit wajah yang sihat hanya satu. RAJIN! Hehe.
Yang mana satu kegemaran Ayue antara ketiga-tiga ni? Strawberi! Hehe. Ayue suka bau strawberi. Wangi. Tapi jangan salah faham, yang lain pun wangi, cuma Ayue lebih sukakan Strawberi. Anda pula?
Produk Safi Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama.
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari
facebook : www.facebook.com/SAFIMALAYSIA
instagram : @safimalaysia
youtube : www.youtube.com/safimalaysia
xoxo,
hai kak ayu,,,saya nak tanya safi fruity fresh mana satu yang sesuai kalau muka saya ade jerawat dekat dahi dan dagu dan whitehead di sekitar hidung?
ReplyDeleteHi adek, kalau jerawat dekat dahi, mesti awak selalu berminyak di kawasan T-zone kan? (Dahi dan hidung). Mungkin awak boleh cuba Strawberi untuk kawal minyak? Atau lemon pun ok juga untuk membersih secara mendalam. Depend pada keperluan awak ye syg :)
ReplyDeleteAkak, kulit muka saya ni tak terlalu bermasalah tapi sejak tahun lepas saya nak try tukar produk kulit muka saya jadi ruam sikit2 (kwn saya cakap) yang mana satu sesuai dgn saya??
ReplyDeleteDulu saya pakai produk yg sesuai untuk remaja dewasa dn kalau boleh saya nak cari yang remaja kanak2 punya..
Mungkin kulit adik tak sesuai dgn produk yg digunakan sebelum ni. Kalau ruam ketara, akk cadangkan adik behenti dulu guna, lepas 2 minggu baru guna produk yg baru supaya kulit dapat rehat dari produk sebelum ni. Risau kalau terus tukar produk, kulit akan jadi lebih terok. Kulit berminyak boleh kawal guna oil absorbing sheets.
DeleteRemaja selalunya ada masalah kulit berminyak, jadi akk cadangkan adik guna strawberi. Tapi ini cadangan saja ya sbb akk tak tau keadaan kulit adik mcm mana.
Akak, saya nak tanya... Apa beza Safi Fruity Fresh dengan clean & Clear Frust Essentials??
ReplyDeleteSetiap brand dan produk ada bahan dan kekuatan masing2. Kulit kt pun berbeza, mungkin kwn adik sesuai pakai brand A, tapi bila adik pakai tak ok pula. Maaf dik, yg ni akk tak dapat jwp sbb akk tak pernah review clean & clear. Mungkin adik boleh baca review lain ya.
Deletesalam kak. nak tanya. ada blog kata klu nk tukar pencuci muka kene berhenti guna produk yang kita pakai at least 1 minggu.then pakai pelembap muka. boleh ke combine pelembap muka safi aloe vera dengan pencuci muka safi fruity fresh ni??
ReplyDeleteaslm kak , boleh ka pkai tu tiga" atau msti plih ?
ReplyDeleteakak...ada orang kata pkai product ni kulit menggelupas..betul ke..selamat ke saya nak guna sbb saya berminat
ReplyDeleteKak,bila masa yg sesuai pakai safi fruity fresh ni ?
ReplyDeleteAkk..saya nk tnya...saya seorang yang aktif sukan..so macam mana nk hilangkan burn muka ? Nk guna yg mana satu?
ReplyDeleteAkk..saya nk tnya...saya seorang yang aktif sukan..so macam mana nk hilangkan burn muka ? Nk guna yg mana satu?
ReplyDeleteKak ayu urgent niiiii ..kat mana jual fruty fresh ni????
ReplyDeleteDekat watsons pun ade kot tapah ke ..tak pasti tapi kat situ rse ade
Deletesaya cari produk ni kn Kak dh xdak la
ReplyDeleteKak...nk cari dkt mna ya?